Saturday, January 24, 2009

andai kau tahu....

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang...

dengan nama Allah permulaan bicara,
memohon berkat dan rahmat dari Nya..
tak lupa selawat dan salam kepada baginda,
rasul junjungan yang teramat mulia..



Takut siksaan Allah dan Mengharapkan rahmat Allah..

Ramai yang diantara kita masih lagi tidak sedar yang kita semakin hampir dengan hari kiamat, di mana malaikat izrafil akan turun meniupkan sangkala, maka bertebanganlah bukit-bukit, gunung-gunung seperti kapas. dan menjadi debu-debu yang berterbangan.. apakah kita sudah bersedia untuk meniti titian siratul mustaqim, di mana halusnya di ibaratkan seperti seurat rambut di belah tujuh...
Astagfirullahal'azim...

Allah telah menjanjikan seksaan paling ringan dalam neraka ialah diletakkan dibawah tapak kakinya dengan 2 batu yang mendidihkan otaknya.. dan ketika itu dia tidak melihat yang terlebih azab daripadanya.walhal seksaan dia itu merupakan siksaan yang teringan dalam api neraka.. Namun begitu, siksaan paling ringan itu telahpun di tempah oleh bapa saudara nabi.. yang mana tidak mendapat hidayah untuk menganuti agama Allah tetapi beliuan merupakan orang yang sangat menyayangi rasulullah dan menyokong perjuangan rasulullah..

Bagainama pula kita??? jikalau bapa saudara nabi pun di azab sebegitu rupa, apatah lagi kita yang hidup selepas beribu tahun kewafatan nabi.. atau pun kita yakin kita masuk syurga?? sedangkan para 'abid ahli ibadah sentiasa berzikir wahai tuhan ku tak layak ke syurga Mu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.. malu lah kita kalau kita ingin kan syurga Allah tapi kita masih lagi bergelak ketawa, berjenaka dengan kenimatan dunia.. Adakah kita mahu tergolong dikalangan orang-orang yang rugi, dimana pada hari akhirat kelak merayu-rayu di kembalikan ke dunia untuk melakukan kebajikan? seperti mana firman Allah dlm kitab sucinya dalam surah As-Sajadah ayat 12 yang bermaksud: Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang dan berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan, (mereka berkata). "Ya tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang yang yakin".. tapi pada ketika itu semuanya sudah terlambat. dimana Allah menjawab dalam ayat yg ke 20 dalam surah yang sama : Dan adapun orang-orang yang fasiq, maka tempat kediaman mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka, " Rasakanlah azab neraka yang dahulu kamu dustakan"..

Sayangnya nabi terhadap kita dikala izrail datang mencabut nyawa dari badan, umatku.. umatku yg keluar dari mulut baginda. Baginda juga meminta supaya kesakitan ketika nyawa bercerai dari badan ditanggung oleh baginda. begitulah sayangnya nabi kepada kita semua ummatnya.. bagaimana pula dengan kita?? adakah cukup sekadar berselawat?? menyambut maulidur rasul?? renungkanlah bersama.. Rasulullah berpesan kepada kita di dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ahmad Tirmizi, Nasa 1, Ibn Najah.. " jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis".. pesanan nabi ini supaya kita senantiasa bersedia dan tidak alpha dengan segala tipu helah kenikmatan dunia.. Sesungguhnya azab siksaan Allah itu amat pedih.. Marilah kita perbayakkan istighfar.. Astaghfirullahal'azim... kita hendaklah mendidik diri kita supaya tidak mudah tertipu dengan godaan syaitan laknatullah.. dan kita seharusnya melawan syaitan dan berlindung dengan Allah semata-mata.. jangan sekali-kali kita takut kepada syaitan sepertimana Allah berfirman dalam surah al-Imran ayat 175: " Sesungguhnya mereka hanyalah setan yang menakut-nakuti (kamu) dengan teman-teman setianya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu orang-orang beriman"...

Kita selaku muslim hendaklan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah s.w.t supaya kita mendapat keredhaan dan rahmat dari Nya yang merupakan tiket untuk kita terlepas dari api neraka untuk ke syurga Nya..Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat dari Allah belaka.. Dalam kita mencari jalan untuk mendapatkan keredhaan tuhan, kita hendaklah sentiasa mengharapkan rahmat nya dan takutkan azab siksaan Allah yang sangat pedih.. di mana Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 57: " Orang-orang yang mereka seru kepada Tuhan siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah). Mereka mengharapkan rahmat-Nya. Sungguh azab Tuhanmu itu sesuatu yang (harus) di takuti.. Maksud ayat ini ialah takut akan siksaan Allah dan mengharapkan rahmat Allah itu mesti datang bersama untuk mendekatkan diri kepada Allah..

Dan kita juga di tegah untuk berputus asa dari mengharapkan rahmat dari Allah, sebaliknya kita harus berusaha bersungguh-sungguh dengan memperbaiki segala kelemahan yang menghalang kita untuk mendapat rahmat Allah.. Sesungguhnya rahmat Allah itu meliputi segala sesuatu dan tiada yang mustahil bagi Allah. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 156: " Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Sungguh, kami (bertaubat) kepada Engkau. (Allah berfirman), " Siksa-Ku akan Aku timpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat- KU meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku bagi orang-orang yang bertaqwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami". Disini kita hendaklah istiqamah dalam mencari rahmat Allah dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi orang yang bertaqwa dan beriman dengan suruhanNya dan ayat-ayat Allah yang suci..

Kesimpulanya, kita selaku muslim hendaklah yakin akan Allah, taat perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya dengan sepenuh hati dan seikhlas-ikhlasnya.. Kita juga hendaklah yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa bersama kita. Nabi s.a.w bersabda dalam hadith qudsi di mana Allah berfirman: " Aku menurut dugaan hambaKu terhadapKu dan Aku bersamanya ketika ia mengingatiku".. jadi hendaklah kita sama-sama sentiasa mengingati Allah untuk mendekatkan diri kepada Nya..

sebagai penutup bicara, mari kita bersama merenungi mutiara kata ini...

2 comments:

nukilanbayangan said...

agak lama blog nih tanpa pengisian...
harap bermanfaat untuk semua..
insyaAllah..

Hannan.R said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...