Monday, December 12, 2011

TAFSIR SURAH NUR AYAT : 32

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

TAFSIR SURAH NUR AYAT : 32

Tafsir Ibnu Kathir
,

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Ayat ini mengandungi beberapa hukum-hakam yang 'muhkamah' dan suruhan-suruhan 'mubramah'. Firman Allah Taala : "Dan kahwinkanlah ......." hingga akhirnya merupakan satu perintah supaya mengahwinkan. Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka berdalilkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Wahai sekalian pemuda, barangsiapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya. - dikeluarkan dalam sahihain daripada hadith ibnu Masood. Terdapat dalam Sunan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Kahwinilah (perempuan) beranak banyak, sesungguhnya aku berbangga mempunyai umat yang ramai di hari Qiamat.

"Al-Ayaama" adalah perkataan jama' bagi perkataan "ayyim". Digunakan untuk perempuan yang tidak mempunyai suami atau untuk lelaki yang tidak mempunyai isteri samada ia pernah berkahwin kemudian bercerai atau yang belum berkahwin lagi.

Firman Allah Taala " إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمْ اللَّه مِنْ فَضْله " "Jika mereka itu miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya." Berdasarkan ayat ini, berkata Ali b. Abi Talhah daripada Ibnu Abbas; Allah Taala menggesa mereka supaya berkahwin dan memerintahkan orang merdeka dan hamba supaya dikahwinkan serta menjanjikan mereka dengan kekayaan. Berkata Ibnu Abi Hatim, Abu Bakar As-siddiq berkata : Taatilah kamu akan Allah pada apa yang Dia arahkan supaya bernikah, kamu akan peroleh kekayaan sebagaimana yang dijanjikan. Daripada Ibnu Masood; Carilah kekayaan dalam pernikahan. Daripada Abu Hurairah R.A. berkata : Sabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga hak ke atas Allah menolong mereka; orang yang ingin kahwin yang mahukan memelihara kesucian diri, hamba mukatab yang mahu merdeka dan pejuang di jalan Allah."- diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tarmidzi, An-Nasaaie dan Ibnu Majah. Nabi S.A.W. telah mengahwinkan lelaki itu yang tidak mempunyai apa-apa kecuali kain sebarnya, tidak mampu mengadakan sebentuk cincin besi, meskipun begitu Nabi S.A.W. tetap mengahwinkannya dengan seorang perempuan dan mensyaratkan maharnya ialah mengajarkan perempuan itu Al-Quran.

Tafsir Al-Qurthubi

,

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ

Perintah termasuk dalam bab penjagaan (protection) dan kebaikan (as-salaah). Iaitu, Kahwinkanlah orang yang tiada pasangan dari kalangan kamu kerana sesungguhnya ia adalah jalan menjaga kehormatan diri. Perintah ini ditujukan kepada wali-wali (penjaga). Ada yang berkata perintah itu pasangan (suami/isteri). Yang sahih adalah pendapat pertama; kerana kalau ayat itu merujuk kepada pasangan(laki-laki atau perempuan), sudah tentu ia akan berbunyi {وانكحوا} iaitu tanpa hamzah, iaitu alif wasal. Daripada sini diketahui bahawa perempuan tidak boleh bernikah sendirian tanpa wali. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama.

Ulama berselisih dalam perkara ini, Ada tiga pendapat. Berkata ulama kita : berbeza hukum dalam perkara itu disebabkan oleh hal keadaan seseorang mukmin seperti takut berlaku dosa, tidak dapat sabarkan diri serta kekuatannya di atas kesabaran dan hilangnya takut berlaku dosa. Apabila ditakuti berlaku kemusnahan/kerosakan pada agama atau dunia atau pada kedua-duanya sekali maka nikah menjadi wajib. Sekiranya tidak dikhuatiri berlaku apa-apa dan keadaanya bebas, maka berkata Imam Syafie' : Nikah itu harus. Imam Malik dan Abu Hanifah berkata : Nikah itu mustahabb. Imam Syafie membuat ulasan bahawa nikah itu merasakan keenakan maka ia adalah harus seumpama makan dan minum. Ulama kita pula memberi komentar berdasarkan hadis sahih :

مَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

"Barangsiapa yang tidak sukakan sunnahku, maka ia bukan dari golonganku"

"Al-Ayaama minkum" iaitu laki-laki atau perempuan yang tiada pasangan. Mufrad (singular) bagi perkataan ( الْأَيَامَى ) ialah ( الْأَيِّم ). Berkata Abu Amru : ( أَيَامَى ) adalah terbalikan perkataan ( أَيَايِم ). Ahli bahasa (bahasa Arab) bersepakat bahawa ( الْأَيِّم ) pada asalnya bermaksud perempuan yang tiada suami samada perempuan itu dara ataupun janda. Kenyataan ini diceritakan oleh Abu Amru, Al-Kisaaie dan lain-lain.

Maksud firman Allah Taala ( وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ ) iaitu "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu." Kemudian ayat tadi menerangkan hukum mengenai hamba, firmanNya : ( وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادكُمْ وَإِمَائِكُمْ ). Al-Hasan membaca ayat tadi dengan ( وَالصَّالِحِينَ مِنْ عَبِيدكُمْ ), dan perkataan ( وَعَبِيد ) adalah isim (kata nama) bagi jama'nya (plural). Al-Farra' berkata : dan harus ( وَإِمَاءَكُمْ ) dibaca dengan nasab (baris atas), kembali/merujuk kepada perkataan ( الصَّالِحِينَ ) iaitu laki-laki dan perempuan.[iaitu maknanya : kahwinkanlah .....orang-orang soleh... dan kahwinkanlah hamba-hamba kamu). Yang baik (pada perkataan orang yang baik) adalah imannya.

