Friday, September 10, 2010

Eidul Fitri: Ayuh MengIslamkan Melayu, jangan MeMelayukan Islam..

Allahukbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Laillaha iLlahu Allahuakbar, Allahuakbar walillahi hamd...

Allahdulillah, Setinggi-tinggi pujian kita panjatkan kepada sang Pencipta, Allah subhanahu wa ta'ala, Tuhan yang Maha Agong, lagi Maha Mengetahui apa yang kita lakukan.. Tanggal 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431, bergema takbir di seluruh meraikian hari Raya Eidul Fitri sebagai tanda kesyukuran selepas sebulan kita melalui Madrasah Ramadhan untuk memperoleh sijil Taqwa yang di janjikan Allah dalam surah al-Baqarah: 183 "




Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."


Marilah kita semua sama-sama bermuhasabah adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya? Luluskah kita untuk menjadi insan yang bertaqwa seperti yang di janjikan oleh Allah s.w.t? Tepuk dada tanya Iman dalam hati..

Para pembaca yang dikasihi Allah sekalian,


Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalamPerlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan Bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.


Kewujudan Perkara 160 (2) yang berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah.

Berdasarkan Artikel 160 tersebut ramai yang menyatakan bahawa apabila kita memperjuangkan Melayu, bermakna kita memperjuangkan Islam. Kerana Melayu itu Islam.. Akan tetapi kita sebenarnya tertipu dengan bayang-bayang sendiri, main dikejar makin lari dari kita..


Buka la minda, bukalah mata hati, Melayu tidak semestinya Islam, dan Islam bukan hanya untuk orang Melayu.. Berpijaklah di bumi yang nyata, kita tengok reality sekarang Melayu semakin jauh dari pada Islam dari segala aspek dan juzuk kehidupan. Sebagai contoh dari sudut berpakaian, semakin ramai yang tidak memakai tudung, yang memakai tudung pun sekadar mahu bergaya dan bukan untuk menutup aurat. Walhal tujuan pemakiaian tudung menurut Islam menutup rambut, dada dan bentuk tubuh..


Sedarkah kita Melayu kitalah juara rakyat Malaysia dalam kes Dadah, Bunuh bayi, berzina, Rempit di seluruh negara? Mengapa ini semua berlaku, ini kerana Melayu semakin jauh dari Islam.. Perkara asas adalah berpegang teguh kepada Agama Islam, barulah bangsa itu turut serta diperjuangkan secara tidak langsung.. bukanya berpegang teguh kepada bangsa sehingga Agama Islam itu di lacurkan..


Wahai bangsaku, sedarlah!!


Kita sampai hari kiamat pun akan tetap berbangsa Melayu, berdarah Melayu, dan tiada perkara yang memurtadkan kita dari Melayu, akan tetapi bila tiba ajal kita, belum tentu lagi kita bertemu Allah dengan beragama Islam jika kita syirik kepada Allah.. Mari kita sama-sama memperbetulkan aqidah kita sebagaiu aqidah seorang muslim. Kita ambil satu contoh Azlina Jailani seorang wanita melayu, ibu bapanya Melayu, tetapi memohon menukar agama kristian dan menukar nama kepada Lina Joy.. Wanita Melayu ini dengan bangga mahu menukar agamanya, Tetapi dia tidak akan dapat tukar bangsanya dalam sijil kelahiran walaupun dia beragama Kristian, dia tetap Melayu.. Jadi kalau betul kita memperjuangkan Melayu? wanita ini perlu kita perjuangkan atau tidak? Jadi sampai bilakah kita mahu terus ditipu dengan bayang-bayang, walaupun bayang-bayang kita sama saiznya dengan kita, tetapi realitinya bayang-bayang itu hitam legam dan tidak berupa..


Kembalilah kepada Agama Islam, nescaya bangsa kita akan disanjung tinggi. Jangan kita ada memperjuangkan kepentingan peribadi. Kunci untuk kita memasuki syurga Allah adalah Islam, bukannya Melayu. Jangan kita ini terlalu taksub dengan Melayu, Melayu itu Islam sehinggakan bukan melayu tidak mahu menganut agama Islam kerana bimbang apabila memeluk agama Islam akan menjadi bangsa Melayu. Islam untuk semua bukan untuk Melayu sahaja..

