Pipit Kepatahan Sayap
Bidalan telah menyatakan,
Tak kan sama pipit dengan enggang,
Walau setinggi mana pun impian,
Ia tidak akan menjadi kenyataan..
Pipit sama pipit,
Enggang sama Enggang,
Walaupun hati menahan sakit,
Bibir tetap mengukir senyumam..
Tatkala si Enggang tercedera,
Semua mata tertumpu padanya,
Kerana begitu tinggi nilai harganya,
Semua hati pasti pasti terpesona..
Tetapi tidak bagi mu Pipit,
Sekalipun hancur hati mu berkecai,
Tiada siapa sudi mencuit,
Walaupun puas dikau melambai..
Tiada siapa ingin menilai,
Akan dikau si pemakan padi,
Tambahan lagi sayap terkulai,
Sebelah mata pun pasti tak sudi..
Terbanglah dikau wahai Enggang,
Terbanglah dikau dengan kepuasan,
Usahlah dipandang kebelakang,
Kerana dunia penuh dengan kepalsuan..
Duhai pipit dirimu tidak keseorangan,
Teman mu itu pengubat kerinduan,
Dan yang perlu engkau utamakan,
Sentiasa lah hati mengingatkan Tuhan..
Tak kan sama pipit dengan enggang,
Walau setinggi mana pun impian,
Ia tidak akan menjadi kenyataan..
Pipit sama pipit,
Enggang sama Enggang,
Walaupun hati menahan sakit,
Bibir tetap mengukir senyumam..
Tatkala si Enggang tercedera,
Semua mata tertumpu padanya,
Kerana begitu tinggi nilai harganya,
Semua hati pasti pasti terpesona..
Tetapi tidak bagi mu Pipit,
Sekalipun hancur hati mu berkecai,
Tiada siapa sudi mencuit,
Walaupun puas dikau melambai..
Tiada siapa ingin menilai,
Akan dikau si pemakan padi,
Tambahan lagi sayap terkulai,
Sebelah mata pun pasti tak sudi..
Terbanglah dikau wahai Enggang,
Terbanglah dikau dengan kepuasan,
Usahlah dipandang kebelakang,
Kerana dunia penuh dengan kepalsuan..
Duhai pipit dirimu tidak keseorangan,
Teman mu itu pengubat kerinduan,
Dan yang perlu engkau utamakan,
Sentiasa lah hati mengingatkan Tuhan..
8 comments:
ko ke yg wat all this sajak.. berbakat juge ye
hohohohoho...
bila dtg mood dia..
kuar la apew lam pale otak...
ak tny xnk jwb...
jd ni pesann aku...
plih la mn 1...
hahahaa
to pipit:
jgn dikesali keadaan diri
kerna setiap makhluk mempunyai
specialty tersendiri
walau terbangmu tak tinggi
tp punya teman,pengubat sepi.
to engggang:
jgn kau megah meninggi diri,
ikutlah resmi padi,
makin tunduk makin berisi...;)
hahahaha...
si erin bernukil plak...
ok la tuh walaupon x berapa sedap..
kuang ajinomoto kowt..
pipit or enggang tiada bezanya jika jika tahu menilai..
tau ler ak x seterer ko..
g pn ak mmg x mkn ajinomoto.
tp pipit mn sm ngan enggang.
cb jwb ckit ko pipit ke enggang......??
hahahaha...
klu ko baca dgn mata hati paham la maksud dia...
dia ader maksud tersirat dalam tersurat,
dan juga maksud tersirat dalm tersirat...
nice poem...
bakat terpendam yg tidak disia-siakan...
pipit mmg tak sama dgn enggang...
itu realiti kehidupan...
impian akn terus menjadi impian...
ntah bila akn menjadi kenyataan...
hnya Allah yg berkuasa mengubah segalanya...
Post a Comment