Monday, January 26, 2009

nukilan dari kayangan...

Nukilan Dari Kayangan...

mudah bagiku melupakan seseorang yang ku sayang,
tapi bukan apabila aku bercinta dengan kalian,
jesteru ku menyendiri ke dunia kayangan,
untuk ku hasilkan sebuah nukilan,
khas untuk tatapan kalian yang ku sayang...

bukan jawatan yg ku impi kan,
bukan gelaran yg ku idam kan,
bukan popularity yg ku ingin kan,
bukan emas jadi taruhan,
tetapi ukhuwah kerana tuhan.

yg ku harapkan commitment dari kalian...
bukan sekadar di mulut melafazkan sayang,
kalu tidak di sertai dengan perbuatan,
adakah sekadar niat sudah sempurna sembahyang???
begitulah dapat ku ibarat kan,

wasilah kita medan pertempuran,
ahli berkualiti kita kekurangan,
sekadar kuantiti tak cukup untuk membuktikan,
kelak nanti terlepas senjata di tangan,
baru kau sedar tinggi nya langit tuhan..

jika kepentingan diri yg kita utamakan,
tiada guna erti persahabatan,
dalam kita dengan keseronokan,
sahabat kita tewas di medan perang..
adakah itu pun perlu di luahkan??

kita ibarat burung berterbangan,
perlukan kepala penunjuk jalan.
perlukan hati untuk mengilhamkan,
perlukan sayap untuk terbang,
perlukan kaki untuk pendaratan,
perlukan ekor untuk kestabilan.

tapi pernahkah kita rasakan??
yang kita ini saling memerlukan??
usah kita fikir untuk maju kehadapan,
jika hati kita belum di satu kan..

perjalanan kita masih panjang,
bukan dunia sebagai perngakhiran,
tapi kita harus membuat persiapan..
untuk akhirat yg kekal sepanjang zaman.

disini ku pohon kemaafan,
atas kekurangan dan segala kesilapan.
terima kasih segala teguran,
akan ku jadikan azimat penunjuk jalan.

sekian sahaja dari ku sebagai hamba tuhan..

Sunday, January 25, 2009

doa harian untuk di amalkan..

AMALAN DOA HARIAN

Doa Ketika Hendak Tidur


Doa Ketika Bangun Tidur


Doa Ketika Hendak Berpakaian


Doa Ketika Membuka Pakaian



Doa Ketika Keluar Rumah



Doa Ketika Hendak Masuk Rumah


Doa Ketika Masuk Tandas


Doa Ketika Keluar Tandas



Doa Ketika Mendengar Berita Gembira



Doa Untuk Menghilangkan Rasa Marah



Doa Ketika Melihat Cermin


Doa Ketika Melihat Barang Yang Disukai



Doa Ketika Menghadapi Kesusahan Tidur



Doa Ketika Merasa Takut Atau Terkejut


Doa Ketika Menghadapi Kecelakaan



Doa Ketika Sukar Menyelesaikan Sesuatu Urusan



Doa Ketika Mendengar Berita Kematian



Doa Ketika Hendak Makan



Doa Apabila Terlupa Membaca Doa Makan



Doa Selepas Makan



Doa Ketika Mengambil Wudhu'



