Magnet adalah suatu objek yang mempunyai suatu Medan Magnet. Magnet merupakan objek yang mampu menarik bahan lain yang diperbuat daripada logam. Perkataan Magnet (magnit) berasal daru bahasa Yunanui magnitis lithos yang bermaksud batu Magnesian. Magnesia adalah nama sebuah wilayah di Yunani pada masa lalu di kenali sebagai Manisa (sekarang berada di wilayah Turki) di mana terkandung batu magnet yang dijumpai sejak zaman dahulu di wilayah tersebut.
Magnet selalu memiliki dua kutub yaitu: kutub utara (north/ N) dan kutub selatan (south/ S). Walaupun magnet itu dipotong-potong, potongan magnet kecil tersebut akan tetap memiliki dua kutub. Apabila kutub yang sama di dekatkan, magnet akan menolak antara satu sama lain tetapi apabila kutub yang berlainan di dekatkan, ia akan menarik antara satu sama lain.
Apakah kaitan magnet dengan gerak kerja dakwah? Magnet hanyalah seketul objek berbentuk segi empat tepat. Wahai para aktivis dakwah, ayuh kita sama-sama menuruti sifat magnet dimana, magnet menarik segala jenis logam tanpa mengira saiz, bentuk dan rupa. Dari sebesar-besar magnet hinggalah sekecil-kecil magnet, ianya tidak akan berubah sifat dan tetap thabat dalam menarik dan menyeru orang ke arahnya. Dalam aktiviti dakwah, kita dituntut untuk menyeru semua manusia tanpa mengira latar belakang, umur, rupa dan bangsa kerana Islam is for All. Islam itu agama untuk semua manusia sekalian alam. Sekalipun kita ini kecil dan tidak mantap ianya tidak bernama kita kena merubah sikap kita untuk tidak mengajak orang akan tetapi kita perlu thabat dengan pendirian.
Kita analogikan Kutub Selatan (S) sebagai Syurga dan Kutub Utara (N) sebagai Neraka. Bilamana seseorang itu menyimpang jalannya daripada menuju ke Syurga kepada ke Neraka, kitalah mena menarik dan mengak kembali ke jalan yang benar iaitu jalan yang menuju ke Syurga kerana kita dalam hidup di dunia kita perlu mengajak semua manusia kea rah bertaqwa kepada Allah dan bukannya kita mahu ke syurga seorang diri. Kita ambil ibrah dari sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkah agama Allah di muka bumi Allah ini, apabila baginda di lantik menjadi Rasulullah, baginda terus menyampaikan agama Allah dengan cara yang paling berhikmah. Baginda tidak menganut agama Islam seorang diri. Namun begitu timbul pula pertanyaan; Baginda itu rasul tugasnya memang menegakkan agama Islam. Kita manusia biasa jadi kita patut amalkan ajaran nabi. Sedarlah kalau para sahabat nabi, para syuhada, para ulama’ berfikira seperti ini, nescaya kita ini belum tentu lagi menganut agama Islam. Sebab Baginda seorang nabi jadi kita wajar mencontohi sunah baginda dan turut serta menyebarkan agama Islam yang syumul yang dibawa oleh Rasulullah. Nabi bersabda dalam satu hadith Qudsi yang bermaksud “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Iaitu Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah”.
Nabi juga pernah bersabda. “ Setiap bani Adam pasti akan melakukan dosa, dan sebaik-baik pelaku dosa adalah orang yang bertaubat”. Kita ini insan biasa dan serba kekurangan dan kita perlu akui setiap kekurangan kita untuk penambahbaikan. Cuba kita analogikan Kutub Utara (N) sebagai kelemahan dan kekurangan kita yang menjerumus kita ke Neraka, dan Kutub Selatan (S) sebagai teguran baik dari individu lain yang mengajak kita ke jalan yang benar menuju ke Syurga. Kita ini semuanya hina dijadikan daripada air mani dan ovum. Pada asalnya nabi Adam dijadikan daripada tanah. Oleh yang demikian kita wajar berfikiran terbuka dan menyemai sifat berlapang dada untuk menerima sebarang teguran, maklum balas terhadap segala kekurangan dan kelemahan kita untuk ditambahbaik. Para aktivis perlulah menjauhkan diri daripada perasaan Syok Sendiri (SS) yang mana kita ni terbaik, dan susah menerima teguran dari orang yang lain.