Marilah kita sama-sama bangkit untuk mengIslamkan Melayu dengan Islam yang sebenar dan mempertahankan Agama kita dari pada dimelayukan. Sebagai contoh tanggal 1 Syawal, Umat Islam di sunatkan memakai pakaian baru, Menurut Islam, terpulang kepada kita untuk memakai apa jenis pakaian seperti jubah, serpan, purdah, niqab, baju kurung selagi mana dia menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk tubuh ianya harus di pakai. Lain pula perspeksi Melayu, yang memelayukan Islam, jika kita tidak pakai baju melayu, tidak bersampin, tidak bersongkok, seolah-olah raya itu tidak sah. Dah macam jatuh hukum wajib berbaju melayu bersampin dan bersongkok dan bagi kaum hawa pula hari raya masa untuk menunjuk-nunjuk bentuk tubuh masing-masing dengan mengenakan kebaya yang menarik perhatian. Nauzubillahi min zaalik.


Marilah kita sama-sama mengambil ibrah pengajaran daripada bulan Ramadhan untuk menjadi insan yang bertaqwa.. Masih belum terlambat lagi bagi kita untuk berubah dan memperoleh petunjuk dari Allah, dan janganlah pula kita menunggu Ramadhan tahun hadapan untuk kita mentarbiyah diri kita untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah.

Allah swt mendudukkan pribadi-pribadi bertaqwa meraih derajat kemuliaan yang tinggi di sisi-Nya, demikianlah firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat ke-13


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.[QS. Al-Hujurat (49) : 13]


Demikianlah setelah Allah swt menyinggung kata yang mewakili jenis manusia, mereka yang bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, Allah swt menutup firman-Nya dengan ungkapan yang menunjukkan bahwa yang paling bertakwa dari merekalah yang paling mulia disisi-Nya tidak peduli apa warna kulit mereka, apa kebangsaan mereka, bahkan apa jenis kelamin mereka, yang bertaqwalah yang paling mulia.


Oleh karena itulah Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad; “Wahai sekalian manusia, sesunggunya Tuhan kalian adalah satu, ayahanda kalian adalah satu, ingatlah..! tidak ada keutamaan lebih bagi orang arab atas selain mereka, tidak pula bagi non arab atas orang-orang arab, tidak pula yang berkulit merah lebih utama dari yang berkulit hitam tidak pula yang berkulit hitam lebih utama dari yang merah, tak lain yang membuat lebih utama melainkan karena taqwa”. (HR. Imam Ahmad)

Maka bagi siapapun yang ingin meraih kemuliaan tertinggi disisi-Nya, hal itu tidak akan dicapai dengan sekedar harta, kemewahan, ataupun keturunan yang banyak, namun hanya dengan taqwa. Demikian ketika seseorang bertanya kepada Rasulullah,


يا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ أَكْرَمُ النَّاسِ ؟ قَالَ : أَتْقَاهُمْ "


“Wahai Rasulullah, Siapakah manusia termulia ? maka Rasulullah menjawab :“Yang paling bertaqwa” .

(HR. Bukhori dalam kitab ahadits al-anbiya’ dan Muslim dalam kitan Al-Fadha’il)


Orang-orang yang bertaqwa kepada Allah swt akan senantiasa mendapatkan petunjuk dari Allah melalui Al-qur’an, kerana memang Al-Qur’an adalah penunjuk bagi orang-orang bertaqwa-Hudal lil muttaqin- kerana hanya orang-orang yang berupaya menjadi peribadi bertaqwalah yang akan mampu menyerap petunjuk-petunjuk yang Allah ta`ala bentangkan dalam Al-Quranul Karim. Kerana usaha yang dikerahkan untuk menjadi hamba bertaqwa membuat mereka akan mendapatkan pengajaran dari Allah.;

وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan bertaqwalah kepada Allah; Allah akan mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” [Qs. Al-Baqarah(2) : 282]

Imam Al-Qurthubiy –rahimahullah- mengatakan dala tafsirnya, “Ini adalah janji dari Allah, bahwa seseorang yang bertaqwa, maka Allah akan mengajarnya, yakni menjadikan dalam hatinya cahaya untuk memahami sesuatu yang disampaikan kepadanya, Allah swt akan menjadikan dalam hatinya ada pembeda(furqan) yakni sesuatu yang akan membedakan mana yang hak dan mana yang bathil.


Akhirulkalam,

Semoga kita semua beroleh keredhaan Allah s.w.t dan mendapat kebahagian di dunia dan akhirat..

insyaAllah...


Taqabbalallahu minna waminkum..


Selamat Hari Raya EidulFitri Maaf Zahir dan Batin...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...