Doa Ketika Menuntut Ilmu



Doa Menghindar Dari Azab Neraka



Doa Para Rasul Dan Para Mukminin



Doa Penerang Hati



Doa Ketika Kehilangan Barang



Doa Untuk Ibu Bapa


Doa Untuk Menghindar Sifat Malas



Doa Memohon Kesabaran



Doa Orang Yang Sedang Sakit



Doa Memohon Supaya Ditetapkan Iman


Doa Taubat


Doa Apabila Melihat Hujan


Doa Apabila Mendengar Guruh



Doa Di Waktu Pagi Dan Petang



Doa Ketika Melihat Langit

inni uhibbuk



Waqina azabil Mahsyar,,,

Manusia akan berkumpul di padang Mahsyar nanti dalam keadaan takut, di mana mereka semua sibuk mencula nasib diri sebelum di timbang di atas necara Allah. Manusia berkumpul dalam keadaan tidak berpakaian, bertelanjang bulat dan berkumpul tanpa batasan lelaki dan perampuan. Namun begitu tatkala itu manusia tidak dapat bertutur kerana sibuk dengan urusan masing, sibuk menunggu giliran untuk di hisab. Dan seperti mana yang di ketahui, di padang mahsyar itu suhunya teramatla panas seumpama matahari sejengkal di atas kepala. Sehingga kan ada yang tidak tahan dengan kepanasan itu meminta kepada Allah untuk terus di campakkan ke neraka, sedangkan mereka tidak tahu azab api neraka jauh lagi pedih dan siksa dari azab di padang mahsyar. Dan mereka juga berkumpul dalam keadaan huru-hara, risau, takut dan rungsing kecuali sebahagian di kalangan kelompok manusia ini yang aman dari huru-hara di padang mahsyar..

Mereka itu tergolong kepada 7 golongan:

1) Peminpin yang adil iaitu peminpin yang meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul, dan juga melaksanakan hukum Allah sepertimana firman Allah di dalam Al-Qur'an yang kira-kira bermaksud: " Sesiapa yang menghukum dengan selain dari hukum Allah, maka mereka tergolong di kalangan orang-orang yang zalim..

2) Pemuda yang tekun beribadah kepada Allah yakni pemuda yang tidak menghabiskan masanya ketika muda dengan perkara yang sia-sia. Mereka mempunyai iman yang kuat melawan nafsu, godaan syaitan dan godaan duniawi yang penuh dengan kenikmatan. Pemuda golongang ini juga meng'infakkan diri nya kepada Allah sepenuhnya.

3) Orang yang hatinya sentiasa bergantung kepada Masjid bukan bermaksud orang yang selalu turun ke masjid akan tetapi orang-orang ini paham apa itu masjid sebagai baitullah., rumah Allah di mana kalau orang datang ke baitullah ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengingati Allah, mendekatkan diri dengan Allah. Orang-orang ini paham apa itu baitullah, mereka mengenali rumah-rumah Allah dan mengimarahkan rumah-rumah Allah.

4) Orang-orang yang bercinta atau berkasih sayang, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Tak lekang dari mulut nya untuk menyebut Inni uhubbuk. " sesungguhnya aku mencintai kamu" apabila mereka bertemu dan bersalaman. Dan perkataan ini lah yang di ajarkan oleh Nabi kita Muhammad kepada para sahabat untuk merapatkan ukhuwah sesama kita. Ketika menegur juga, kita lafazkan inni uhibbuk yakni kita menegur kerana kita sayang kan sahabat kita dari murka Allah.

5) Mereka yng menolak ajakkan perempuan bangsawan untuk berzina dengan berkata " Aku takut kepada Allah" Mereka ini apabila di ajak berzina yang keluar dari mulutnya ialah inni akhafullah.. " sesungguhnya aku takutkan Allah".. Mereka ini yakin Allah sentiasa mengawasi dan melihat apa yang kita lakukan setiap saat dan setiap detik dan tidak pernah terlepas pandang.

6) Orang-orang yang bersedekah secara tersembunyi. Tidak pernah terdetik dihati mereka bersedekah untuk menunjuk-nunjuk. Mereka menderma dengan hati yang suci dan ikhlas. Mereka beriman bahawa segala harta yang di miliki adalah pinjaman dari Allah. Sedekah yang sedikit dengan ikhlas itu terlebih mulia di sisi Allah dibandingkan dengan sedekah yang bayak tetapi dengan perasaan riak.

7) Orang-orang yang berzikir dan mengingati Allah di tempat yang sunyi sehingga menitiskan air mata. Orang-orang ini akan mata nya tidak beku dari mengalirkan air mata apabila mengingati Allah. Mereka takut akan siksaan Allah dan sentiasa bertaubat apabila melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik zikir ialah di wahktu dinihari sepretiga malam. Mereka bangun memuji kebesaran Allah dengan penuh khusyuk.

