Wednesday, March 23, 2011

Tanda-Tanda Gangguan Jin Ke Atas Manusia dan Cara menghindarinya.

Penyakit gangguan jin ke atas manusia seperti halnya penyakit-penyakit yang lain memiliki sejumlah tanda khusus, tetapi perlu diingatkan bahawa ada kesamaran antara gangguan jin dan sebahagian penyakit fizikal.

Tanda Gangguan jin ketika tidur;

  1. Susah tidur malam, yakni tidak boleh tidur melaikan selepas lama bersusah payah
  2. Cemas, yakni sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi buruk, yakni mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu hendak berteriak meminta pertolongan tetapi tidak boleh.
  4. Mimpi menyeramkan
  5. Mimpi melihat pelbagai haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, seringgala dan tikus.
  6. Bunyi gigi geraham beradu ketika tidur.
  7. Tertawa, menangis atau berteriak ketika tidur.
  8. Merintih ketika tidur.
  9. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa kesedaran.
  10. Mimpi seakan-akan akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi berada di kuburan, tempat sampah atau jalan yang mengerikan.
  12. Mimpi melihat orang aneh, seperti tinggi sekali, pendek sekali atau hitam sekali.
  13. Mimpi melihat hantu.
Tanda gangguan jin ketika jaga.
  1. Selalu pening kepala, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada kedua-dua mata, kedua-dua telinga, hidung, gigi, tenggorokan atau perut besar.
  2. Selalu berpaling dari zikrullah, lupa sembahyang dan kebaikan yang lain.
  3. Menerawang fkiran.
  4. Rasa tidak bermaya dan malas.
  5. Sarat tersumbat.
  6. Rasa sakit pada salah satu anggota badan dan doktor tidak sanggup merawatnya.
Jenis-Jenis Gangguan Jin.
  1. Gangguan menyeluruh, yakni jin mengganggu seluruh tubuh seperti orang yang mengalami berbagai-bagai sumbatan saraf.
  2. Gangguan pada satu-satu bahagian, yakni jin memegang (mengganggu) salah satu anggota badan seperti lengan, kali, atau lidah.
  3. Gangguan berpanjangan, yakni jin terus berada di tubuhnya pada waktu yang lama.
  4. Gangguan sebentar, yakni tidak lebih dari beberapa saat seperti mimpi buruk.
Cara menjaga diri dari gangguan jin.
  1. Menjaga kebersihan dan kekemasan diri dan tempat tinggal
  2. Menjaga solat berjemaah
  3. Tidak mendengar lagu, muzik dan TV yang melalaikan.
  4. Berwudhuk dan membaca ayat qursi sebelum tidur.
  5. Membaca basmallah setiap kali melakukan sesuatu.
  6. Memperbanyakkan zikir.
  7. Memakai pakaian yang menutup aurat.
  8. Mengamalkan mathurat setiap hari pagi dan petang.
  9. Mengamalkan al-Mu'awwidhat (Surah al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur.
  10. Sentiasa membaca al-Quran.
  11. Membuat amalan tebus diri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...