Monday, March 14, 2011

WAJARKAH??? Apakah Pendapat anda Semua?? Jom tukar-tukar pendapat...

http://www.mca.org.my/en/wp-content/themes/mca/images/logo.jpg

Kenyataan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek Mengenai Melepaskan Al-Kitab yang Ditahankan

On March 13, 2011, in Statements & Commentaries



MCA menggesa Kementerian Dalam Negeri memulangkan Al-Kitab atau Bible yang dirampaskan sebelum ini dalam tempoh terdekat. MCA juga menggesa Peguam Negara untuk membuat keputusan serta-merta supaya Al-Kitab berkenaan boleh dipulangkan oleh pihak berkuasa. MCA ingin menegaskan bahawa kerajaan perlu jelas dalam pendiriannya bahawa hak dan kebebasan seseorang untuk menganut agama perlu dihormati.

MCA juga ingin menegaskan bahawa semua warganegara Malaysia mempunyai kebebasan untuk belajar dan mengamal agama mereka dalam sebarang bahasa tanpa halangan daripada pihak berkuasa.

Oleh yang demikian, MCA mendesak bahawa semua kakitangan kerajaan supaya tidak mengambil tindakan yang keterlaluan atas sebarang literasi agama demi menjamin keharmonian masyarakat. Semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, perlu bekerjasama untuk mencapai perpaduan dalam kepelbagaian.

Persekutuan Kristian Malaysia juga menyatakan bahawa pihak mereka akan menerbitkan perkataan “Christian Publication” dalam semua terbitan Kristian, inisiatif tersebut patut dialu-alukan oleh semua pihak. Dengan yang demikian, MCA ingin menegaskan bahawa Al-Kitab dalam Bahasa Kebangsaan patut dibenarkan untuk dicetak di dalam negeri dengan keluluasan Kementerian Dalam Negeri supaya Al-Kitab dalam Bahasa Kebangsaan dapat diedarkan di semua gereja tempatan.

Datuk Sri Dr Chua Soi Lek
Presiden MCA

-MCA online-

sumber: http://www.mca.org.my/en/kenyataan-oleh-presiden-mca-datuk-seri-dr-chua-soi-lek-mengenai-melepaskan-al-kitab-yang-ditahankan/

4 comments:

nukilanbayangan said...

kebanyakkan orang melayu sekarang ramai yang tidak membaca Al-Quran, bila di perkenalkan pulak bible dalam bahasa malaysia, akidah orang islam akan tergugat..

Irwan Afendi said...
This comment has been removed by the author.
Irwan Afendi said...

mungkin bergantung pada pengaruh pergaulan..
tanggungjawab umat Islam makin berat,
Al Quran bukan sekadar untuk dibaca,malah untuk dihayati dan ditadabburi isinya..

Anonymous said...

Sebenarnya kita takut pada bayang2 sendiri..

Kita dah tahu yang kita tak giatkan usaha mengautkan agama Islam. usaha untuk bagi umat Islam hayati Islam..


Jadi bila wujud al kitab plak.. kita lagi cepat terase daripada memikirkan macam mane nak kuatkan orang Islam..

Hakikat sebenarnya yg kite perlu terima, umat ISlam di Malaysia sekadar mewarisi Islam sebab tu lah benda2 mcm ni mudah menganggu gugat akidah kita..


MOga pertimbangan n perbincangan yang lebih telus diadakan supaya semua hak dapat dijaga dengan berlandaskan hukum yang betul da bukannya pengaruh emosi dan pendirian akal semata mata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...