Wednesday, November 24, 2010

Dari Lensa Kamera..

Alhamdulillah, Tanggal 25 November 2010 selesai sudah ujian menghadapi Final exam untuk semester pertama tahun akhir.. Syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana masih lagi memberi peluang meneruskan kehidupan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan dan juga diuji dengan terselamat dari kemalangan yang boleh meragut kematian.. Alhamdulillah kerana masih memberiku kesempatan untuk memohon ampunan dan redha Mu Tuhan..

Di tengah-tengah kesibukkan musim peperiksaan sempat lagi untuk ke Kuala Lumpur atas sedikit urusan. Kita merancang Allah juga merancangan, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Misi untuk bermusafir di rancang untuk bertolak di hening malam, tetapi ditunda selepas azan subuh berkumandang atas beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan.

Selesai sahaja doa diaminkan, maka bermulalah perjalanan.. Keadaan lalulintas yang cukup tenang dek kerana taburan kenderaan yang masih lagi kurang, mendamaikan keresahan dan menyuntik semangat perjuangan.. Ditambah pula dengan kehadiran teman-teman yang tersungkur kepenatan..

Alhamdulillah selesai segala urusan, perjalanan seterusnya menuju ke rumah Tuhan di Putrajaya. Masjid Putra menjadi persinggahan untuk solat Jumaat dan jamak taqdim asar. Secara kebetulan sesuatu yang tidak dirancangan, Masjid Putra menjadi pilihan RTM untuk slot Solat Jumaat secara langsung yang di pancarkan ke seluruh Malaysia.
Align Center

Maka, mulalah crew-crew RTM beraksi bagi memastikan kelangsungan siaran secara langsung dari Masjid Putra dengan tajuk Khutbah yang di sampaikan, "Kaya di dunia, Muflis di akhirat". Satu tajuk yang cukup bermakna dengan pengisian peringatan yang menyentuh hati. Sudut-sudut yang menarik terus menjadi sasaran camera man untuk di rakam, Alhamdulillah screen membantu untuk para jemaah menghayati keindahan rumah Allah. Ketika azan berkumandang, pada baris "Hayya ala ssolah.." di laungkan, maka perjalanan para jemaah menuju masuk ke masjid di rakamkan. Memang crew-crew RTM sangat berpengalaman untuk menghasilkan rakaman yang terbaik.

Semua jemaah begitu khusyuk mendengar peringatan daripada khutbah yang disampaikan oleh tuan imam. Tika lensa kamera merakam semua bertambah tekun mendengar maklumlah dipancarkan ke seluruh negara.

Pun begitu ada satu lensa yang kita perlu tahu selain dari lensa kamera manusia. Iaitu lensa pandangan Allah yang Maha Melihat dan p
englihatanNya tidak terbatas.

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mama saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al Hadiid 4]

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” [Al An’aam 59]

(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” [Luqman 16]

“Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al Hujuraat 18]

Subhanallah..


Realiti hidup di dunia ini manusia bimbang kejahatan atau maksiat di rakam oleh CCTV, artis-artis bimbang skandal dirakam oleh pihak media tetapi tidak merasa takut dirakam oleh lensa Allah yang filemnya berhenti apabila dicabutnya roh dari jasad.

Setiap saat dan ketika kita dirakam dan semuanya akan di tayangkan di padang mahsyar semasa pengadilan di lakukan. Saat itu kita tidak dapat menafikan semua amalan samaada baik atau buruk di tayangkan.

Kita tahu setiap detik kita dirakam dan kita akan terus dirakam dan perkara ini tidak akan berubah. Cuma apa yang kita mampu ubah adalah merancang apa yang akan dirakamkan. Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu kerana ianya tidak terlepas dari pandangan Allah walaupun ianya dilakukan secara tersembunyi dari lensa dunia.

Akhirul kalam, biarlah setiap apa yang kita lihat, apa yang kita alami, apa yang kita lalui, apa yang kita tempuhi, kita dapat kaitkan dengan kekuasaan Allah dan menambah ketaqwaan kepadaNya.

wallhu 'alam..



2 comments:

NurinaQistina said...

cctv ALLAH swt...tepat skali perumpamaan tu,

nukilanbayangan said...

alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...