Saturday, January 24, 2009

andai kau tahu....

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang...

dengan nama Allah permulaan bicara,
memohon berkat dan rahmat dari Nya..
tak lupa selawat dan salam kepada baginda,
rasul junjungan yang teramat mulia..



Takut siksaan Allah dan Mengharapkan rahmat Allah..

Ramai yang diantara kita masih lagi tidak sedar yang kita semakin hampir dengan hari kiamat, di mana malaikat izrafil akan turun meniupkan sangkala, maka bertebanganlah bukit-bukit, gunung-gunung seperti kapas. dan menjadi debu-debu yang berterbangan.. apakah kita sudah bersedia untuk meniti titian siratul mustaqim, di mana halusnya di ibaratkan seperti seurat rambut di belah tujuh...
Astagfirullahal'azim...

Allah telah menjanjikan seksaan paling ringan dalam neraka ialah diletakkan dibawah tapak kakinya dengan 2 batu yang mendidihkan otaknya.. dan ketika itu dia tidak melihat yang terlebih azab daripadanya.walhal seksaan dia itu merupakan siksaan yang teringan dalam api neraka.. Namun begitu, siksaan paling ringan itu telahpun di tempah oleh bapa saudara nabi.. yang mana tidak mendapat hidayah untuk menganuti agama Allah tetapi beliuan merupakan orang yang sangat menyayangi rasulullah dan menyokong perjuangan rasulullah..

Bagainama pula kita??? jikalau bapa saudara nabi pun di azab sebegitu rupa, apatah lagi kita yang hidup selepas beribu tahun kewafatan nabi.. atau pun kita yakin kita masuk syurga?? sedangkan para 'abid ahli ibadah sentiasa berzikir wahai tuhan ku tak layak ke syurga Mu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.. malu lah kita kalau kita ingin kan syurga Allah tapi kita masih lagi bergelak ketawa, berjenaka dengan kenimatan dunia.. Adakah kita mahu tergolong dikalangan orang-orang yang rugi, dimana pada hari akhirat kelak merayu-rayu di kembalikan ke dunia untuk melakukan kebajikan? seperti mana firman Allah dlm kitab sucinya dalam surah As-Sajadah ayat 12 yang bermaksud: Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang dan berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan, (mereka berkata). "Ya tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang yang yakin".. tapi pada ketika itu semuanya sudah terlambat. dimana Allah menjawab dalam ayat yg ke 20 dalam surah yang sama : Dan adapun orang-orang yang fasiq, maka tempat kediaman mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka, " Rasakanlah azab neraka yang dahulu kamu dustakan"..

Sayangnya nabi terhadap kita dikala izrail datang mencabut nyawa dari badan, umatku.. umatku yg keluar dari mulut baginda. Baginda juga meminta supaya kesakitan ketika nyawa bercerai dari badan ditanggung oleh baginda. begitulah sayangnya nabi kepada kita semua ummatnya.. bagaimana pula dengan kita?? adakah cukup sekadar berselawat?? menyambut maulidur rasul?? renungkanlah bersama.. Rasulullah berpesan kepada kita di dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ahmad Tirmizi, Nasa 1, Ibn Najah.. " jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis".. pesanan nabi ini supaya kita senantiasa bersedia dan tidak alpha dengan segala tipu helah kenikmatan dunia.. Sesungguhnya azab siksaan Allah itu amat pedih.. Marilah kita perbayakkan istighfar.. Astaghfirullahal'azim... kita hendaklah mendidik diri kita supaya tidak mudah tertipu dengan godaan syaitan laknatullah.. dan kita seharusnya melawan syaitan dan berlindung dengan Allah semata-mata.. jangan sekali-kali kita takut kepada syaitan sepertimana Allah berfirman dalam surah al-Imran ayat 175: " Sesungguhnya mereka hanyalah setan yang menakut-nakuti (kamu) dengan teman-teman setianya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu orang-orang beriman"...