Dikatakan juga bahawa makna ayat itu ialah hendaklah keinginan untuk mengahwinkan hamba itu mestilah hamba-hamba itu orang yang baik, maka harus mengahwinkannya.

إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Ayat ini merujuk kepada orang merdeka; maknannya janganlah kamu halang daripada mengahwinkan mereka dengan sebab kemiskinan si lelaki atau si perempuan. ( إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمْ اللَّه مِنْ فَضْله ) ini adalah janji Allah dengan kekayaan kepada orang yang berkahwin yang mencari keredhaan Allah dan memelihara diri daripada maksiat. Berkata Ibnu Masood : Mintalah kekayaan dalam perkahwinan; lalu membaca ayat ini. Berkata Omar R.A. : Aku hairan ada orang yang tidak mencari kekayaan dalam perkahwinan. Firman Allah Taala : ( إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمْ اللَّه مِنْ فَضْله ). Makna ini juga diriwayatkan ini daripada Ibnu Abbas R.A. Daripada hadith Abi Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ( ثَلَاثَة كُلّهمْ حَقّ عَلَى اللَّه عَوْنه الْمُجَاهِد فِي سَبِيل اللَّه وَالنَّاكِح يُرِيد الْعَفَاف وَالْمُكَاتَب يُرِيد الْأَدَاء ) . Maksudnya : "Tiga perkara, setiap mereka itu adalah hak ke atas Allah menolongnya; orang yang berjuang di jalan Allah, orang yang ingin berkahwin yang ingin memelihara kehormatan, dan hamba mukatab yang mahu merdeka." - dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam Sunannya. Dikatakan bahawa : perkataan ( يُغْنِيه ) itu bermaksud memberikannya kaya jiwa (akal budi). Dalam hadith sahih ada disebut ( لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَة الْعَرَض إِنَّمَا الْغِنَى غِنَى النَّفْس ) maksudnya "Bukanlah kekayaan sebenar itu kekayaan harta benda, tetapi kekayaan sebenar itu ialah kaya jiwa." Dikatakan juga ( يُغْنِهِمْ اللَّه مِنْ فَضْله ) bermaksud Allah memberikan kekayaan daripada limpah kurniaNya jika Dia kehendaki, sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-An'am ayat : 41 ( فَيَكْشِف مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِنْ شَاءَ ) maksudnya "..maka Dia menghilangkan bahaya yang kerananya kamu berdoa kepada-Nya, jika Dia menghendaki." . Firman-Nya lagi dalam surah As-Syuura ayat 12, ( يَبْسُط الرِّزْق لِمَنْ يَشَاء ) maksudnya "Dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya.". Dikatakan juga bahawa ayat tadi bermaksud jika mereka itu miskin untuk membolehkannya berkahwin, Allah akan memberikannya kekayaan dengan yang halal supaya ia selamat daripada zina.

Ayat ini menunjukkan suuruhan supaya mengahwinkan orang miskin. Seseorang itu tidak boleh berkata "macamana aku nak kawin sedangkan aku tak berduit" kerana rezekinya itu di tangan Allah. Nabi S.A.W pernah mengahwinkan seorang perempuan yang datang kepada baginda menyerahkan dirinya kepada seorang yang tidak berharta melainkan sehelai kain sebar. Tidak terjadi selepas itu perempuan tadi menuntut fasakh nikah kerana kemiskinan, kerana ia pernah atau biasa susah. Adapun yang sering berlaku demikian (fasakh) ialah apabila seorang perempuan yang sebelumnya hidup senang tiba-tiba hidup susah selepas berkahwin, kerana biasanya rasa lapar membuatkan orang tidak boleh bersabar. Berkata An-Naqqaasy : Ayat ini menjadi hujjah terhadap orang yang berkata : "Sesungguhnya kadi boleh memisahkan di antara suami isteri sekiranya si suami itu miskin yang menyebabkan dia tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya." Ini adalah kerana Allah Taala berfirman "Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka", bukannya "memisahkan antara kedua-duanya". Ini adalah pendapat yang daif. Ayat ini bukanlah hukum pada orang yang tidak mampu memberi nafkah, tetapi ia adalah janji akan diberikan kekayaan bagi orang yang berkahwin orang miskin. Adapun orang yang kahwin orang senang, tetapi menjadi susah selepas daripada itu, maka dibolehkan dipisahkan antara kedua-duanya. Allah Taala berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat : 130 ( وَإِنْ يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّه كُلًّا مِنْ سَعَته ) . Maksudnya : "Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpah kurnia-Nya."

Tafsir Thabari
,

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ

( وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادكُمْ وَإِمَائِكُمْ ) Kahwinkanlah (wahai orang-orang yang beriman) orang-orang yang tidak mempunyai pasangan (laki-laki atau perempuan) dari kalangan orang merdeka dan juga orang-orang yang baik dari kalangan hamba-hamba kamu. Perkataan الْأَيَامَى adalah kalimah jama' bagi perkataan أَيِّم . Dijama'kan sebagai أَيَامَى kerana ia memberi makna فَعِيلَة , sebab itulah dijama'kan demikian sebagaimana dijama'kan perkataan الْيَتِيمَة sebagai يَتَامَى . Kalau dijama'kan dengan أَيَائِم juga betul. الْأَيِّم digunakan untuk lelaki dan juga perempuan. Contohnya : رَجُل أَيِّم , وَامْرَأَة أَيِّم وَأَيِّمَة jika masing-masing tidak mempunya isteri atau suami.

إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

Maksudnya, jika mereka (hamba-hamba laki-laki dan perempuan) yang kamu kahwinkan mereka itu orang susah dan miskin, maka sesungguhnya Allah akan memberikan kekayaan daripada limpah kurnia-Nya. Maka kemiskinan mereka itu tidaklah boleh dijadikan alasan untuk menghalang mereka daripada berkahwin.

وَاللَّهُ وَاسِعٌ

Firman Allah ( وَاللَّه وَاسِع ) : Allah itu luas limpah kurnia-Nya lagi Maha Pemurah, maka kahwinkanlah hamba-hamba kamu, sesungguhnya Allah itu luas (kurnia), Allah akan memberikan kurnia-Nya jika mereka semua miskin.

عَلِيمٌ


Maksudnya Allah mengetahui orang yang miskin dari kalangan mereka dan juga yang kaya. Tidak sunyi sesuatu pun di sisi Allah akan keadaan pengurusan makhluk-Nya.



Dalil-dalil mengenai Rezeki dari Al-Quran dan Hadith

Panduan dari Al-Quran

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7

“Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132

“(Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa.” Surah Huud : ayat 52

“dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui.” Surah An-Nur : ayat 32

“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” Surah Al Baqarah : ayat 268

“(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi, orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Surah Al -Baqarah : ayat 273

“dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperolehi (balasan) yang lebih banyak.” Surah Al Muddatsir : ayat 6

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ” Surah An Nisaa’ : ayat 100

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik”. Surah al-Baqarah : ayat 168

Panduan dari Hadith

Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

“Allah taala membantu umat ini hanyalah sebab orang-orang lemah mereka, sebab doa mereka, solat mereka dan ikhlas mereka.” (Riwayat AnNasaie, sahih)

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

“Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

“Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu DITAHAN REZEKINYA disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

“Nikahilah perempuan kerana mereka akan membawa harta kepada kamu.” (riwayat Bazzar, Daruqutni dan Hakim, hadis hasan)

“Adakah kamu suka hatimu menjadi lembut, dan kamu memperolehi hajat keperluanmu? Kasihanilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berikanlah dia daripada makananmu, nescaya lembutlah hatimu dan kamu akan memperolehi hajatmu.” (Riwayat Tabrani)

“Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan-amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

“Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Riwayat Tabrani)

“Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Tabrani, Ibnu Adi)

“Sesungguhnya tidur pada waktu pagi menghalang sebahagian rezeki” Abu Nuaim.

“Ikutlah antara haji dan umrah kerana di dalam mengikuti antara keduanya menambah panjang umur dan menambah rezeki” (Ahmad, Ibnu Majah, Daruqutni, Tabrani)

Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari)

Monday, June 27, 2011

Ciri-Ciri Pendakwah

Pertama: Niat yang Ikhlas kerana Allah s.w.t. semata-mata.

Sebagai seorang da’i, hendaklah memahami bahawa, kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.. Di antara Ubudiyyah kita kepadaNya ialah dengan ketaatan kita kepadaNya. Dakwah dan Amr bil Ma’ruf wa An-Nahyu ‘An Al-Munkar merupakan salah satu daripada tanggungjawab dan tugas setiap muslim. Oleh yang demikian, seseorang hamba Allah s.w.t. perlulah mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah s.w.t., semata-mata kerana Allah s.w.t., bukan untuk mendapatkan habuan dari keduniaan, mendapat kemasyhuran, mendapat kedudukan di sisi manusia dan sebagainya.

Dalam setiap amalan, ikhlas merupakan satu yang paling penting dalam memastikan amalan kita diterima oleh Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad) : “Upah apa pun yang aku minta daripadamu maka itu untukmu. Upahku hanyalah dari Allah dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Surah Saba’ : 47)

Kedua: Jauhi ‘Ujub dalam Berdakwah

Sebagai seseorang muslim, hendaklah dia sentiasa menghindari sikap ‘ujub dalam setiap amalan, termasuklah dalam berdakwah. Ujub ialah satu sifat merasa seronok dengan diri sendiri, merasa diri sendiri baik, dan menisbahkan kebaikan tersebut kepada diri kita sendiri.

Ujub merupakan salah-satu sifat yang paling tercela kerana, seseorang yang menisbahkan kebaikan kepada diri sendiri, seolah-olah mengkufuri nikmat Allah s.w.t. kepadanya, kerana pada hakikatnya, Allah s.w.t.lah yang menjadikannya sebagai seorang insan yang baik dan mengizinkannya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t.. Kalaulah tidak kerana keizinan dan kehendak Allah s.w.t., nescaya seseorang itu tidak mampu mentaatiNya, kerana tiada daya dan kuasa melainkan dengan keizinan Allah s.w.t. dan dariNya.

Hayatilah bahawa, Allah s.w.t.-lah mentakdirkan anda sebagai seorang pendakwah, dan apabila anda diberi nikmat ketaatan, maka bersyukurlah kepada Allah s.w.t. yang menjadikan anda sebagai seorang yang taat, dan rendah dirilah di hadapanNya, sambil menyalahkan diri sendiri dan merasakan bahawa amalan kita tidak sempurna.

Ingatlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Sekiranya tidak kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang bersih (dari perbuatan keji dan mungkar).”
(Surah An-Nur : 21)

Adab ini amat penting bagi seseorang muslim, apatah lagi sebagai seorang da’i yang mengajak manusia kepada jalan Allah s.w.t.. Janganlah menisbahkan kebaikan yang dilakukan kepada diri sendiri kerana ia merupakan pintu kepada takabbur yang pernah menyebabkan Iblis, yang merupakan ketua para malaikat, menjadi selaknat-laknat makhluk di sisi Allah s.w.t..

