Sunday, January 17, 2010

TIDUR DALAM JAGA

Laillahaillah, Muhammad rasulullah...
Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah..
Allah itu esa, tiada dua, dia tidak beranak dan tidak diperanakkan..
Maha suci Allah yang menjadikan sekalian Allah..
Perjalanan cakerawala yang tiada pernah berhenti..

Rukun Iman yang pertama ialah beriman kepada Allah..
Beriman akan kewujudan, keEsaan, kekuasaan, sifat-sifat Allah yang tiada lemah bagiNya..
Segala titah perintah serta larangan Nya di firmankan dalam Al-Qur'an nul karim..
Umat islam wajib mengesakan Allah dari semua aspek kehidupan..
Sedarkah kita ketika mana kita gah melaungkan keagungan dan keEsaan Allah,
Membantah penggunaan nama Allah dalam agama lain,
tapi kita masih lagi keliru..
keliru dan di tipu bayang-bayang sendiri...
Kita lantang memperjuangkan keEsaan Allah,
tapi pada masa yang sama, kita gah memperagakan pakaian kristian..
masih lagi dengan ideologi kristian..
anak2 muda kita masih lagi mengagung2kan lagu2 kristian yang melalaikan kita dari mengingati Allah, rumah-rumah Allah masih lagi kosong dari dikunjungi oleh orang-orang islam jika kita bandingkan dengan kunjungan umat islam di pusat-pusat hiburan..
adakah dengan sekadar bertegang leher melaungkan keEsaan Allah memadai??
serikandi kita sekarang dengan gaya nya berpakaian dengan pakaian kristian..
menampakkan susuk tubuk,
pemaikaian tudung di anggap kolot dan kampung..
sedarlah wahai umat islam,
propangganda yang melanda tanah air kita sekarang..
media massa dengan lambakkan rancangan-rancangan yang menaikan nafsu anak muda,
menayangkan lakonan-lakonan orang kristian yang membuatkan orang islam terus leka dari mengingati Allah.. minda umat islam sekarang telah di doktrin dengan kemodenan barat..
islam tidak menghalang kemajuan, malah menggalakkan ketemaduanan masyarakat..
tapi bagaimanakah ketemadunan yang di gariskan oleh islam??
adakah sejarah-sejarah silam tidak cukup lagi bagi mengisafi diri kita yang jahil ini??
mengapa tidak mengambil ibrah dari sejarah silam?
atau mahu tersungkur kali kedua dalam lubang yang sama???
tidak cukupkah amaran balasan neraka Allah sebagai motivasi diri??
ingat lah manusia,
hidup cuma sekali. mati itu pasti..
hidup di dunia ini terlalu singkat untuk kita..
marilah bersama kita mengamalkan cara hidup islam yang sebenar..
kalau betul kita mahu mengEsakan Allah,
biarlah dia lahir dari lubuk hati yang suci..
merasakan diri ini kerdil..
Allah itu maha besar..
perintah Allah itu wajib di patuhi..
larangan Allah dilakukan jangan sekali..
Esakan keEsaan Allah dalam diri..
bukan mengEsakan Allah demi kepentingan peribadi..
esakan Allah dari niat yang suci..
semoga hidup kita semua diberkati oleh Allah..
insyaAllah..

Ya Allah,
sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri,
dan jika Kau tidak mengampuni diri kami ini,
maka kami tergolong dalam orang-orang yang rugi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...