Kita selaku muslim hendaklan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah s.w.t supaya kita mendapat keredhaan dan rahmat dari Nya yang merupakan tiket untuk kita terlepas dari api neraka untuk ke syurga Nya..Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat dari Allah belaka.. Dalam kita mencari jalan untuk mendapatkan keredhaan tuhan, kita hendaklah sentiasa mengharapkan rahmat nya dan takutkan azab siksaan Allah yang sangat pedih.. di mana Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 57: " Orang-orang yang mereka seru kepada Tuhan siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah). Mereka mengharapkan rahmat-Nya. Sungguh azab Tuhanmu itu sesuatu yang (harus) di takuti.. Maksud ayat ini ialah takut akan siksaan Allah dan mengharapkan rahmat Allah itu mesti datang bersama untuk mendekatkan diri kepada Allah..

Dan kita juga di tegah untuk berputus asa dari mengharapkan rahmat dari Allah, sebaliknya kita harus berusaha bersungguh-sungguh dengan memperbaiki segala kelemahan yang menghalang kita untuk mendapat rahmat Allah.. Sesungguhnya rahmat Allah itu meliputi segala sesuatu dan tiada yang mustahil bagi Allah. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 156: " Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Sungguh, kami (bertaubat) kepada Engkau. (Allah berfirman), " Siksa-Ku akan Aku timpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat- KU meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku bagi orang-orang yang bertaqwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami". Disini kita hendaklah istiqamah dalam mencari rahmat Allah dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi orang yang bertaqwa dan beriman dengan suruhanNya dan ayat-ayat Allah yang suci..

Kesimpulanya, kita selaku muslim hendaklah yakin akan Allah, taat perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya dengan sepenuh hati dan seikhlas-ikhlasnya.. Kita juga hendaklah yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa bersama kita. Nabi s.a.w bersabda dalam hadith qudsi di mana Allah berfirman: " Aku menurut dugaan hambaKu terhadapKu dan Aku bersamanya ketika ia mengingatiku".. jadi hendaklah kita sama-sama sentiasa mengingati Allah untuk mendekatkan diri kepada Nya..

sebagai penutup bicara, mari kita bersama merenungi mutiara kata ini...

Sunday, January 18, 2009

18 januari - kekeliruan melanda diri... Astaghfirullahhalazim...

Assalamualaikum...
tak sampai pon sehari aku memblog lagi meneruskan senaman jari...
kerana pada hari ini banyak jugak peristiwa menarik yang ku lalui...
separuh hari bersama MPP....

7.30 a.m - aku bingkas bangun dan berlari.. menuju ke cafe v2 lagi melaporkan diri.. awangku sampai awal sekali sampai dia pikir dia da di tinggalkan seorang diri padahal semua tak sampai lagi.. hahahaha...

8.00 a.m - nik, ang dan farouqi tak muncul lagi.. zila mula tak sedap hati... hahahaha.. kami pon sabar menanti di bawah pokok dengan sinaran mentari di pagi hari... sinar pagi kaya dengan vitamin E yang baik untuk kulit..

8.30 a.m - setelah semua melapor diri, 4 kereta berkonvoi ke destinasi.. di dahului dengan kancil pahe.. oppsss.. silap mercs pehe.. followed by 3 lagi kete iswara... kete iswara ni kete rasmi MPP.. sumer kete dak MPP 4 iswara 2 kancil aka mercs as a back up car.. ngeh3.. bertolak lah kami meninggalkan UTP.. mercs di naiki oleh ( farouqi, hasmadi, pehe dan syuhada aka pr nye SV) kete aizi di naiki oleh ( aizi, matpa, farhani dan zila yang jadi penumpang vip) kete ang di naiki oleh ( ang, nik, awangku penyeri hari) last kete amin di naiki oleh ( amin, martin, nazurah dan nadiah yang tengah sepi ='(...



