Dewasa ini kita lihat haiwan lagi berperi kemanusiaan daripada manusia.. ayuh kita mengambil iktibar...
1) Haiwan yang saya paling suka ialah;
Merpati Putih..
p/s: kerana ia mengajar erti kebebasan, ketenangan, ketabahan, kepintaran dan juga kebersihan.
2) Binatang mengajar kita erti persahabatan..
p/s: dalam persahabat perbezaan itu perlu diketepikan dan keikhlasan dalam perhubungan perlu diutamakan kerana persahabatan yang disulami keikhlasan akan menyemai kasih sayang dan mendapat keberkatan..
p/s:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Al-Hujuraat:13)
3) Binatang mengajar kita erti perkongsian..
p/s: berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing...
4) Binatang mengajar kita erti kasih sayang...
p/s: kasih sayang akan menerbitkan butir-butir mutiara kebahagiaan..
5) Binantang mengajar kita erti kekeluargaan..
p/s: sedangkan binatang tahu menyayangi keluarga, mengapa manusia sekarang tergamak membuang bayi di merata-rata? dan Mengapa kita tidak membekalkan keluarga kita dengan ilmu yang secukupnya?? baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat..
6) Binatang mengajar kita erti kerja berpasukan
a
p/s: bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..
p/s:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.(As-Saff:4)
7) Binantang mengajar kita erti kepantasan, kekuatan dan kesungguhan.
p/s: "Al aqli salim min jismi salim"
(Akal yang sihat dari tubuh badan yang sihat)
8) Binatang mengajar kita erti tanggung jawab..
p/s: "Kullukum raain, wakullu raain mas'uuluan 'ala raiyatin"
(Setiap daripada kamu adalah ketua, dan setiap ketua akan disoal akan tanggunganya..)
9) Binatang mengajar kita erti kecantikan dan kemanisan hidup..
p/s: Allah itu cantik dan suka akan kecantikan..
No comments:
Post a Comment