Thursday, April 30, 2009

Aurat Wanita Islam..


Assalamualaikum wbt

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak mempunyai keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [An-Nur: 31]

PENGERTIAN AURAT

Aurat menurut pengertian bahasa ialah keaipan. Manakala menurut istilah agama ialah mana-mana bahagian anggota dan tubuh badan seseorang yang wajib ditutup daripada pandangan ajnabi.

Islam sebagai satu agama yang mudah dan untuk kemaslahatan umatnya tidak menetapkan pakaian khusus terhadap lelaki dan wanita untuk menutup aurat mereka. Apa yang penting dan asasnya ialah mestilah pakaian tersebut tidak menimbulkan sebarang bentuk fitnah atau tidak menimbulkan unsur-unsur ke arah perbuatan zina dan ia mestilah menutup aurat.

AURAT WANITA

Berkaitan batasan aurat dan perhiasan wanita sesama wan ita muslim dan ketika bersama mah ramnya sebagaimana yang dipersetujui oleh jumhur Ulama' ialah di antara pusat dan lutut, iaitu sama dengan lelaki sesama lelaki. Pendapat ini dipersetujui oleh Imam al-Qurtubi didalm tafsirnya.

Namun begitu, Ulama' berselisih pendapat berkaitan dengan aurat wanita di hadapan lelaki dan aurat wanita di hadapan wanita kafir. Pendapat dan hujah Ulama' tersebut dapat dijelaskan sebagaimana berikut:->

AURAT WANITA DIHADAPAN LELAKI AJNABI

i. Menurut pendapat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, aurat wanita itu ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan, bahagian hujung jarinya hingga pergelangan tangan. Antara hujah mereka ialah:

PERTAMA: Sebagaimana hadis riwayat Abu Daud, daripada Aishah yang mengatakan, yang mana Nabi pernah berkata kepada Asma' binti Abu Bakar yang datang ke rumah baginda dengan memakai pakaian yang nipis, baginda bersabda kepadanya:

"Wahai Asma', wanita itu apabila cukup umur, ia tidak boleh mendedahkan bahagian tubuhnya, selain ini dan ini (Nabi mengisyaratkan kepada bahagian muka dan tapak tangan baginda)"

KEDUA: Sebagaimana Firman Allah:

"...Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripada-Nya..." [An-Nur ayat 31]

Apa yang dimaksudkan perhiasan dan tubuh zahir di sini ialah bahagian tubuh atau anggota zahir, iaitu muka dan tapak tangan dan hujung jari yang biasa nampak.

ii. Menurut pendapat Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad, seluruh tubuh badan wanita adalah aurat tanpa pengecualian. Diantara hujah mereka ialah:

PERTAMA: Hadis daripada Jarir bin Abdullah yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad:

"Aku bertanya kepada Rasulullah mengenai pandangan terserempak atau tidak sengaja. Baginda menjawab: Alihkan pandangan kamu"

KEDUA: Sebagaimana hadis lain daripada Ali yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud:

"Wahai Ali!, janganlah ulangi pandangan dengan pandangan lain, sesungguhnya dimaafkan untuk kamu pandangan pertama dan tidak diharuskan yang lainnya"

KETIGA: Hal ini juga sesuai dengan firman Allah:

"... Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi, maka mintalah kepada mereka dari disebalik tabir, cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka..." [Al-Ahzab: 53]

iii. Mengikut pandangan Ibn Abbas pula, anggota yang boleh dibuka bagi wanita ialah bahagian yang biasa terbuka sahaja, Iaitu muka dan tapak tangan. Hujahnya ialah berdasarkan hadis Asma' yang tersebut di atas.

iv. Menurut setengah Ulama' lain pula, wanita diharuskan membuka bahagian dua tapak tangan hinggalah separuh daripada bahagian lengannya dan kaki pula hingga separuh bahagian betisnya. Hujah mereka ialah, kerana sampai bahagian tersebut pada adat atau kebiasaannya akan didedahkan ketika bekerja demi keselesaan dan ia juga bahagian kebiasaan terdedah ketika berkerja.