8.45 a.m - kami topup minyak di taman maju.. masing-masing sibuk berlari- lari withdraw duit. perut kami berbunyi kerana belum di isi.. krooooooookk3x.. kami ingin meneruskan destinasi.. seat belt semua telah di pasang rapi.. but then singgah makan breakfast hanya di belakang stesen minyak.. weeeeee... kami makan dengan senang hati.. geng-geng bertiga bertambah-tambah sampai lupa diri... hahahaha... setelah perut sudah di isi.. kami berkonvoi menuju destinasi?? oppss.. luper plak nk gtaw awal.. hari ini kami ada family day MPP di ulu kenas...

9.25 a.m - perjalanan di terus kan.. kami melalui jalan belakang.. sampai di simpang parit kami pelik melihat gelagat penumpang seat belakang di kereta depan.. kami memecut menghampiri mercs itu.. apabila semakin hampir, rupa nya si pehe tgh syok amek gambar sendiri bersama twetty.. tak cukup dengan itu di suruh nye syuhada SV melakukan sesi photography dalam mercs.. kami pon beposing jugak la dari kereta belakang.. klu zoom 1000 x nampak kowt..
hahahaha... kami meneruskan perjalanan lagi.. belum pon sampai parit zila dan farhani telah pon separuh mati... mereka tido tak sedarkan diri... huhuhuhu... sian aku ngan aizi... tapi carta era penghibur hati..

10.30 a.m - kami sampai ke simpang untuk ke hutan lipur warisan ulu kenas.. namun begitu mercs di hadapan terus memecut laju ke bandar kuala kangsar?? kebingungan aku dan aizi??? kami pon menelefon kerana tak sedap hati.. ceyt.. rupa-rupanya nk pegi amek makanan di rumah member pehe.. kt kuala kangsar... bak kata pehe kate family day, kena la amek sama-sama laaa.. wink^^

11.00 a.m - ulu kenas kami jejaki juga akhirnya... modul pertama menghidupkn api.. semalam hujan lebat abis basah kayu api.. huhuhuhu.. aku dan awangku tak sabar-sabar nak mandi.. sebab tak mandi pagi lagi.. syhhhh... puas sudah kami berusaha menghidupkan api..

nik pula berdemonstrasi.. hidup!!! 2 x.. hidup api!! hahahaha... madi terus berusaha lagi.. hurmm.. modul kedua meniup tepung untuk mencari partner.. hasi tiupan ku ang jadi pasangan hati.. modul di teruskan dengan membina kapal kertas yang paling cepat sampai ke destinasi.. awangku dengan kapal terbaru zaman masa kini.. namun kapal kami dgn konsep moden dan tradisi kapal pertama mencecah garisan penamat yang di adili oleh matin.. yeayyyyy... kami membuat misi mencari kayu api.. aku, matin awangku menyeberangi air utk mencari kayu api di seberang sana.. padahal alasan nk turun mandi.. maka bergembira la kami bertiga.. survey dulu tempat yg tak berisiko utk mandi.. setelah di pastikan selamat.. kedebooomm!!! bunyi terjunan kami memecah alam yang sunyi sepi.. hehe...




12.00 p.m - apa sudah jadi pada unggun api?? kami bingkar naik dan berlari.. menuju tempat menghidupkan api.. tahniah kepada sumua kerana berjaya menghidupkan api.. terer nyer korang.. hahaha..



setelah ayam selamat di letakkan di atas para besi utk di bakar..

kami semua meneruskan misi kami.. keddeebooomm!! silih berganti... setelah puas mandi sebok pulak nk berphotograpi.. huhuhuhuhu...



kalau amek gambar dak2 ponpuan x cukup dgn hanya sekali.. syud, pehe, zila tak sepat senyum lagi.. farhani senyum x kering gusi.. nazurah sentiasa di sini nadiah yang masih sepi..

kenapa pulak exco 2 aku nih??? disini lah kekeliruan melanda diri.. tak tahu ape yang dah terjadi.. sehingga diri terasa sangat2 guilty..

