Tuesday, December 7, 2010

Keratan akhbar terbaik tahun ini.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." Al-Hujurat :6

Ini merupakan keratan akhbar pada 3 November 2010 dimana Menteri dan kerajaan memberi jaminan yang harha minyak Ron 95 kekal pada tahun ini, Namun pada 3 Disember 2010 harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85.

Nak kata kerajaan merujuk tahun masihi, 3 Disember 2010 masih lagi tahun yang sama, nak kata kerajaan merujuk kepada kalendar Hijrah, 3 Disember 2010 bersamaan dengan 26 Zulhijjah tahun 1431. Dan kita baru sahaja menyambut tahun baru hijrah 1432 pada hari ini 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharam 1432.

BERITA

RON95 Naik 5 Sen Kepada RM1.90 Seliter

PUTRAJAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85.

Dalam pada itu harga LPG dan gula akan naik sebanyak 5 sen dan 20 sen sekilo.

Bagaimanapun harga minyak diesel akan kekal pada paras yang ada sekarang iaitu RM1.80 seliter. Harga baru LPG dan gula pula kini berada pada paras RM1.90 dan RM2.10 sekilogram mulai sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, kenaikan harga ini merupakan sebahagian daripada gelombang kedua dalam program rasionalisasi subsidi yang diambil oleh kerajaan.

Harga RON95 dan diesel telah dinaikkan sebanyak 5 sen seliter sementara gula dan LPG dinaikkan 25 sen dan RM10 pada 16 Julai lalu sewaktu pelaksanaan gelombang pertama program rasionalisasi subsidi.

Langkah ini telah menjimatkan kos subsidi kerajaan kepada RM779 juta. Kata Idris, gelombang kedua ini akan membantu mengurangkan kos subsidi kerajaan sehingga RM1.18 bilion.

Idris menambah, penjimatan itu akan membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang lebih dalam membangunkan rangkaian pengangkutan bandar dengan lebih baik, rancangan infrastruktur asas luar bandar serta jalan raya, pendidikan dan program membanteras jenayah.

Beliau menjelaskan, kenaikkan tersebut adalah paling minima.

“Kerajaan berpendapat, langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat,” ujarnya kepada para pemberita dalam taklimat berhubung gelombang kedua program rasionalisasi subsidi di sini, Jumaat.

sumber:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/3/mstar_berita/20101203172722&sec=mstar_berita

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...