Adakah kita telah menginfakkan diri kita, masa kita, tenaga, harta kita, keluarga kita untuk menegakkan agama Allah??
Sedarlah, kita masih lagi belum melepas tahap perjuangan yang hakiki selagi mana kita belum di uji dengan Kerja yang bergaji besar, atau di uji dengan perkahwinan seterusnya anak-anak yang di pertanggungjawabkan oleh Allah.. Harus bagaimana kita, mahu menunaikan tanggung jawab selaku suami/ayah, selaku pekerja, dan pada masa yang sama kita memiliki tanggungjawab yang lebih besar yakni menegakkan Agama Allah..
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ |
Katakanlah: Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.. (At-Taubah: 24)
Wahai para da'ie,
Sedarlah kita ini tiada masa untuk berpangku tangan dalam perjuangan Islam.. Tiada masa kerehatan dalam hidup kita.. Jadi bilakah waktunya untuk pejuang hizbullah ini berehat?? Masa pejuang Hizbullah di dunia adalah ketika mati menunggu hari pembalasan.. Mati itu adalah waktu rehat sementara sebelum di hisab dan dimasukkan ke syurga Allah insyaAllah selepas penat berjuang demi menegakkan agama Allah, dan menghapuskan Toghut..
Akan tetapi, perjuangan Islam bukan mudah, tidak layak seseorang itu bergelar pejuang ketika mana sahabat-sahabat turun ke lembah perjuangan, dia sibuk bermesra dengan anak dan isteri, terlalu sibuk dengan urusan kerja-kerja duniawi, sampai terlupa urusan ukhrawi. Adakah kader macam ini yang kita mahu lahirkan selepas di tarbiyah dengan sistem yang telah di tetapkan? Di manakah silapnya, adakah sistem tidak mampu membentuk ahli atau ahli yang tidak memahami erti perjuangan dan tidak yakin dengan janji-janji Allah serta amaran Allah bagi orang-orang yang lari dari perjuangan?? Satu persoalan ingin di lontarkan, bagaimana kita mahu mengahayati dan tadabbur dengan perintah dan larangan Allah sedangkan kita dalam sehari tidak membaca Al-quran? sibuk sangatkah kita sampai dalam 24 jam sehari sampai tiada masa untuk bukak mukjizat nabi Muhammad ini?? Di dunia kita mampu beralasan, tapi mampukah kita menjawab di depan Allah ketika mata di layarkan amalan-amalan kita, dan ketika itu mulut menjadi bisu serta anggota badan pula menjawab?
Wahai sahabat, tidak cukupkah amaran balasan api neraka sebagai motivasi kita untuk teruskan perjuangan ini?? Adakah kita layak untuk ke syurga tetapi tingkah laku serta amalan kita tidak selari dengan ahli-ahli syurga?? Kita mahu menegakkan agama Allah tapi kita lah yang menhidupkan ekonomi bukan Islam dengan menyokong produk mereka, kita lah yang menonton filem yang menghanyutkan manusia, dan yang lebih menyedihkan lagi, kita lah orang yang tidak mengamalkan sunnah nabi tetapi mengharapkan mad'u pula melaksanakanya. Kita ikut sunnah nabi menegakkan khilafah Islamiyah, tetapi kita tinggalkan cara nabi berakhlak, cara nabi bermualamat, cara nabi berpakaian, cara nabi berdakwah.. Jawapannya dia mudah, kita mahu berjuang tetapi kita larut dalam kancah globalilasi yang di perkenalkan oleh amerika dan mereka berjaya membuatkan orang islam secara tidak sedar meninggalkan sunnah nabi tetapi di bibir umat islam begitu manis sekali melafazkan kecintaan kepada nabi dan kita semakin jauh dengan nabi...
Untuk yang terakhirnya, sedarlah setiap bani adam itu melakukan dosa, dan sebaik-baik pelaku dosa adalah orang yang bertaubat setelah melakukan dosa.. Kita ini harus meningkatkan potensi diri hari demi hari dan berhijrahlah kerana Allah dan Rasul. Pedulikan celaan orang lain kerana ciri-ciri hizbullah itu dia tidak takut pada orang yang mencela walau pon celaan itu datang dari sahabat perjuang sekali pon. bersabar lah..
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang mumin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Maidah: 54)
“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu” (HR. Ibnu Abi Ashim, diambil dari kitab Shahih al-Jami’ no. 7988)
1 comment:
Ya Allah.. Kau tetapkan lah Iman Ku..
kau jauhkan daku
dari sebarang kejahatan dan kemungkaran..
Kau tunjukkan la daku, bimbinglah daku ke jalan yang Lurus.
Jalan yg diredhaiMU.
Sesungguhnya daku amat khuatir
jika diriku ini akan sesat dalam mencari Sinar HIdayahMU...
Kau tetapkanlah Iman ku..
Kau matikan lah daku ini mati syahid Di jalanMu..
Post a Comment