Ketiga: Dakwah dalam Tawadhuk dan Hindari Takabbur


Rasulullah s.a.w. sebagai contoh yang paling agung. Rasulullah s.a.w. sentiasa mempamerkan sikap rendah diri, walhal Baginda s.a.w.-lah yang merupakan sebaik-baik manusia. Oleh yang demikian, sebagai seorang muslim dan pendakwah, perlulah juga kita mengikuti sifat tawadhuk Rasulullah s.a.w. tersebut khususnya dalam berdakwah.

Hindarilah sifat takabbur, yang merasakan diri lebih baik dari orang lain. Apabila kita melakukan usaha Amr bil Ma’ruf wa An-Nahyu an Al-Munkar, maka lakukanlah dengan merasakan bahawa setiap orang muslim itu lebih baik dari kita.

Pandanglah orang-orang Islam dengan mata rahmat (kasih sayang) walaupun kepada si pelaku maksiat. Apabila kita lihat sesuatu maksiat datang dari seseorang, maka anggaplah pada hakikatnya orang itu lebih baik dari kita, dan dia pada hakikatnya sempurna akhlaknya, melainkan hanya satu maksiat tersebut sahaja yang mengurangkan kesempurnaannya.

Oleh yang demikian, kita akan menasihatinya atas dasar memberi cadangan untuk lebih menyempurnakan dirinya, tanpa merasakan diri kita lebih baik darinya, sebaliknya merasakan diri kitalah yang lebih buruk darinya, kerana boleh jadi orang yang melakukan maksiat tersebut, hanya melakukan satu maksiat sahaja (iaitu maksiat yang kita nampak dia lakukan tersebut), sedangkan kita ini pula, walaupun tidak melakukan maksiat yang dilakukannya, masih banyak lagi maksiat-maksiat lain yang dilakukan oleh kita, yang disembunyikan oleh Allah s.w.t. dari manusia.

Dengan rasa keinsafan ini, budaya nasihat akan penuh dengan bunga-bunga ukhuwah, apabila setiap individu muslim merasai orang yang dinasihatinya sebenarnya lebih baik dari dirinya. Oleh yang demikian, nasihat akan lebih berbentuk mesra, kerana ianya berbentuk cadangan ke arah kesempurnaan, bukan kritikan ke arah menghina dan merendahkan kedudukan seseorang.

Janganlah kita merasakan, diri kita sebagai pendakwah kerana diri kita lebih baik atau lebih sempurna dari orang lain, tetapi sebaliknya, berdakwahlah kerana kita rasakan bahawa, ianya sebagai satu tanggungjawab ke atas setiap individu muslim, yang disarankan oleh Allah s.w.t. agar saling nasihat-menasihati antara sesama muslim, bukan atas dasar kita lebih soleh dari orang lain.

Imam As-Sya’rani r.a. menegaskan adab ini dalam buku Al-Bahr Al-Maurud dan menyatakan bahawa, adab inilah yang asasi dalam berjalan menuju Ilahi s.w.t..

Keempat: Aqidah yang Sejahtera

Antara ciri-ciri seorang pendakwah yang rabbani ialah, memiliki iman dan aqidah yang sempurna. Ini kerana, keimanan, keyakinan kepada Allah s.w.t., kefahaman yang sebenar tentang hakikat sesuatu dan kemantapan aqidah Islamiyah merupakan kekuatan yang paling utama dalam menempuhi ranjau di sepanjang jalan dakwah.

Seseorang pendakwah perlulah beriman kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar iman, jesteru metahqiqkan makna muroqobah dalam diri yang merupakan nadi ihsan seseorang muslim. Dia hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah s.w.t. di sisinya, yang sentiasa mengawasi dan memerhatikannya, dan merasai kebersamaan Allah s.w.t. yang sentiasa memberi rahmat kepada para hambaNya yang berdakwah di atas jalanNya.

Dia juga perlulah mendapat kefahaman yang sempurna mengenai hakikat di sebalik sesuatu, di mana, dia perlulah menghayati konsep tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan dan keizinan Allah s.w.t.. Oleh yang demikian, dia akan memahami bahawa, dakwah dan usaha islah yang dilakukannya sebenarnya tidak memberi kesan kepada perubahan, tetapi sebaliknya Allah s.w.t.-lah yang Maha Berkuasa dalam memberi kesan perubahan, samada dengan perantaraan usaha dakwah kita ataupun tanpa perantaraan tersebut.

Oleh yang demikian, kita berdakwah sekadar menunaikan perintah Allah s.w.t. ke atas kita, dan kita akan sentiasa faham bahawa, Allah s.w.t. tidak memerlukan dakwah kita untuk mengubah masyarakat Islam, tetapi kitalah yang memerlukan usaha dakwah tersebut sebagai taqarrub kita kepada Allah s.w.t.. Adapun natijah dari dakwah tersebut, bukanlah di dalam bidang tugas kita. Apa yang penting, Allah s.w.t. menyuruh kita melakukan sesuatu secara terbaik, oleh yang demikian, kita juga berdakwah secara terbaik, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t..

Apabila seseorang memahami hakikat ini, maka dia akan lebih pasrah, berlapang dada, tenang dan bersabar dalam usaha dakwah, kerana dia tahu bahawa, yang menyebabkan perubahan sesuatu bukanlah usaha dakwah itu sendiri, tetapi Allah s.w.t.. Usaha dakwah yang dilakukan sekadar melaksanakan perintah Allah s.w.t. sebaik mungkin, dan hanya Dialah yang menentukan kemenangan atau syahid.

