Thursday, December 18, 2008

HaTi iNi MeNaNgiS laGi...


Hati ini menangis lagi....

Tatkala takbir bergema,
Hati ku sayu tidak terkata,
Wajah mu ayah dan juga bonda,
Tak pernah lekang terbayang dimata...

Maafkan daku duhai ayahanda,
Maafkan daku duhai ibunda,
Bukan kehendakku tak dapat bersama,
Untuk meraikan hari yang bahgia...

Betapa hati ini luka,
Rindukan insan yang amat ku cinta,
Tapi tiada dapat ku berdaya,
Kita berjauhan kerana yang Esa..

Menangis lagi hati ini.....

Tatkala merenung kebesaran yang Esa,
Yang luas terbentang di depan mata,
Betapa kecilnya pengorbanan terdaya,
Jika dibandingkan Anbiya' tercinta...

Ampunkan daku duhai Pencipta,
Ampunkan daku yang begitu hina,
Kerana sering utamakan dunia,
Sehingga alpa misi akhirat sana....

Mengalir juga air mata ini,
Tanpa kusedari membasahi pipi,
Duhai Tuhanku Allahu Ya Rabbi,
Kurniakan ketabahan pada hamba mu ini....

Hati ini menangis lagi.....

Di mana teman yang selama ini,
Dikala ku berduka senantiasa di sisi,
Begitulah kesilapan tafsiran hati,
Sedangkan Allah tak pernah menjauhi...

Maafkan daku Allahu Ya Rabbi,
Ampunkan daku Ya Illahi,
Keredhaan dariMu yang ku cari,
Semoga al-Adn pengakhiran destinasi....

Saturday, December 6, 2008

SeSuaTu yAnG tAk PasTi..


Tiada guna kita menanti, akan sesuatu yang tak pasti,
Tiada guna hidup bersendiri, jika hati itu berkelahi,
Tiada guna kita mati, jika tiada amal dihati,
Tiada guna kita memberi, jika ianya dibenci,
Tiada guna kita menguji, jika lemah didalam diri,
Tiada guna kita bersimpati, jika ianya memakan diri,
Tiada guna menggenggam api, jika tangan tak sesuci hati,
Tiada guna kita berkelahi, jika ingin mencari hakiki,

ohhh...

Mengapa masih aku disini, umpama air dalam perigi,
Mengapa masih aku disini, mendambakan nikmat-nikmat duniawi,
Mengapa masih aku disini, dalam kerja amal haraki,
Mengapa masih aku disini, sedangkan maksiat menjadi-jadi,
Mengapa masih aku disini, dalam bumi menghitung hari,
Mengapa masih aku disini, sedangkan yang benar itu pasti,
Mengapa masih aku disini, adakah menanti tiba nya mati?
mengapa masih aku disini, dalam temanku perit tidak terperi,
Mengapa masih aku mencari, cinta selain Illahi,

Ayuh lah!!

Bangkitlah wahai diri, mencari keberkatan dari Illahi,
Bangkitlah wahai diri, meneruskan perjuangan Muhammad yang suci,
Bangkitlah wahai diri, menentang mihnah dan tribulasi,
Bangkitlah wahai diri, memperjuangkan agama Allah yarabbi,
Bangkitlah wahai diri, kerana mati itu pasti,
Bangkitlah wahai diri, sebelum dikau merasa rugi,
Bangkitlah wahai diri, walau pedang menusuk ke hati,
Bangkitlah wahai diri, menyahut seruan dari Illahi,

Ya Allah,

Tetapkanlah hati ini, semoga sentiasa istiqamah diri,
Tetapkanlah hati ini, semoga iman terpatri di hati,
Tetapkanlah hati ini, semoga bangun dari mimpi,
Tetapkanlah hati ini, semoga tak tertipu dengan duniawi,
Tetapkanlah hati ini, semoga akhirat itu yang ku cari,
Tetapkanlah hati ini, semoga syurga tempat ku nanti,
Tetapkanlah hati ini, semoga bersama Muhammad penyeri hati.


sekian nukilan keinsafan dari kayangan ku...

