Tuesday, May 19, 2009

Belaian Ibu..

Segala Puji bagi Tuhan yang masih memberi ruang dan peluang untuk bernukil sedikit pengalaman mudah-mudahan menjadi tauladan kepada kita semua...

Fuh... keletihan aku mencari buku yg ku impikan tidak ku temui.. ku mengambil keputusan untuk merehatkan badan dgn duduk di atas bangku di luar kedai.. terdengar aku akan alunan bunyi muzik yang menjadi pujaan aku di kala aku berumur 2 tahun.. tuntas mataku mencari dari mana datang nyer koheran bunyi tersebut.. terpaku aku melihat sebuah keluarga yang bahagia melayan karenah anak lelaki kesayangan mereka bermain permainan kanak2 dengan alunan muzik tersebut.. si ibu x lekang dari anak nya takut2 terjatuh manakala si bapa sedang merekod saat2 manis itu telefon binbit nya.. bahgia sungguh bila berkeluarga... sedang mataku tidak berkedip melihat situasi itu,
pandangan ku teralih kepada seorang budak ponpuan yang pada tafsiran ku berumur lebih kurang sebaya dengan budak yg tengah bermain permainan tersebut.. kanak-kanak ponpuan itu berlari meninggalkan ibunya di belakang.. terhenti budak ponpuan itu melihat anak pasangan tadi begitu gembira bermain dengan keluarganya.. sedanga asyik kanak2 itu melihat, si ibu menarik tangan anaknya untuk membawanya ke tempat lain.. dari pakainya si ibu, tafsiran ku mereka dua beranak bukanlah dari keluarga yang berada..
lalu berjalan la kanak2 itu menuruti ibu nya sambil kepalanya masih lagi menoleh kebelakang menyaksikan keluarga bahagia itu..
setelah beberapa langkah, si ibu melepas kan tgn anaknya,
dgn pantas kanak2 ponpuan itu tadi berlari kembali ke tempat permainan tadi untuk melihat kanak2 lelaki itu bermain.. dari sinar mata anak kecil yg suci itu, terpancar perasaan untuk turut menikmati bermain..
namun sampai, si ibu lantas mendukung anaknya lalu beredar ke tempat lain sambil mencium pipi anak ponpuan kesayangan nya itu.. mata si ibu jelas sedih kerana tidak dapat memenuhi kehendak si anak kecil untuk merasai nikmat keluarga tadi.. selepas di cium anak nya di dakap nya anaknya kedada sambil di peluk erat.. hatiku dapat membaca bisik hati ibu itu..
anakku, maafkan ibu kerana tidak dapat memenuhi kehendakmu kerana kita tidak mampu untuk itu..

aku sangat terharu dengan peristiwa ini..
begitu sayangnya kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak..
peristiwa ini juga mengajar ku, bagaimana layanan ibubapa terhadap anak2 dalam 2 latarbelakang yang berbeza..
namun, aku lebih menyanjungi kasih sayang seorang ibu dari latarbelakang yang susah..
mungkin kerana aku lahir dari latarbelakang ini..
teringat aku akan ibuku di kampung..
mak..
x sabar nak balik kampung hujung minggu ni insyaAllah..
ku mendoakan kebahgiaan mu di dunia dan akhirat...
Ya Allah, kasihani la ibubapaku sepertimana mereka mengasihi dan menyanyangi diri ini di waktu kecil.. amin...

aku amat merindui mu...

3 comments:

nukilanbayangan said...

Buatmu Ibu
by Aeman

Ibu bergenang air mataku

Terbayang wajahmu yang redup sayu

Kudusnya kasih yang engkau hamparkan

Bagaikan laut yang tak bertepian



Biarpun kepahitan telah engkau rasakan

Tak pula kau merasa jemu

Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu

Dari kecil hingga dewasa



Hidupmu kau korbankan

Biarpun dirimu yang telah terkorban

Tak dapat kubalasi akan semua ini

Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu



Ibu kau ampunilah dosaku

Andainya pernah menghiris hatimu

Restumu yang amatlah aku harapkan

Kerana disitu letak syurgaku



Tabahnya melayani kenakalan anakmu

Mengajarku erti kesabaran

Kau bagai pelita di kala aku kegelapan

Menyuluh jalan kehidupan



Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku

Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku

Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...



Kasih sayangmu sungguh bernilai

Itulah harta yang engkau berikan

Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu...

istiazah said...

soob2.. sob22, kak ofis taakleh nak kuarkan air mate.. klu kat bilik ni dah hujann daa... sob2~

"syurga dibawah telapak kaki ibu"

nukilanbayangan said...

sob2...
first time matpa bercerpen kt blog...
huhuhu...
tp mmg sedey r...
tgk muka baby tuh n muka mak dia..
bersyukur lah ape yg kita ader..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...