12.30 p.m - kuyup dah kami bermandi.. timbul idea untuk membuat video demi matahari.. tapi malang sekali time tu jugak la out of memory.. x sempat pon abes rakam lagi.. tapi kami tetap puas hati..



tgh syok dan hepi2 muslimat2 panggil makan tengah hari.. kami makan besama satu family... selepas kenyang kami sambung terjun lagi... haih... x ingat dunia ke??? hahaha.. puas x der xtvt aku di tanam di dalam pasir.. cam tepi pantai lak.. ntah pape dak2 nih decorate body aku... uwaaaaaaaaaa...

pasrah.. badan dah mula ketar2.. jom balik... lets jom... igetsu..


1.30 p.m - penat sudah diri kami ini... huhuhuhuhu... kami mencari surau untuk menghadap Illahi.. tapi agak kurang selesa dengan keadaan surau di sini.. kami pon menghabiskan modul terakhir... mengomen member2 MPP.. hahahahahah.. kami gelak jahat.. sesi komen2 berakhir dalam setengah jam camtuh la.. byk la komen membina yang aku dapat dan banyak gak aku komen org.. hahahaha.. trmas utk komen2 tuh sumer...



2.00 p.m - haishhhhh kami tak solat lagi... vrooooomm.. memecut mencari masjid terdekat.. kami pulang 3 kereta iswara.. mercs yang di naiki farouqi awangku dan hasmadi menuju ke ipoh ada hal peribadi.. kami menyembah Allah di masjid ma'rifah.. selesai bersembahyang, kami pon pulang ke utp... belum pon sampai 5 kilometer lagi.. zila dan farhani tido lagi... lagi dan lagi... hahaahhaha.. aku pon maner ley jadi... jeles tak terperi.. sori aizi aku terjoin sekali... hahahaha...

4.30 p.m - sedari dari mimpi kami sudah di utp.. muslimat kt belakang masih mamai-mamai lagi.. aku pon turun kembali ke v4c.. huhuhuhuhu.. penatnyer... aizi pm kad matric tertinggal lam kete.. esok2 je la aku amek.. rehat la sekejap..

5.00 p.m - bru sahaja nak membaringkan diri.. baru sedar ada hal tak setel lagi.. haih... aku mula menyingkap kekeliruan yang melanda diri.. akhir nya aku mendapat berita yang pasti.. ingin ku jerit to say i am sory.. tapi tak siapa yang dengari jeritan hati ini.. huhuhuhu.. mintak maaf semua atas kelemahan diri.. ini semua takdir Illahi... medical checkup semalam rupanya pencetus kontroversi.. ketika itu plak hp ku abes batri.. mintak maaf sekali lagi... especially to MAS welfare department.. aku tak sangka keadaan jadi macam ini.. tapi jangan la salahkan orang lain.. ayuh kita salahkan diri sendiri.. bak pesan kak sulfa mungkin sebab hubungan dengan Illahi.. Astaghfirullahhalazim ya Allah.. ampunkan kami jika dosa kami selama ini penyebab untuk semua ini.. kami redha..


7.00 p.m - syok nyer aku buat senaman jari.. sudah la tuh bersiap ke rumah Illahi.. sekian sahaja diari untuk hari ini.. untuk malam nih x sempat sebab jadual tak siap lagi.. ada hal yang lagi mustahak.. semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini....

sekian sahaja yang ternukil...



p/s: thumbsup to PR aka typo!!
hepi bersama dgn kamu sumer MPP members..
(farouqi, nik, zila, syuhada, hasmadi, matpa, nadiah, awangku, nazurah, matin, pehe, aizi, ang, farhani, dan amin..)
x cukup syarat plak apis, kylie, amir hamzah, mosab huhuhuhu...
len kali kita plak suh pr organize family day lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...