Waqina azabil Mahsyar,,,
Manusia akan berkumpul di padang Mahsyar nanti dalam keadaan takut, di mana mereka semua sibuk mencula nasib diri sebelum di timbang di atas necara Allah. Manusia berkumpul dalam keadaan tidak berpakaian, bertelanjang bulat dan berkumpul tanpa batasan lelaki dan perampuan. Namun begitu tatkala itu manusia tidak dapat bertutur kerana sibuk dengan urusan masing, sibuk menunggu giliran untuk di hisab. Dan seperti mana yang di ketahui, di padang mahsyar itu suhunya teramatla panas seumpama matahari sejengkal di atas kepala. Sehingga kan ada yang tidak tahan dengan kepanasan itu meminta kepada Allah untuk terus di campakkan ke neraka, sedangkan mereka tidak tahu azab api neraka jauh lagi pedih dan siksa dari azab di padang mahsyar. Dan mereka juga berkumpul dalam keadaan huru-hara, risau, takut dan rungsing kecuali sebahagian di kalangan kelompok manusia ini yang aman dari huru-hara di padang mahsyar..
Mereka itu tergolong kepada 7 golongan:
1) Peminpin yang adil iaitu peminpin yang meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul, dan juga melaksanakan hukum Allah sepertimana firman Allah di dalam Al-Qur'an yang kira-kira bermaksud: " Sesiapa yang menghukum dengan selain dari hukum Allah, maka mereka tergolong di kalangan orang-orang yang zalim..
2) Pemuda yang tekun beribadah kepada Allah yakni pemuda yang tidak menghabiskan masanya ketika muda dengan perkara yang sia-sia. Mereka mempunyai iman yang kuat melawan nafsu, godaan syaitan dan godaan duniawi yang penuh dengan kenikmatan. Pemuda golongang ini juga meng'infakkan diri nya kepada Allah sepenuhnya.
3) Orang yang hatinya sentiasa bergantung kepada Masjid bukan bermaksud orang yang selalu turun ke masjid akan tetapi orang-orang ini paham apa itu masjid sebagai baitullah., rumah Allah di mana kalau orang datang ke baitullah ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengingati Allah, mendekatkan diri dengan Allah. Orang-orang ini paham apa itu baitullah, mereka mengenali rumah-rumah Allah dan mengimarahkan rumah-rumah Allah.
4) Orang-orang yang bercinta atau berkasih sayang, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Tak lekang dari mulut nya untuk menyebut Inni uhubbuk. " sesungguhnya aku mencintai kamu" apabila mereka bertemu dan bersalaman. Dan perkataan ini lah yang di ajarkan oleh Nabi kita Muhammad kepada para sahabat untuk merapatkan ukhuwah sesama kita. Ketika menegur juga, kita lafazkan inni uhibbuk yakni kita menegur kerana kita sayang kan sahabat kita dari murka Allah.
5) Mereka yng menolak ajakkan perempuan bangsawan untuk berzina dengan berkata " Aku takut kepada Allah" Mereka ini apabila di ajak berzina yang keluar dari mulutnya ialah inni akhafullah.. " sesungguhnya aku takutkan Allah".. Mereka ini yakin Allah sentiasa mengawasi dan melihat apa yang kita lakukan setiap saat dan setiap detik dan tidak pernah terlepas pandang.
6) Orang-orang yang bersedekah secara tersembunyi. Tidak pernah terdetik dihati mereka bersedekah untuk menunjuk-nunjuk. Mereka menderma dengan hati yang suci dan ikhlas. Mereka beriman bahawa segala harta yang di miliki adalah pinjaman dari Allah. Sedekah yang sedikit dengan ikhlas itu terlebih mulia di sisi Allah dibandingkan dengan sedekah yang bayak tetapi dengan perasaan riak.
7) Orang-orang yang berzikir dan mengingati Allah di tempat yang sunyi sehingga menitiskan air mata. Orang-orang ini akan mata nya tidak beku dari mengalirkan air mata apabila mengingati Allah. Mereka takut akan siksaan Allah dan sentiasa bertaubat apabila melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik zikir ialah di wahktu dinihari sepretiga malam. Mereka bangun memuji kebesaran Allah dengan penuh khusyuk.
2 comments:
Adakah kita tergolong di dalam golongan orang-orang yang aman dari huru-hara di akhirat kelak??
jika tidak, dimanakah kita nanti??
Astaghfirullahal'azim...
wah sngt bgus u ni..:)
insyallah org ramai akan ikut doa tu
hee x)
Post a Comment