Sunday, March 27, 2011

'Amal Jama'i: Bentuk Muslim yang diperlukan oleh masyarakat hari ini.

Masyarakat Malaysia walaupu berbilang kaum, berbilang agama dan kebudayaan tetapi is masyarakat yang aman damai. Dalam suasana inilah kita bolen manjalankan da'wah kita, memperkenalkan perjuangan kita, dan menunjukkan identiti kita mempersembahkan akhlaq kita melalui da'wah bil-bal.

Rasulullah saw pernah bersabda;
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat daya hidupnya di tengah-tengah manusia - punya daya sensitiviti yang baik."

Seorang muslim haraki ialah Muslim yang dapat mengembangkan nilai-nilai perjuangan di tengah masyarakat dan dia adalah pembawa risalam Islamiyah dalam kehidupan ini; para Nabi dan rasul dijadikan (model) untuk dirinya. Mereka semuanya manusia-manusia yang hidup di tengah masyarakat, bergaul dengan mereka, bermu'amalah dengan mereka melalui gambaran Al-Qur'an dan sabda Rasulullah saw, kita dapati ciri-ciri seperti berikut iaitu;

Sentiasa bercakap benar, kerana bercakap benar itu kemuncak kemuliaan, dan tunjang kepada segala akhlaq yang mulia. Rasulullah saw pernah memberitahu kita melalui sabdanya
"Bercakap benar itu akan membawa kepada kebaikan dan bahawasanya kebaikan itu membawa kepada syurga, bahawa seseorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar, dan bahawasanya pembohongan itu membawa kepada kecelakaan dan kecelakaan ini membawa ke dalam api neraka, seorang itu sentiasa berbohong sehingga ditulis di sisi Allah sebagai pembohong".

Dan seorang Muslim itu bukanlah seorang penipu, khianat dan tidak curang, sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang menipu kami bukan dari golongan kami"

Seorang Muslim tidak ada perasaan hasad dan dengki, Rasulullah saw telah memberi amaran keras dengan sabdanya:
"Awas kamu daripada hasadm sesungguhnya hasad memakan 'amalan kebaikan seperti api memakan kayu yang kering".

Adalah menjadi sifat seorang muslim mempunyai jiwa yang bersih, bersih daripada perasaan dengki dan menipu, dan perasaan benci terhadap orang lain..., Rasulullah saw pernah ditanya tentang seorang perempuan yang bangun sembahyang malam dan berpuasa di siang hari, tetapi ia mengganggu jiranya dengan lidahnya, seraya Rasulullah saw bersabda:
"Dia di dalam neraka"

Seorang Muslim haraki di dalam masyarakat adalam sebagai seorang penasihat "nasih" yang sentiasan memberi pandangan yang membina. Dia adalah manusia yang positif bukan negatif kerana agama itu seluruhnya ditegakkan di atas semangat " agama itu adalah nasihat", diulangnya tiga kali berturut-turut! Lalu sahabat bertanya:
"Untuk siapakah, wahai Baginda?"
Sabdanya:
"Untuk Allah, untuk Al-Qur'anNya, untuk rasulNya, untuk pemimpin dan untuk orang awam"

Sayyidina Jarir bin Abdullah ra meriwayatkan bahawa:
"Saya pernah membai'ah Rasulullah saw di atas mendirikan sembahyang, membayar zakat dan memberi nasihat kepada setiap orang Islam".

Menyampaikan nasihat merupakan tugas yang amat berat, apatah seorang itu menjawat jawatan kepimpinan, kecuaian dalam menyampaikan nasihat kepada rakyat menyebabkan seorang itu tidak masuk syurga. Rasulullah saw bersabda:
"Mana-mana hamba Allah yang Allah telah menyerahkan kepadanya pengurusan rakyatnya. Apabila dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya, maka Allah mengharamkan masuk syurga".

Di dalam riwayat yang lain. Maka ia tidak melindungi rakyatnya dengan nasihatnya, dia tidak akan mendapat bau syurga. Di dalam riwayat Muslim:
" Mana-mana pemimpin yang mengetuai urusan orang Islam, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugasnya dan tidak menasihati mereka; melainkan tidak masuk syurga bersama-sama mereka".

Seorang Muslim haraki mesti menunaikan janjinya kepada masyarakat, termasuklah menghadiri mana-mana majlis menurut masa yang telah ditetapkan. Allah berfirman;
"Hai orang yang beriman, penuhilah janji kamu...."
(Surah Al-Maidah :1)

"dan penuhilah janji kamu sesungguhnya janji itu pasti minta dipertanggungjawab ke atas diri kamu"
(Al-Isra':34)

Islam menganggap orang yang berbohong, orang yang mungkir janji, orang yang tidak amanah adalah orang yang munafiq atau padanya ciri-ciri munafiq.

Muslim haraki adalah baik akhlaqnya, cukuplah kita mengingati sabda Rasulullah saw:
"Bahawasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan segala akhlaq mulia".

"Orang yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya".

" Dan tidakkah sama kebaikan dan kejahatan, tolaklah kejahatan dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba di antara kamu dengan dia ada permusuhan seolah-olah menjadi teman yang sangat setia? Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar"
(Surah Al-Fussilat : 34 & 35)


petikan daripada buku : 'Amal Jama'i by Ustaz Yahya Hj Othman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...