Friday, November 21, 2008

SeCebis CoreTaN uNtuK di KenAnG..

Assalamualaikum....

teman..
coretan kasih, seuntai sayang,
buat semua untuk di kenang...
sementara kita masih berpeluang,
ku mohon kemaafan segala kesalahan..
bermulanya kisah, mengajar kita erti persahabatan,
tercatit sebuah kisah yg x dapat dilupakan..

teman...
begitu cepat masa berlalu meninggal kan kita,
rinduku pada mu menggunung tingginya..
perjalanan kita utk mendapat keredhaan dari Nya,
begitu indah, seindah cerita nya..

teman...
kau yg kusangka kan bara,
rupanya air penyejuk jiwa,
kau yg kusangka kan cerca,
rupanya hamparan utk di warna,
kau yg kusangka kan kaca,
rupa nya permata yg tiada tandingnya,.

teman...
banyak nya perkara terungkap tanpa ku sedari,
banyak nyer mimpi menjadi realiti,
banyak nyer nasihat telah di beri,
walaupun engkau tidak hindari,
tetapi kini telah terbukti,
walaupun tertinggal di awal siri,
namun kemenangan di kemudian hari..

p/s: adakah kita bersedia jika izrail datang menjemput kita???

Monday, November 17, 2008

JaNgAn MeRajUk LaGi SayAnG.....


Jangan Merajuk Lagi Wahai Da'ie


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian.. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan..

semoga kita semua mencapai mardhatillah... insyaAllah....

Tuesday, November 4, 2008

PiLiHaN RaYa KamPuS UTP

Assalamualaikum...

Pada 29 Oktober 2008, bermula lah satu episode baru dalam kampus UTP dimana keputusan pilihan raya di umum kan.. keputusan kali ini menunjukkan kesedaran pelajar2 UTP dalam memilih pemimpin yang mereka percayai di mana bilangan pelajar yang turun mengundi meningkat kepada 40% berbanding pilihan raya sebelum ini hanya 25% pelajar yg turun mengundi..

Pilihan raya kali ini amat sengit di mana di kerusi umum sebanyak 11 org calon bertanding utk merebut 5 kerusi umum sebagai majlis tertinggi dan di kerusi program sebayak 3 program yang bertanding iaitu ICT, Petroleum engineering dan Chemical engineering. Manakala 4 program lagi menang tanpa bertanding iaitu program EE, BIS, ME dan CV.

Berikut merupakan keputusan PRK UTP 08 bagi kerusi Umum :

HASMADI

=

1683 UNDI (tertinggi)

FAROUQI

=

1600 UNDI (ke-2 tertinggi)

NORZILA

=

1535 UNDI (ke-3 tertinggi)

NIK AKMAL AFIF

=

1468 UNDI (ke-4 tertinggi)

SYUHADA

=

1450 UNDI (ke-5 tertinggi)

FARRIZ

=

710 UNDI (ke-6 tertinggi)

SOFIA

=

643 UNDI (ke-7 tertinggi)

ADONIS

=

499 UNDI (ke-8 tertiggi)

ASYRAFF

=

473 UNDI (ke-9 tertinggi)

KHALIB

=

449 UNDI (ke-10 tertinggi)

RAHIMAH

=

423 UNDI (ke-11 tertinggi)


Berikut merupakan keputusan PRK UTP 08 bagi kerusi Program :

ICT

Nurul Farhan

=

193

Amir Hamzah

=

143

Khael

=

109

Petroleum Engineering

Awangku Alizul

=

238

Hafiz

=

221

Ron

=

89

Chemical Engineering

Nur Farhani

=

418

Wan Ahmad

Faiz

=

376

Aimen

=

110

P/S: Bagi kerusi umum lima nama teratas akan memegang jawatan Majlis tertinggi manakala 2 nama teratas bagi kerusi program akan memegang jawatan majlis executive.