Inilah aqidah Rasulullah s.a.w., takkala Baginda s.a.w. bersabda: “Walaupun matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan diletakkan di tangan kiriku, untuk memaksa aku meninggalkan urusan dakwah ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya. Aku akan meneruskannya sehinggalah Allah s.w.t. memberi kemenangan atau menjadikan aku syahid

Rasulullah s.a.w. sendiri meletakkan natijah dakwah Baginda s.a.w. sebagai urusan mutlak Allah s.w.t., sebagai tanda iman yang mantap, dan melaksanakan dakwah kerana ianya sebagai tugas Baginda s.a.w.. Jadi, Allah s.w.t.-lah yang menentukan natijah sesuatu usaha dakwah tersebut, samada mencapai kemenangan atau syahid (seperti Nabi Yahya a.s.).

Kelima: Bekalan Ilmu yang Mencukupi

Skop dakwah amat luas. Oleh yang demikian, seseorang perlu berdakwah di lapangan yang sesuai dengan tahap ilmu dan akal yang dimilikinya. Hal ini amat penting khususnya dalam membentuk pengagihan bidang tugas dalam sesuatu pergerakan tajdid dan islah.

Setiap orang perlulah menyampaikan apa yang diketahuinya, dan banyak bertanya tentang apa yang tidak diketahuinya. Jika dia masih belum sampai tahap ijtihad, atau sekurang-kurangnya menguasai bidang ilmu agama yang mantap, maka seelok-eloknya dia menjauhi perbahasan-perbahasan yang cabang dan tinggi, seperti masalah-masalah bid’ah dan sebagainya.

Selain itu juga, seorang muslim lagi penda’i perlulah sentiasa menambah ilmu pengetahuan dengan terus belajar dan menuntut ilmu, terutamanya dalam bidang agama, dari sistem pendidikan agama yang terpercaya (seperti sistem bertalaqqi secara bersanad).

Keenam: Mempunyai Matlamat yang Jelas

Seorang pendakwah mesti mempunyai matlamat yang jelas di hadapannya iaitu untuk menegakkan agama (Iqamatuddin), melakukan pembaikan (islah) dan mencegah semua bentuk kemungkaran, mengajak manusia mengamalkan Islam dalam segenap sudut kehidupan mereka dan memurnikan semula umat Islam dengan mengembalikan mereka kepada identiti Islam yang sebenar.

Ketujuh: Mengutamakan Perkara-perkara Prinsip (Usul) dari perkara-perkara (Furu’)

Seseorang pendakwah perlulah pandai membezakan antara yang Usul dan yang furu’ dalam agama, agar mereka tidak terjebak dalam kencah pembaziran waktu, dalam sibuk berdebat mengenai perkara-perkara furu’ (yang sememangnya merupakan satu lapangan yang banyak perselisihan pendapat, dan tidak perlu berdebat) dan mengabaikan perkara-perkara usul.

Hal ini sayugia banyak terjadi di dalam realiti masyarakat Islam hari ini, khususnya di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam, yang sibuk membincangkan perkara-perkara furu’ yang padahal mereka tidak lagi layak untuk membincangkan perkara tersebut berdasarkan kecetekan ilmu mereka, apatah lagi bersikap bantah-membantah sehingga membawa ke tahap bid’ah-membid’ah.

Hal ini amat dikesali oleh para ulama’ dan da’i termasuklah Imam As-Syahid Hasan Al-Banna sendiri. Gagasan idea Usul 20 Al-Imam Hasan Al-Banna sendiri hasil dari pertembungan antara dua pihak yang mana, salah satunya menuduh pihak kedua sebagai pelaku bid’ah dan sebagainya. Oleh yang demikian, Al-Imam Hasan Al-Banna cuba menampilkan satu pelan damai dalam meredakan peperangan pemikiran antara kedua-dua pihak tersebut.

Begitu juga, budaya mengutamakan furu’ dari usul ini turut dikritik dan dibidas oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam pelbagai penulisan beliau, samada secara jelas mahupun secara sindiran.

Hal-hal seperti membid’ahkan amalan yasiin malam Jumaat, membid’ahkan tahlil arwah dan sebagainya sebenarnya satu perkara yang furu’ dan hanya berkaitan dengan perkara-perkara khilafiyah kerana pihak yang mengamalkannya juga mengambil hujah dari kefahaman mereka terhadap dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah juga. Oleh yang demikian, tidak timbul soal bid’ah-membid’ahkan dalam perkara-perkara furu’ tersebut.

Kelapan: Bersifat Memaafkan dan Terbuka

Seorang da’i yang menyedari diri sendiri bukanlah yang terbaik, akan terdedah untuk menerima teguran, kritikan dan nasihat kerana dia menyedari bahawa, dia juga selaku manusia yang serba kekurangan, perlu dinasihati oleh orang yang lain juga, kerana kadang-kadang, aib yang kita tidak nampak pada diri kita oleh diri kita sendiri, didapatinya orang lain. Teguran dari saudara yang ikhlas juga merupakan hadiah darinya buat kita yang perlu dihargai.

Kesembilan: Husnu Zhon dan Berbuat Baik Sesama Muslim


Seseorang da’i perlulah bebaik-baik sangka sesama muslim, apatah lagi bersifat sedaya-upaya menganggap orang lain lebih baik dari kita. Ini kerana, sifat ini merupakan kunci kekuatan ukhuwah Islamiyah.