AURAT WANITA DIHADAPAN WANITA KAFIR

Menurut pendapat jumhur Ulama', aurat dan perhiasan wanita dihadapan wanita kafir, Yahudi dan Nasrani adalah sama seperti aurat dihadapan lelaki ajnabi. Iaitu selain muka dan tapak tangan. Untuk itu, wanita mestilah menutup auratnya dan perhiasannya ketika bersama dengan orang kafir. Pengharaman tersebut adalah atas dasar berlainan agama. Pendapat ini juga merupakan pendapat Ibn Abbas dan dipersetujui oleh Imam al-Qurtubi.

Untuk itu wanita dikira berdosa dan diharamkan mendedahkan segala perhiasan kepada bukan mahram mereka yang merangkumi juga melarang mereka menghentakkan kaki apabila berjalan supaya diketahui perhiasan yang mereka pakai seperti gelang kaki yang mempunyai loceng. Apa yang diharuskan untuk mereka mendedahkan perhiasan tersebut hanya dibolehkan kepada 12 golongan sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam surah an-Nur ayat 31.

Antara lain juga, wanita itu hanya boleh mendedahkan perhiasan yang mereka pakai kepada mahram sahaja. Apa yang dimaksudkan dengan mahram disini ialah mana-mana mahram daripada pihak perempuan atau isteri itu. Untuk itu, secara jelas dan terperincinya, Lelaki yang menjadi mahram kepada perempuan atau isteri itu ialah, Bapanya, abangnya, anak lelakinya, adik-beradik lelakinya, anak saudara daripada adik-beradik lelakinya, anak saudara daripada saudara perempuannya, bapa saudara dari sebelah bapanya, bapa saudara dari sebelah ibunya, anak tiri lelakinya, Mertua lelakinya dan menantu lelakinya.

Semua mereka yang tersebut di atas itu adalah lelaki-lelaki mahram yang boleh bergaul atau menemani wanita dengan berpandukan ketakwaan kepada Allah dan berpegang teguh dengan syariat Islam.

LARANGAN MENZAHIRKAN PERHIASAN TERSEMBUNYI

Ayat ini menjelaskan larangan atas dasar mengharamkan mana-mana wanita yang berjalan sambil menghentak-hentakkan kaki mereka supaya diketahui oleh orang lain khususnya lelaki ajnabi dan bukan suaminya perhiasan yang tersembunyi. Apa yang dimaksudkan di sini ialah segala jenis perhiasan yang kebiasaannya dipakai di bahagian kaki sebagaimana gelang kaki yang berloceng dan berbunyi.

Larangan tersebut selain ia menimbulkan fitnah atau godaan atau dapat menarik perhatian orang atau mungkin juga bunyi tersebut menyebabkan orang tertarik atau juga mungkin timbul perasaan riak untuk menunjuk-nunjukkan perhiasan yang dipakainya itu. Lantaran itulah wanita wajib menutup aurat dan tempat perhiasan serta perhiasan itu sendiri kepada penglihatan dan pendengaran mana-mana bukan mahramnya.

Demikianlah keterangan dan penjelasan berdasarkan dalil Al-Quran dan beberapa hadith. Semoga sama-sama kita mengambil pengajaran.

Tuesday, April 21, 2009

Masanya Tetap Akan Sampai...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan

salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan

dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata

dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"

tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang

menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang

memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa

Jibril

tidak ikut bersama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas

langit dunia

menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah

dengan

suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh

kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah

berfirman kepadaku:

Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di

dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah

bersimbah peluh,

urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.", Perlahan Rasulullah

mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan

Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata

Jibril

.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak

tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini

kepadaku,

jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak

lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera

mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum"

=> "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling

berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan

telinganya

ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii!"

="Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Perlu di ingatkan juga, adakah kita bersedia untuk bertemu dgn si pencabut nyawa ini??

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu
lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran
wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...