Thursday, July 1, 2010

Membina Qudwah, Menongkah Fitnah, Memburu Jannah..

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001. Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama.

Pelbagai pendapat mengatakan peningkatan kecenderungan ke arah Islamofobia sebahagiannya diakibatkan oleh serangan 11 September, sementara mereka yang lain pula mengaitkannya dengan kehadiran orang Islam yang meningkat di negara barat. Pada bulan Mei 2002, European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC), satu pertubuhan pemantau Kesatuan Eropah, mengeluarkan laporan bertajuk "Summary report on Islamophobia in the EU after 11 September 2001" (Ringkasan laporan mengenai Islamofobia di Kesatuan Eropah selepas 11 September 2001), yang menggambarkan peningkatan insiden berkaitan Islamofobia di negara Eropah selepas 11 September.Satu forum pada tahun 2001, "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", mengisytiharkan satu deklarasi yang antara lainnya meletakkan islamofobia sebagai sesuatu yang melanggar nilai-nilai asas manusia:

Kita singkap tirai negara kita Malaysia yang ku cintai. Islamofobia ini berlaku bukan dari orang yang bukan beragama Islam, akan tetapi gelombangnya dari orang Melayu Islam itu sendiri. Orang Melayu kita takut dengan ulamak-ulamak yang benar-benar memperjuangkan Islam kerana tidak yakin dengan ajaran Islam yang di bawa oleh rasulullah saw. Apa yang di risaukan? Dengan Islam judi di haramkan, jadi kerajaan tiada pendapatan? atau dengan Islam lesen pusat pelacuran turut akan di haramkan dan juga riba juga di haramkan.. jadi dari mana sumber pendapatan negara? Adakah benar ini yang di risaukan? atau kita risau kita tiada lagi kepentingan diri sendiri? Atau mungkin kita risau kita tidak boleh berjudi, tidak boleh melanggan pegawai perhubungan pelanggan atau dalam bahasa Inggerisnya Guest Relations Officer (GRO)dan tidak boleh lagi makan riba dengan mencekik darah orang di kelas pertengahan dan juga kelas bawahan.

Pada masa moden ini, orang islam takut pada bayangan sendiri, tidak yakin kepada islam kerana sifat orang melayu yang mudah termakan budi. "Kamu ni orang dah suap nasi ke mulut, kamu gigit pulak tangan mereka, kamu ni tak reti bersyukur ke?" Hujah para dayus zaman sekarang. Orang dah bagi kamu belajar di IPTA, dapat kerja, bagi kamu gaji.. Tak reti bersyukur lagi ke?. Sedarlah, nasi yang disuap itu sedap pada rasanya, akan tetapi dalam tidak sedar sedapnya kerana perasa, cantiknya kerana pewarna sehinggakan pada akhirnya semua mengidap diabetes sekular. Nasi nya manis dengan gulanya, akan tetapi nasi yang kita makan itu tidak disertakan ulamnya, tidak di sertakan herba, tiada serat dan juga mineral.. Hanya kerana rasa nya yang tidak sedap kita menolaknya walhal ia sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan. Kita juga disuap nasi tapi tidak disertakan air sehinggakan semua tercekik di akhirnya.

Begitulah realitinya yang dapat di analogikan. Ramai tidak sedar kita hanya di sogokan dengan kemewahan keduniaan yang di analogikan sebagai nasi,perasa dan pewarna tetapi kita tidak diberikan kemewahan akhirat yang di analogikan sebagai ulam, herbal dan mineral. Kita lihat sekarang kita diberi peluang pekerjaan, tetapi bagi perempuan kepala mesti ditelanjangkan. Kita diberi sistem perundangan tetapi syariah perlu ditirikan berbanding dengan persekutuan.. Kita di beri dengan sistem ekonomi pelaburan, tetapi riba perlu di wajibkan, bangunan pencakar langit ditegakkan, masjid pula dirobohkan, kita di beri sistem kehakiman, tetapi para hakim di bisukan dengan wang, kita di beri sistem pendidikan, tetapi fardu ain tidak diwajibkan. Jadi apakah yang kita kejar sebagai matlamat hidup kita sekarang? adakah kemewahan dunia yang sementara atau akhirat yang kekal abadi?