Imam An-Nawawi r.a. mengatakan bahawa: “Jika seseorang muslim itu berkata dengan satu lafaz yang mendatangkan 70 makna yang membawa kepada syirik, dan membawa 1 takwil yang bersesuaian dengan syariat, maka pakailah ta’wil tersebut sebagai usaha husnu zhon sesama muslim.”

Ini kerana, hanya Allah s.w.t.-lah yang Maha Menghukum, sedangkan kita sebagai para hambaNya merupakan para penyeru manusia kepadaNya. Jadi, apa yang dimaksudkan oleh seseorang dari perkataan mereka, cukuplah Allah s.w.t. yang menghukumnya, dan kita cubalah sedaya-upaya mentakwilkannya dengan menyesuaikannya dengan syarak, selagi ada ruang untuk itu.

Janganlah mengkritik seseorang kerana sifat benci kepadanya dan bersifat mencari kesalahan orang lain, walaupun orang itu cuba mencari kesalahan kita. Sesungguhnya, sifat umat Islam ialah rahmatan lil ‘alamin (sebagai satu rahmat buat sekalian alam). Janganlah cuba mencari-cari aib orang lain, sebaliknya sembunyikanlah aib seseorang jika kita mengetahuinya, dari orang lain, agar Allah s.w.t. menyembunyikan aib kita dari orang lain di dunia dan di akhirat.

Kesembilan: Bersikap Terbuka dan Tidak Fanatik dan Bepuak-puak

Sesungguhnya, jemaah-jamaah, kumpulan haraki, dan pertubuhan-pertubuhan dakwah dan islah yang pelbagai, tidak boleh dijadikan alasan untuk mewujudkan budaya berpuak-puak kerana seluruh umat Islam adalah bersaudara.

Walaupun berbeza manhaj, tetapi seluruh golongan tajdid ini membawa matlamat yang satu, iaitu, untuk memurnikan semula umat Islam. Jadi, tidak perlu wujud satu bentuk berpuak-puak atau jamaah centric dalam dunia kampus mahupun di luar kampus. Jamaah-jamaah dan pertubuhan-pertubuhan hanyalah alat untuk menyampaikan dakwah, bukanlah matlamat dakwah itu sendiri.

Kesepuluh: Tidak Berputus Asa dan Sentiasa Beristiqomah.

Berputus asa terhadap sesuatu kegagalan atau kesulitan bukanlah ciri-ciri seorang yang baik. Ini kerana, jalan dakwah sentiasa memerlukan kesabaran yang tinggi dan berusaha untuk mengatasi segala kesukaran yang dihadapi. Rasulullah s.a.w. berada di Mekah selama 13 tahun untuk berdakwah terus-menerus walaupun baginda sering dihina dan disakiti. Sesungguhnya, jika kita kumpulkan seluruh kesusahan yang kita alami ketika ini dan dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. ternyata kita berada amat jauh di belakang. Ketabahan dan istiqomah inilah yang merupakan kunci terakhir untuk mendapat kejayaan di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud :

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Surah Ali-Imran, 142)

Sebenarnya, di sebalik pelbagai ujian dan musibah yang melanda, di sepanjang jalan dakwah dan kehidupan, ada mengandungi pelbagai rahsia kelembutan Allah s.w.t., yang difahami oleh ahli Allah s.w.t..

Kesebelas: Bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama Allah.

Bersungguh-sungguh yang dimaksudkan adalah sebagaimana seorang mujahid yang melawan musuh di medan peperangan. Ini dilakukan dengan menyeru sekalian manusia ke arah melaksanakan perkara-perkara yang baik (amar ma’ruf) dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.

Hal ini, Allah s.w.t. amat menyukai seseorang yang bersungguh-sungguh dan beristiqomah dalam melakukan sesuatu amal kebaikan dan ketaatan, apatah lagi dalam usaha dakwah yang merupakan salah satu ibadah yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam.

Kedua belas: Mengutamakan kepentingan Islam.

Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;

“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”

Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;

“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”

Ketiga belas: Memiliki Akhlak yang Terpuji

Seseorang muslim dan pendakwah yang sejati, dia mestilah berakhlak dengan akhlak-akhlak mahmudah dan meninggalkan sebarang akhlak-akhlak mazmumah, kerana ia merupakan teras kebahagiaan seseorang dalam menggapai redha Ilahi s.w.t..

Akhlak yang mulia merupakan satu gambaran kesempurnaan Rasulullah s.a.w. yang sentiasa hidup dalam jiwa seseorang insan yang beriman, di mana seseorang yang berakhlak mulia dari sudut rohani mahupun jasmani, bererti dia sentiasa bersama dengan Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. hidup di dalam kehidupannya seluruhnya.

Kebersamaan dengan Rasulullah s.a.w. dalam konteks adab dan akhlak, merupakan satu nilai kemuliaan hidup yang utama di dalam menempuh hari-hari yang mendatang selaku hamba Allah s.w.t. di dalam muka bumi ini, jesteru ianya juga merupakan satu pakej lengkap bagi seseorang da’i dalam menyampaikan dakwahnya kepada orang lain.

Ini kerana, dakwah bil hal (dakwah dengan menunjukkan contoh yang baik) itu lebih memberi kesan positif kepada sasaran dakwah, berbanding dakwah bil maqal.


Tetapi, ikhlaslah dalam berakhlak mulia. Janganlah seseorang itu berakhlak mulia kerana ingin dicontohi oleh orang lain, atau kerana ingin didengari dakwahnya, tetapi sebaliknya, berakhlaklah dengan akhlak Nabi s.a.w. kerana cintakan Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. dalam konteks ketaatan kepada keduanya.