Ah BeNg oh aH bEnG....


ah BeNg oh Ah BeNg

Why did Ah Beng go to a movie with his 18 friends ?

Because below 18 not allowed Lah !



Ah Beng wants to buy a TV set. He goes to a shop.

Ah Beng : "Do you have color TV ?".

Salesgirl : "Yes !".

Ah Beng : "Give me a green one, please".



Ah Beng is filling up an application form for a job.

He supplied the information for the columns on Name, Age, Address etc.

Then he comes to column on "Salary Expected", he is not sure of the
question.

After much thought, he writes "Yes".



Ah Beng goes to a store and sees a shiny object.

Ah Beng : "What is that shiny object ?".

Salesgirl : "That is a thermos flask".

Ah Beng : "What does it do ?".

Salesgirl : "It keeps hot things hot and cold things cold".

Ah Beng : "I'll buy it".

The next day, Ah Beng goes to work with his thermo flask.

Boss : "What is that shiny object ?"

Ah Beng : "It's a thermos flask."

Boss : "What does it do ?"

Ah Beng : "It keeps hot things hot and cold things cold"

Boss : "What do you have in it !?"

Ah Beng : "Two cups of coffee and one cup of ice cream"



After taking photocopies of documents, Ah Beng always compares it with
the original for spelling mistakes.



Ah Beng always smiles during lightning storms because he thinks his
picture is being taken.



Why can't Ah Beng dial 911?

Because he can't find the number 11 (eleven) on the phone.



Ah Beng had just bought a new computer and was using it.

When he encountered some problems. He decide to use the 'Help' command
after some tries.

Soon after, he became very irritated and called the computer retailer
for support.

Ah Beng : "I press the 'F1' key for help ah, but it's been over half an
hour & still nobody come and help me Lah ?!"



Ah Beng with two red ears went to his doctor.

The doctor asked him what had happened to his ears and he answered,

"I was ironing a shirt and the phone ring Lah-but instead of picking up
the phone, I accidentally picked up the iron and stuck it to my ear"

"Oh dear !" the doctor exclaimed in disbelief.

"But ... what happened to the other ear ?"

Ah Beng answered : "That stupid dumbo called back Lah !!!!"



Ah Beng talk to a long-distance telephone operator.

Ah Beng : "COULD YOU PLEASE TELL ME THE TIME DIFFERENCE BETWEEN TAIPEI
AND LAS VEGAS ?"

Operator : "JUST A MINUTE..."

Ah Beng : "THANK YOU LAH" and puts down the phone.



After completing a jigsaw puzzle he'd been working on for quite some
time, Ah Beng proudly shows off the finished puzzle to a friend.

"It took me ONLY 5 MONTHS TO DO IT", Ah Beng brags.

"FIVE MONTHS ? THAT'S TOO LONG", the friend exclaims.

"YOU ARE A FOOL." Ah Beng replies, "SEE THIS BOX, IT IS WRITTEN FOR 4-7
YRS".



At a bar in New York, the man to Ah Beng's left tells the bartender,

"JOHNNIE WALKER, SINGLE", and his companion says, "JACK DANIELS,SINGLE"


The bartender approaches Ah Beng and asks, "AND YOU, SIR ?"

Ah Beng replies : "TAN AH BENG, MARRIED LAH"

Monday, November 3, 2008

aDaKah aKu iKhLaS???


Adakah Aku Ikhlas?

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia- sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah Ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab :
1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas.
2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya.
3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamtilah Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkianati Allah Ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam...
amin....

9 aNak sYaiTan mAin dEnGan aPi


Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

" Astaghfirullahalazim.... tanpa kita sedari kadang2 tue, sifat2 ini terdapat dalam diri kita... ayuh la sahabat2 semua kita bersihkan diri kita dari terpedaya dengan syaitan laknatullah.. "


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...