Dalam kita tidak sedar, kita telah didoktrinkan dengan sengaja supaya takut dengan Islam, tidak yakin dengan Islam. Pejuang-pejuang Islam di label sebagai pengganas dan ditangkap masuk dalam ISA. Heboh pula isu JI, semua orang takut dan fobia terhadap Islam.. Tapi kita bimbang, kita bimbang isu ini ditimbulkan atas sogokkan APCO laknatullah untuk kepentingan parti pada PRU 13 akan datang walhal kita ditarik telinga di heret untuk membawa agenda Yahudi untuk menghancurkan Islam. Pemikira orang zaman sekarang ini, orang yang memperjuangkan agama Islam tidak boleh berjaya, orang yang menolak riba tidak akan kaya, Orang yang pemperjuangkan hukum potong tangan tidak menyelesaikan masalan kecurian dan rompakan, orang yang memakai serban akan di gantung persekolahan, Orang yang memakai jubah membawa bom letupan.. Menteri besar yang memakai serban dikatakan hilang ingatan, tetapi Perdana menteri yang keluar masuk parti pula di banggakan.. Ini semua fitnah terhadap Islam agama Allah yang suci ini dan fitnah ini merupakan agenda yahudi yang berjaya menular di negara kita sendiri malah lebih menyedihkan lagi ia didokong bangsa kita sendiri..

Ayuh Berubah! Berubahlah! Ayuh kita membina Qudwah supaya dapat menongkah fitnah demi perjuangan yang suci ini memburu Jannah. Orang Islam perlu buktikan seperti mana nabi muhammaad dulu buktikan Islam adalah agama penyelesaian kepada semua permasalahan. Dan Nabi Allah Muhammad ini mengizzahkan Islam dalam diri baginda dengan membina qudwah lalu tercetusnya thiqah yang menyebabkan orang-orang kafir quraisy dapat menerima Islam walaupun ramai yang menentang.. Akan tetapi di zaman khilafah Ar-rasyidin 2/3 duni dapat menerima Islam, malangnya hancur berkecai kerana pemimpin tidak berpegang teguh kepada Islam, mula meninggahkan sunnah nabi dan larut dalam ideologi sekularisme, kapitalisme, liberalisme dan banyak lagi isme-isme yang tumbuh dan isme-isme ini di wujudkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memecah belah kan umat Islam.

Tegakkanlah Islam dalam diri kamu maka Islam itu akan tertegak. Sahutlah seruan pembawa gelombang agen perubahan. Orang Islam perlu buktikan walaupun kita berserban, tempat kita di masjid menghadap tuhan kita juga lantang memperjuangkan kebenaran, kita berjubah sekali pun, kita lah yang menguasai ekonomi dan pentadbiran. Walaupun kita di bidang kejuruteraan, pendidikan, kesusasteraan, kedoktoran dan sebagainya, kita lah orang orang Islam yang yang takutkan tuhan dan cintakan nabi muhammad.. Buktikan orang yang suka menolong orang adalah orang yang pakaiannya mengikut hukum Islam. Walaupun labuh tudungnya menutup aurat, kita lah orang Islam yang menguruskan perundangan Islam..

Kenapa ini dipertekankan? kerana kita ini ditipu oleh bayang-bayang. kita ambil contoh perbankan Islam yang di kelirukan. Perbankan Islam hanya di Islamkan pada perlaksanaan akad tetapi tidak pada perlaksanaan pengurusan malah kadar upah yang dikenakan lagi tinggi berbanding riba perbankan konvensyenal. Ini merupakan kospirasi yang ingin menjatuhkan Islam supaya orang tidak nampak Islam itu jalan penyelesaian, tetapi Islam itu punca permasalahan. Mereka menampakkan mereka membawa Islam tetapi mereka lah yang mempunyai misi menjatuhkan Islam. Dalam bidang perundangan hukuman pancung dilihat kejam dan orang islam ini kejam. Lalu diperkenalkan hukuman gantung sampai mati. Tetapi ini merupakan suatu kezaliman, kerana hukuman pancung merupakan cara paling cepat(kurang dari seminit) dan kesakitan yang minima untuk mematikan seseorang. Tetapi kita tentang cakap hukum ini zalim, walhal kita lah yang menzalimi perundangan. Sudahlah mangsa di jatuhkan hukuman, kematian gantung pula lama(15 minit) dan sangat menyakitkan..

Islam itu penyelesaian, Islam sesuai sepanjang zaman dan Islam itu untuk sekalian alam. Orang Islam perlu mengikut cara yang digariskan, supaya tidak tersasar dari landasan. Jangan pula pendokong Islam sendiri tidak yakin dengan Islam, dan berpegang kepada doktrinasi yahudi yang Islam punca permasalahan... Perjuangan dakwah Islam untuk memberi kesedaran kepada semua.. Jika kita ingin menegakkan negara Islam yang Nabi perjungkan, kita harus lah mengambil rasulullah sebagai qudwah baik dari segi ibadah, berpakaian, cara makan, mahupun cara pergaulan...
InsyaAllah Islam akan tertegak dengan perubahan minda orang Islam..
Semoga Islam itu tertegak dan didudia ini di tadbir oleh Islam agama Allah tuhan sekalian Alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...