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin

Friday, June 24, 2011

Menjaga Tutur Kata [Riwayat Bukhari & Muslim dan Tirmizi]



Berikut lampiran hadis-hadis yang berkaitan dengan tutur kata & kepentingan menjaga lidah..

Dari hadis riwayat Bukhari & Muslim :

1. Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah b’kata : “Pahala tutur kata yang baik sama seperti bersedekah.

2. Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata : “Individu yang yakin kepada Allah dan Hari Akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik ataupun diam sahaja”.

3. Abu Musa Asy’ari melaporkan, katanya, “Saya pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, Siapakah orang Islam yang paling baik?”

Jawab Rasulullah, “Orang yang menyebabkan semua orang Islam selamat daripada lidah & tangannya.”

4. Abu Hurairah melaporkan, dia pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, “Hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir ke arah neraka lebih jauh dari jarak antara timur & barat.

5. Dari Abu Hurairah juga, Nabi Muhammad pernah berkata, “Hamba Allah yang mengucapkan kata-kata yang diredhai Allah tanpa menghayati kata-katanya itu, Allah mengangkat kedudukannya pada beberapa darjat sebab kata-kata itu. Hamba Allah yang mengucapkan kata-kata yang dibenci Allah tanpa menghayati kata-katanya itu, dia akan jatuh ke dalam neraka sebab kata-kata itu.”

Daripada Hadis Riwayat Tirmizi :

1.Sufyan bin Abdullah melaporkan, katanya, “Saya pernah berkata, “Wahai utusan Allah! Beritahulah kepada saya perkara yang dapat dijadikan pegangan.”

Rasulullah menjawab, “Saudara katakanlah, ‘Allah Tuhan saya’, kemudian tetaplah mematuhi perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.”

Saya bertanya lagi, “Wahai utusan Allah! Apakah perkara yang paling tuan bimbangkan tentang diri saya?”

Rasulullah memegang lidah beliau, kemudian berkata, “Ini.”

2. Abdullah bin Umar melaporkan, katanya, “Rasulullah pernah berkata, “Saudara semua jangan banyak bercakap melainkan bagi mengingati Allah. Sebab banyak bercakap tanpa ingat kepada Allah dapat mengeraskan hati. Manusia yang paling jauh daripada Allah adalah pemilik hati yang keras.”

3. Uqbah bin Amir melaporkan, katanya, “Saya pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, Apakah yang menyebabkan saya selamat?”

Jawab Rasulullah, “Tahanlah lidah saudara daripada banyak bercakap, selalulah beribadat & tangisilah dosa saudara.”

4. Muaz bin Jabal melaporkan, katanya, “Saya berkata, “Wahai utusan Allah, Beritahulah kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga & menjauhkan saya daripada api neraka.”

Jawab Rasulullah, “Saudara bertanya tentang perkara yang penting, tetapi amalan itu amat mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah melakukannya. Amalan itu adalah menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan apa pun. Mengerjakan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Mekah.”

Kemudian baginda berkata lagi, “Adakah saudara suka saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai daripada api neraka, sedekah memadamkan dosa seperti air memadamkan api, dan sembahyang seorang hamba pada satu pertiga terakhir malam.”

Kemudian baginda membaca ayat 16 dan 17 daripada surah as-Sajadah yang bermaksud,

“Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur, (tidur yang sedikit kerana mengerjakan sembahyang tahajud & amalan baik); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (kemurkaanNya) serta perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Oleh itu, tiada individu yang mengetahui perkara yang dirahsiakan bagi mereka (segala jenis nikmat) yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal kebaikan yang mereka kerjakan.”

Selepas itu baginda bertanya, “Adakah saudara suka saya beritahu asas bagi semua perkara itu, tiang & titik kemuncaknya?”

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Rasulullah pun berkata, “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah sembahyang dan titik kemuncaknya adalah jihad.”

Kemudian baginda bertanya lagi, “Adakah saudara suka saya beritahu kunci bagi semua perkara itu?

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Baginda memegang lidahnya, lalu berkata, “Saudara jagalah ini.”

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan?

Jawab Rasulullah, “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?”


Wednesday, June 22, 2011

Belian Balik ( Buy Back) Dinar dan Dirham Kelantan

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Sekarang Ah-Rahn sudah menyediakan khidmat belian balik untuk dinar dan dirham kelantan.

Apa Ah-Rahn?
Mekanisme dimana satu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pinjaman tidak dapat dijelaskan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad mewujudkan Ar-Rahn sebagai syarikat atau institusi gadaian Islam terawal di Malaysia dalam memenuhi tuntutan syariah.

Sudah pasti berita gembira akan dikhabarkan buat seseorang yang sabar. Sekali lagi tahniah kepada penyimpan dinar dan dirham kelantan, berita baik yang aku ingin sampaikan ialah anda sudah ada platform tetap untuk menjual balik dinar atau dirham anda. Sekiranya anda dalam keadaan terdesak maka pilihan untuk menjual dinar atau dirham anda terletak di tangan anda, tetapi nasihat saya, jangan jual kerana dinar dan dirham penyimpan nilai yang terbaik disamping memperjuangkan dinar dan dirham sebagai mawatang syariah.

Maksud belian balik ( buy back) ialah pihak yang terlibat membeli balik dinar atau dirham anda dengan harga sedikit murah dari harga semasa. Bagi dinar dan dirham kelantan, perbezaan harga jual dan beli balik ialah 10% mengikut harga semasa. Gambar dibawah dapat memberi penjelasan yang lebih terperinci.

Sumber – Ah-Rahn (harga semasa 23/06/2011)

Setiap sesuatu mesti ada baik dan buruknya, sesetengah pihak membincangkan policy buyback dinar and dirham dengan bijaksana. Mungkin anda boleh memberi sedikit pendapat yang bernas, disini saya sertakan direct link perbincangan tersebut.

