Saturday, May 23, 2009
Nikmat Allah tidak ternilai harganya...
Assalamualaikum wbt..
"Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk.. Yang pertama, yang utama dan selama-selamanya, pujian bagi Allah yang menciptakan semua dan Dia masih lagi memberi kita ruang dan peluang untuk hidup dimuka bumi ini dan bernafas tanpa membayar satu sen pun udara yang kita sedut.. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. kerana dgr keperitan berjuangan baginda kita dapat memiliki dan merasai dua nikmat yang terbesar yakni nikman islam dan iman..
Tanpa kita sedari, kita selaku manusia sering mengimpikan yang terbaik untuk diri kita.. Dan kita akan bergitu kecewa jika impian itu tidak menjadi kenyataan dan hanya sekadar debu berterbangan.. Kita juga sering mengejar yang terbaik sampai yang di kendong berciciran.Dewasa ini ramai di kalangan manusia luper akan bernilainya nikmat Allah dan jarang sekari mensyukuri apa yang telah di milikinya..
Izinkan aku meminjam hati-hati kalian untuk menghayati apa yang ingin di sampaikan. Mudah-mudahan kita semua beroleh keberkatan.. Kekayaan tidak sekali-kali menjamin kebahagian, nikmat dan juga kebahgiaan tidak boleh di beli dengan wang ringgit.. nikmat dan kebahagiaan terlalu subjektif untuk di simpulkan.. Akan tetapi suka aku untuk mengisahkan satu penceritaan moga-moga kita dapat menilai apa itu nikmat dah kebahagiaan..
Dikisahkan ada sepasang pasangan yang hidupnya sangat mewah sekali, makan pakai cukup mewah sekali, setiap kali pulang dari pejabat, pasti nya makanan di sajikan oleh pembantu rumah.. lauk pauknya pula tidak pernah ketinggalan zaman.. Akan tetapi, adakah itu sebenarnya nikmat dan kebahagiaan yang kita impikan.. Lalu bermusafir pasangan itu ke sebuah perkampungan untuk mencari ketenangan di sebalik kesibukan... menyusuri jalan-jalan yang berpintu gerbangkan pohonan rendang, berpagarkan padi di bendang, begitu indahnya alam ciptaan tuhan..
Lirik mata mereka tetumpu ke tengah bendang.. terdapat sebatang tubuh gigih membanting tulang.. dan ketika itu datang nya si isteri menuju ke pondok usang sambil memanggil suaminya berhenti seketika untuk menikmati juadah makanan.. Walaupun sekadar nasi berulamkan pucuk ubi dari halaman, berlaukan pula ikan yang di keringkan.. akan tetapi si suami menikmati makanan itu dengan penuh kenikmatan.. tambahan pula di masak oleh isteri kesayangan.. Cemburu hati pasangan kaya itu melihat kebahagian pasangan di tengah bendang.. walaupun makanan mereka jauh labih mahal dan sedap untuk di bandingkan, tetapi kenikmatan menikmati makanan itu tidak dapat di rasakan..
Oh tuhan...
Terlalu banyak nikmat yang Kau beri tetapi hati2 kami ini tidak pernah mensyukuri..
Dan kekayaan itu tidak sekali-kali menjamin kebahagiaan dan kenikmatan...
sekian..
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (surah Ibrahim: 7)
Tuesday, May 19, 2009
Belaian Ibu..
Segala Puji bagi Tuhan yang masih memberi ruang dan peluang untuk bernukil sedikit pengalaman mudah-mudahan menjadi tauladan kepada kita semua...
Fuh... keletihan aku mencari buku yg ku impikan tidak ku temui.. ku mengambil keputusan untuk merehatkan badan dgn duduk di atas bangku di luar kedai.. terdengar aku akan alunan bunyi muzik yang menjadi pujaan aku di kala aku berumur 2 tahun.. tuntas mataku mencari dari mana datang nyer koheran bunyi tersebut.. terpaku aku melihat sebuah keluarga yang bahagia melayan karenah anak lelaki kesayangan mereka bermain permainan kanak2 dengan alunan muzik tersebut.. si ibu x lekang dari anak nya takut2 terjatuh manakala si bapa sedang merekod saat2 manis itu telefon binbit nya.. bahgia sungguh bila berkeluarga... sedang mataku tidak berkedip melihat situasi itu,
pandangan ku teralih kepada seorang budak ponpuan yang pada tafsiran ku berumur lebih kurang sebaya dengan budak yg tengah bermain permainan tersebut.. kanak-kanak ponpuan itu berlari meninggalkan ibunya di belakang.. terhenti budak ponpuan itu melihat anak pasangan tadi begitu gembira bermain dengan keluarganya.. sedanga asyik kanak2 itu melihat, si ibu menarik tangan anaknya untuk membawanya ke tempat lain.. dari pakainya si ibu, tafsiran ku mereka dua beranak bukanlah dari keluarga yang berada..
lalu berjalan la kanak2 itu menuruti ibu nya sambil kepalanya masih lagi menoleh kebelakang menyaksikan keluarga bahagia itu..
setelah beberapa langkah, si ibu melepas kan tgn anaknya,
dgn pantas kanak2 ponpuan itu tadi berlari kembali ke tempat permainan tadi untuk melihat kanak2 lelaki itu bermain.. dari sinar mata anak kecil yg suci itu, terpancar perasaan untuk turut menikmati bermain..
namun sampai, si ibu lantas mendukung anaknya lalu beredar ke tempat lain sambil mencium pipi anak ponpuan kesayangan nya itu.. mata si ibu jelas sedih kerana tidak dapat memenuhi kehendak si anak kecil untuk merasai nikmat keluarga tadi.. selepas di cium anak nya di dakap nya anaknya kedada sambil di peluk erat.. hatiku dapat membaca bisik hati ibu itu..
anakku, maafkan ibu kerana tidak dapat memenuhi kehendakmu kerana kita tidak mampu untuk itu..
aku sangat terharu dengan peristiwa ini..
begitu sayangnya kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak..
peristiwa ini juga mengajar ku, bagaimana layanan ibubapa terhadap anak2 dalam 2 latarbelakang yang berbeza..
namun, aku lebih menyanjungi kasih sayang seorang ibu dari latarbelakang yang susah..
mungkin kerana aku lahir dari latarbelakang ini..
teringat aku akan ibuku di kampung..
mak..
x sabar nak balik kampung hujung minggu ni insyaAllah..
ku mendoakan kebahgiaan mu di dunia dan akhirat...
Ya Allah, kasihani la ibubapaku sepertimana mereka mengasihi dan menyanyangi diri ini di waktu kecil.. amin...

aku amat merindui mu...
Friday, May 15, 2009
Sunday, May 3, 2009
Cinta dari pandangan Imam Al-Syafie..
IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. “Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”
Enam Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya...
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab : ' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)