Muraqabah bermaksud mengkoreksi diri, dalam erti kata yang lain menjaga kesopanan diri terhadap Allah serta menyerahkan segala maksud dan tujuan kepadaNya. Muraqabah menyelamatkan seseorang daripada terjebak dalam perkara syubhah, penyelewengan dan menurut hawa nafsu. Dengan bermuraqabah juga kita akan selalu mengingati Allah kerana Dia lebih dikasihi daripada segalanya. Surah al-Ahzab ayat 52 bermaksud;
“Dan adalah Allah amat meneliti segala sesuatu”.
Antara nilai akhlak mulia yang dihasilkan kesan muraqabah ialah berkeyakinan, ghairah dalam beribadat, mudah menerima pengajaran dan teguran, merancang program yang berfaedah, bersedia memberi khidmat, berpengetahuan luas, mampu memberi sesuatu yang diharapkan, berbudi bahasa dan mudah mesra.
Bagi memastikan diri kita sentiasa bermuraqabah pastikan bahawa hubungan kita rapat dengan Allah serta badan, jiwa dan rohani kita sihat, punyai pendengaran yang tajam, kemahuan yang kuat, kefahaman yang betul, ada usaha yang praktikal serta sentiasa bertaubat dan memelihara hukum Allah.
Pernah satu ketika Rasulullah s.a.w bersabda, “Jika engkau mengembara, apakah engkau membuat persiapan wahai Abu Zar?”
Jawab Abu Zar “Ya”.
Baginda bertanya lagi, “Bagaimanakah pula dengan pengembaraan menuju hari kiamat? Mahukah engkau mendengar jika aku memberitahumu tentang bekalan yang berguna untuk menghadapi hari tersebut?”
Jawab Abu Zar, “Bahkan saya mahu ya Rasulullah, demi ayah dan ibuku,”
Sabda baginda, “Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi hari kebangkitan, tunaikanlah solat sunat dua rakaat di tengah gelap malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur, tunaikan ibadat haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar, hulurkan sedekahmu untuk si miskin, ungkapkanlah kalimah yang benar dan berdiam diri dari kalimah yang tercela dan buruk.”
Rasulullah SAW juga pernah bersabda;"Beribadahlah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, Maka jikalau engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat engkau..
Dikisahkan dalam sebuah coretan sirah, Seorang syeikh (mursyid) mempunyai ramai anak murid, dan ia pula lebih menyukai salah seorang dari muridnya malah memberi perhatian yang lebih kepada murid tersebut berbanding dari murid-muridnya yang lain.
Ketika ditanyai kepadanya (mursyid tersebut) akan hal itu, maka ia menjawab, “Aku akan tunjukkan mengapa aku bersikap demikian terhadapnya.” Lalu ia mengumpulkan murid-muridnya dan diberikan kepada setiap orang dari muridnya itu seekor burung dan memerintahkan kepada mereka, “Sembelihlah burung-burung itu disuatu tempat dimana tiada sesiapapun yang dapat melihatnya!”.
Maka sekalian murid-muridnya pun beredar untuk melaksanakan arahan syeikh tersebut. Dan kemudian masing-masing kembali kepada syeikh dengan burung sembelihannya kecuali murid kesayangan syeikh, dimana ia kembali dengan membawa burung dalam keadaan hidup. Maka syeikh pun bertanya padanya, “Mengapa engkau tidak menyembelihnya?”. Murid itu menjawab, “Tuan guru memerintahkan saya untuk menyembelih burung ini di tempat yang tidak dilihat oleh sesiapapun dan saya tidak menemui akan tempat seperti itu. (maksudnya: Murid itu tidak dapat mencari suatu tempat pun yang sunyi dari tilikan/pengelihatan Allah swt yang Maha Melihat).
Mendengar akan jawaban dari muridnya itu, lalu syeikh pun berkata kepada murid-murid yang lain, “Inilah sebabnya mengapa aku memberi perhatian kepadanya”.
Kesimpulanya, dalam kita berjuang di Medan perang, jangan kita lalai untuk muraqabatillah dan jangan pula kita muraqabah kepada manusia. Hati kita ini perlu di didik dengan tasawwuf sebagai pemangkin dalam perjuangan yang penuh dengan onak liku supaya kita tidak mudah putus harapan, senantiasa istiqaman serta optimis dalam perjuangan. Semoga semua thabat dalam berjuang... InsyaAllah.
2 comments:
salam ..
sebab tuan blog mnggunakn bahasa tinggi ana tlong explain skit apekah muraqabah :)
Muraqabah mean kite merasa selalu diawasi oleh Allah SWT until mendorong kite spy sentiasa rajin melaksanakan perintah dan menjauhi larangan-Nya. So, kite xpnh sorg2 tika sedih, epy n so on because Allah always with us :)
for our information, muraqabah blh bntu utk mmbentuk peribadi kita mnjadi mnusia yg jujur :)
Dan berkata al-Jurairy, “Orang yang belum mengukuhkan rasa taqwa dan muraqabah dirinya kepada Allah Ta’ala, tidak akan mencapai mukasyafah dan musyahadah”.
musyakafah mean beginning of our keyakinan while musyahadah memandang kecemerlangan nur yang diterima di dalam hati. so, smue elements pntg utk mmbntuk kepebadian diri:) spy trus isitiqamah dlm apa jua prkerjaan ..
thanks in advance..
Post a Comment