Hati ini menangis lagi....
Tatkala takbir bergema,
Hati ku sayu tidak terkata,
Wajah mu ayah dan juga bonda,
Tak pernah lekang terbayang dimata...
Maafkan daku duhai ayahanda,
Maafkan daku duhai ibunda,
Bukan kehendakku tak dapat bersama,
Untuk meraikan hari yang bahgia...
Betapa hati ini luka,
Rindukan insan yang amat ku cinta,
Tapi tiada dapat ku berdaya,
Kita berjauhan kerana yang Esa..
Menangis lagi hati ini.....
Tatkala merenung kebesaran yang Esa,
Yang luas terbentang di depan mata,
Betapa kecilnya pengorbanan terdaya,
Jika dibandingkan Anbiya' tercinta...
Ampunkan daku duhai Pencipta,
Ampunkan daku yang begitu hina,
Kerana sering utamakan dunia,
Sehingga alpa misi akhirat sana....
Mengalir juga air mata ini,
Tanpa kusedari membasahi pipi,
Duhai Tuhanku Allahu Ya Rabbi,
Kurniakan ketabahan pada hamba mu ini....
Hati ini menangis lagi.....
Di mana teman yang selama ini,
Dikala ku berduka senantiasa di sisi,
Begitulah kesilapan tafsiran hati,
Sedangkan Allah tak pernah menjauhi...
Maafkan daku Allahu Ya Rabbi,
Ampunkan daku Ya Illahi,
Keredhaan dariMu yang ku cari,
Semoga al-Adn pengakhiran destinasi....
7 comments:
SaLAM.
wah, sdey je baca sajak tue..
sob2.. xpe2, sabar matpa.. he2..
aik.. kate aritu xnak sdeh2..
"hidup ini mesti enj0y"
ni apsal sdeh2 nie?? ~_~
salam Pa..
cam knal je sejid tu!!
sejid Kg. Laut!!!
haha
-salam maal hijrah 1430-
hohohohoho.... gambar nih di ambil dari tingkap umoh sy la nih..
klu ada masa mari r dumoh...
ermm ni nukilan wat sendirikk ke amekk mane?? bestt sungguh~
amek dari kayangan...
huhuhuhuhu...
o0o...
duk dpn sejid tu je..
bereh la pahni..
leh dh g umah matpa..
Post a Comment