Jangan sangka kita sudah bijak dan anggap orang lain bodoh……ambil iktibar dan pengajaran dari cerita ini….
semoga beri manafaat
"Saudara ingin  tahu sesuatu yang menarik? Itu merupakan kanak-kanak yang paling bodoh  di dalam dunia," kata Si Gunting Rambut kepada pelanggannya sambil  menunjukkan jari pada seorang kanak-kanak yang sedang bermain di luar.
"  Mengapa?", tanya pelanggan tersebut kehairan.
"Mesti ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata itu," tambah pelanggan itu.
"Mari saya  tunjukkannya", kata Si Gunting Rambut dengan bangga.
" Hoi  budak, mari sini sekejap. Di sini ada sedikit wang iaitu sekeping duit  syiling 50 sen dan sehelai duit kertas RM5. Sila pilih dan pergilah  membeli aiskrim menggunakan duit tersebut, " arah Si Gunting Rambut.
Kanak-kanak  tersebut agak sukar hendak membuat pilihan. Akhirnya dia hanya mengambil  duit syiling 50 sen. Lalu beredarlah kanak-kanak tersebut daripada  kedai itu. Dia kelihatan gembira kerana mendapat wang untuk membeli  aiskrim.
" Tengok. Kan saya sudah kata. Walaupun terdapatnya  pilihan antara duit kertas RM5 dan duit syiling 50 sen,  kanak-kanak itu  tetap memilih duit syiling 50 sen. Alangkah bodohnya kanak -kanak itu.  Sudah banyak kali saya lakukan demikian, namun dia tetap memilih duit  syiling 50 sen, " cerita Si Gunting Rambut sambil ketawa.
Si pelanggan  kurang senang dengan jawapan yang diterima. Lalu ia mengambil keputusan  bertanya kepada si budak tersebut sendiri di luar nanti.
"  Mengapa kamu mengambil duit syiling 50 sen dan tidak mengambil duit  kertas RM5. Bukanklah nilainya lagi besar."
" Ya, saya  tahu itu. Tetapi jika saya mengambil wang tersebut dan bukannya duit  syiling 50sen, maka permainan ini akan tamat. Saya tidak akan  mendapat aiskrim lagi pada masa akan datang."
Apa kesimpulan  daripada cerita di atas? Kesimpulannya, jangan memandang rendah pada   orang lain. Mungkin kita sendiri yang sebenarnya yang sedang  diperbodohkan.

No comments:
Post a Comment