“Perbincangan No Buy Back Policy for Dinar Dirham”

Wassalam

p/s : i choose not to sell back my dinar

Dinar Emas Kelantan : Satu Perubahan

Apakah itu Dinar Kelantan?

Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.

Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengan corak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.

Apakah itu Dirham Kelantan?

Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 dan RM260 masing-masing.

Apakah Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.

Dimanakah boleh diperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut.

Dimanakah Dinar danDirham Kelantan boleh dibelanjakan?
Sila rujuk laman web DinarKel untuk maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo “Kami Terima Dinar dan Dirham”.

Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.

Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?

Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:

Surah Imran (3):75 yang bermaksud “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi”, dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”;

Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi “Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya.”

Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar danDirham?
Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan dirham. Lihat sini

Berikan contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?

Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.

Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja’d Al-Bariqi, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberinya satu dinar untuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satu dinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakannya: “Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga” (HR. Abu Dawud (2810) dan At-Tirmidzi (1/287))

Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.

Abu Salamah menceritakan, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah RA, “Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?” Aisyah menjawab, “Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan satu nasy.” Lalu Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu uqiyah itu?” Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Empat puluh dirham.” Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa satu nasy itu? “Aku menjawab, “Tidak.” Aisyah menjawab, “Dua puluh dirham.” – (HR. Muslim).

Berikan contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.

Apakah kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?
Dinar dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: “Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu.” (An-Nisa (3):59)

Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam tujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yang lainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu’ah, dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dan kedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan semata-mata urusan ekonomi.

Apakah Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklah binatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan timah. Emas dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.

Adakah Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g, 1 Dinar Kelantan pula 4.25g.

Benarkah wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan dan boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.

Adakah Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?

Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wang fiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara. Wang fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Wang fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang. Jika pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang, beliau boleh dibawa ke mahkamah! Wang fiat merupakan nota janji kerajaan. Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu sahaja. Dinar Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan penjual.

Dinar Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?
Sandaran kepada “wang kertas BNM” atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah wang kertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emas cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452 bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk Bank Negara Malaysia

Mengapa perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar seperti Dinar dan dirham Kelantan?
Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu Dinar, Satu Ummah.

Tinjauan Star Online: 99 peratus responden sokong Bersih diteruskan

KUALA LUMPUR: Bancian portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.
Menurut Malaysiakini, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu dihentikan sejak tengahari tadi.
Berdasarkan paparan skrin yang disiar pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25 tengahari, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi ini, yang dirakam dari google cache.
Berdasarkan pertanyaan ‘Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini’, seramai 1,312,917 responden menjawab ‘Ia patut dibenar diteruskan’.
Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan “Ia patut dibatalkan’.
Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook ‘Curi-Curi Malaysia’ yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan.
Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15609

Saturday, June 4, 2011

Ukhuwah Fillah

Ukhuwah itu bukanlah mainan kata-kata dusta, bukan juga bersulamkan cinta yang tiada terhala, tapi ia satu ikatan yang kuat menghubungkan hati-hati manusia yang beriman kepada Allah.


“Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (berlapang dada), setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR…”
SALAMATUS SODR (berlapang dada) , maknanya kita bersangka baik dengan sahabat dan tidak ada dalam perasaan dan hati kita prasangka atau sangkaan buruk meskipun sesaat terhadap saudara kita.

Namun begitu, selemah-lemah tahap ukhuwah ini sebenarnya masih ramai dalam kalangan kita yang sukar membumikannya..

Sering sahaja kita bersangka buruk pabila teman kita gagal menepati janjinya..
Sering kali kita bersangka buruk pabila teman kita menyangkal apa yg kita cakap....
sering kali kita bersangka buruk tanpa menyelidik terlebih dahulu..
adakah itu dinamakan ukhuwah fillah jika kita sentiasa bersangka buruk malah tidak pernah cuba menasihati teman kita jika dia melakukan kesalahan?

Sabda Nabi s.a.w. yang mafhumnya:
”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
[Riwayat Muslim]

AL-ITSAR itu pula adalah sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk sahabat yang dicintai di jalan Allah.

Dalam hadith riwayat muslim dari Abu Hurairah, sepasang suami isteri yang memenuhi perintah Rasulullah untuk memberi makan musafir yang kelaparan itu adalah Abu Thalhah dan Ummu Sulaim/ Rumaisha binti Milhan. Mereka sendiri malam itu segera menidurkan anak-anak mereka yang lapar dan berpura-pura makan agar tamu mereka makan dengan tenang.
Padahal yang sedang disantap oleh tamu mereka itu adalah makananterakhir yang mereka miliki hari itu.

Kisah itsar yang sangat heroik terjadi pada saat perang Yarmuk. Ikrimah bin Abu Jahl seorang mujahid bersama dua sahabat yang lain terbaring dengan luka-luka sangat parah. Ketika seorang sahabat hendak memberinya minum, ia menolak dan menyuruh air itu diberikan ke teman di sebelahnya. Ketika air itu akan diberikan kesebelahnya, orang tersebut juga menyuruh diberikan lagi ke sebelahnya pula. Ia memilih mengalah pula pada saat-saat yang penting tersebut. Namun orang ketiga yang dimaksud sudah meninggal, ketika kembali lagi si pemberi minum ke sahabat yang tengah, ternyata ia sudah syahid juga.
Dan ketika beranjak ke Ikrimah, ia pun telah syahid.

Sungguh mereka sentiasa menjaga itsar mereka....
bagaimana dgn kita???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...