Tidak dinafikan dalam melaksanakan gerak kerja dakwah ini, pasti ada mehnah dan tribulasi yang mengusik jiwa untuk lari dari jalan dakwah ini. Ujian dan dugaan akan melanda kita dari setiap penjuru dan sudut kehidupan. Namun begitu kita perlu optimis untuk mengatasi sifat pesimis yang berada dalam diri kita. Gambarajah di bawah menunjukan dua Magnet yang di dekatkan dengan kedua-dua kutub adalah kutub yang sama iaitu kutub Utara (N). Kita ibaratkan kita di sebelah kanan dan cabaran kita di sebelah kiri. Selaku manusia biasa, hati kita terkadang rasa lemah dan putus asa terhadap diri sendiri, kita juga sering merasakan diri kita ini tidak layak untuk melakukan gerak kerja dakwah. Ketika inilah Allah uji kita dengan adanya usikan sinis dari syaitan, manusia dan nafsu yang sebati dalam diri kita sendiri. Syaitan akan cuba mengaburi mata hati kita dengan nikmat-nikmat dunia, melalaikan kita dari mengingati Allah, manakala sesama manusia pula ada yang memerli kita dengan mengatakan kita tidak layak untuk berdakwah, umur baru setahun jagung sudah yang tunjuk alim, dan kadang-kadang nafsu menimbulkan konflik dalam diri kita sendiri, sebagai contoh aku perlu mempunyai harta dan kekayaan dahulu untuk berjuang. Sifat pesimis juga akan menjatuhkan semangat kita dengan menyogok kita dengan perasaan yang gerak kerja dakwah ini perlu dibawa oleh orang yang ilmunya tinggi, pemakaiannya mantap, akhlaknya yang thiqah. Namun begitu bila mana dua kutub yang sama di dekatkan magnet akan menolak, jadi bila mana ujian dan cabaran ini menyapa dan mengusik jiwa, kita perlu mempositifkan perkara-perkara negatif ini untuk kita makin laju memaju ke Syurga. Tanamkan iman kita, dan kuatkanlah iman kita. Oleh kerana aku tidak layaklah aku perlu meningkatkan kualiti diri untuk melayakkan diri aku, oleh kerana aku kurang berakhlaklah aku perlu berakhlak mulia supaya nanti mad’u thiqah kepada diri kita. Kita jangan mengharungi ujian-ujian ini secara negatif yang akan melemahkan kita di mana apabila terdapat orang yang memperlekehkan ilmu kita, orang menyindir kerja kita, kita rasa lemah dan semakin lemah yang akhirnya kita lari dari perjuangan. Akan tetapi hadapilah ujian-ujian ini secara positif supaya bilamana ujian dan cabaran itu bertambah, semakin bertambahlah semangat kita untuk meningkatkan kualiti diri pada masa yang sama kita tetap berdakwah. Dalam erti kata yang lain, kerja dakwah itu perlu selari dengan peningkatan kualiti diri.
Dalam kita memperbaiki diri, tidak dinafikan ada juga pujian yang akan cuba membuatkan kita berasa selesa. Ini kerana syaitan itu licik dan dia akan memperdayakan kita dengan segala bentuk godaan dan khayalan. Analogi gambarajah di bawah menunjukkan bila mana kita kita leka dan tergoda dengan pujian-pujian manusia, kita akan tertolak ke Neraka tanpa kita sedari. Ini berlaku apabila kita di nodai dengan sifat riak, takabur, sombong dan bangga diri. Marilah kita sama-sama berdoa supaya kita dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah ini dan tetap thabat dalam perjuangan. Jadilah kita ini orang yang semakin garang mengaum di siang hari, semakin esak menangisi dosa di malam hari, semakin banyak bekerja, semakin tinggi sifat kehambaan kita kepada Allah.
Akhirul kalam, berdoalah supaya setiap kerja yang kita lakukan Allah mendapat keredhaan daripada Allah swt. InsyaAllah.. Siru ala barakatillah…
No comments:
Post a Comment