Tuesday, February 15, 2011

Ayuh Meningkatkan Kualiti Diri dengan Solat Sunat

SOLAT SUNAT AWWABIN

Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.

Fadhilat Solat Awwabin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى
بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;

Ertinya :
Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin

a) Pada dua rakaat yang pertama

أصَلِّي سُنَّةَ حِفْظِ الِإيْمَانِ مَعَ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)

Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat

1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali

selepas itu beri salam, baca doa ini..

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ إِيْمَانِي فِي حَيَاتِي وَعِنْدَ مَمَاتِي وَبَعْدَ مَمَاتِي، فَاحْفَظْهُ عَلَيَّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِير


Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,
semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

b) Pada dua rakaat yang kedua

أصَلِّي سُنَّةَ َ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

c) Pada dua rakaat yang ketiga

أصَلِّي سُنَّةَ الأَوَّابِينَ مَعَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.


SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.

FARDHU

SEBELUM

HUKUM

SELEPAS

HUKUM

Subuh 2 rakaat Muakkat Tiada Tiada
Zohor @ Jumaat 4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat 4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat
Asar 4 rakaat Tidak Muakkat Tiada sembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari)
Maghrib 2 rakaat Tidak Muakkat 2 rakaat Muakkat
Isyak 2 rakaat tidak Muakkat 2 rakaat Muakkat

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ

حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu 4 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.

NIAT SOLAT RAWATIB

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.


أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala.

SOLAT SUNAT HAJAT

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

NIAT SOLAT HAJAT

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.


Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.

سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.

ٍ

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.

Doa Solat Istikharah

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

عَنْ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ

Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap "Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah." Kemudian mengatakan ""Ya Allah Ampunkan Kami" atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima. Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Syaitan akan mengikat kamu dengan 3 simpulan pada belakang kepala ketika kamu tidur, Pada setiap simbpul dia berkata : Malam masih panjang, maka teruskan tidurmu. Apabila seseorang itu bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah satu simpul. Apabila dia berwuduk, terlepas pula simpul kedua, apabila dia mengerjakan solat, maka terlepas pula simpul yang ketiga. Dan pada pagi harinya (Subuh) dia akan bangun dengan penuh semangat dan dalam keadaan hati yang baik; sebaliknya, jika dia tidak melakukan perkara tersebut (mengingati Allah, berwuduk dan solat malam), dia akan bangun pagi dalam keadaan hati yang buruk dan malas. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.



Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud


أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala

عَنْ طَاوُسٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Dari Thaus, beliau mendengar Ibnu Abbas RA berkata bahawa setiap kali Rasulullah SAW bangun pada malam hari untuk solat Tahajjud, Rasulullah SAW mengucapkan : Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerajaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu adalah benar, dan nabi Muhammad saw, adalah benar, dan saat hari kiamat itu adalah benar, ya Allah, kepadaMulah kami menyerah diri, kepadaMulah kami beriman, kepadaMulah kami bertawakkal, kepadaMulah kami bertaubat, Dengan pertolonganMulah kami membantah (orang kafir), kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah." Hadis riwayat Bukhari.

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى
الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

SOLAT SUNAT TASBIH

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلَا أُعْطِيكَ أَلَا أَمْنَحُكَ أَلَا أَحْبُوكَ أَلَا أَفْعَلُ بِكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ خَطَأَهُ وَعَمْدَهُ صَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ سِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ عَشْرَ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ وَأَنْتَ قَائِمٌ قُلْتَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ ذَلِكَ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً
رواه أبو داود و إبن ماجه

Bacaan tasbih itu ialah :

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"

Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih

Niat Solat Tasbih

أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah

1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas

Doa Sunat Sembahyang Tasbih





"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau
. Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ



Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."


SOLAT SUNAT ISTISQA'

Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau yang panjang. Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas.

Tindakan yang perlu dilakukan ialah :

1. Puasa selama tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.

3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

NIATNYA

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT ISTISTIQA’


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ


. لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً وَبَلَاغًا إِلَى حِينٍ

“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama. Riwayat Abu Daud.

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami” Riwayat Muslim

اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

“Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat” Riwayat Abu Daud.

اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهِيمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati”
Riwayat Malik dan Abu Daud.


SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.

Lafaz Niat

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ

. فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had

لَا حَوْلَوَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيم
ِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat


أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Ya Allah Engkau Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau , Engkaulah yang
menjadikan aku , dan aku adalah hamba-Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu
sekemampuan-Ku, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku
kembali kepada-Mu dengan nikmat yang telah Engkau berikan. Aku kembali kepada-
Mu dengan dosa, maka mapunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang bisa
mengampuni dosa kecuali Engkau.

Percaturan Politik Syaitan



Iblis: Hai, Tuhanku telah Engkau laknat akan daku & telah Engkau keluarkan aku dari dalam syurga & telah Engkau jadikan Aku daripada syaitan yang dilontar & dicela, padahal kepada Bani Adam tlah engkau bangkitkn para rasul,maka SiapaKah Rasul2ku?
Allah S.W.T:Rasul2mu ialah tukang tenung.

Iblis: Apakah kitab-kitab ku?
Allah S.W.T: Wasyam yakni hikayat atau dongengan.

Iblis: Apakah hadisku?
Allah S.W.T: Hadismu ialah dusta.

Iblis: Apakah bacaanku?
Allah S.W.T: bacaan mu ialah syair.

Iblis: Siapakah tukang azan(mu'azzin) Ku?
Allah S.W.T: Mu'azzinmu ialah seruling,serunai.

Iblis: Apakah rumahku?
Allah S.W.T: Rumahmu Ialah tandas.

Iblis: Apakah Masjid Ku?
Allah S.W.T: Masjid mu ialah pasar(pekan)

Iblis: Apakah makanan Ku?
Allah S.W.T: Makanan Mu ialah Tidak dibaca degan bismillah.

Iblis: Apakah minumanKu?
Allah S.W.T: Minuman mu ialah minuman yang memabukkan.

Iblis: Siapakah Jaring Ku?
Allah S.W.T: Jaring mu ialah Perempuan.


source:40 SENJATA IBLIS BESERTA BALA TENTERANYA-Abu ahmad Yasin-

Sunday, February 13, 2011

TAFSIR FI ZILALIL QURAN (Al-Baqarah:208:209)

TAFSIR FI ZILALIL QURAN

“Di bawah bayangan Al-Quran”

Al-Baqarah (Ayat 208 – 209)

Di bawah bayangan dua lukisan yang menggambarkan contoh nifaq yang jahat dan contoh iman yang bersih ini, ayat-ayat yang berikut menyeru kaum Muslimin dengan sifat iman, iaitu sifat mereka yang dikenali umum supaya masuk ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa mereka, dan supaya berwaspada dari mengikut jejak syaitan serta mengingatkan mereka dari tergelincir setelah mereka mendapat penerangan yang jelas:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa kamu dan janganlah kamu menurut jejak syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang amat nyata.” (Al-Baqarah:208)

“Oleh itu jika kamu tergelincir juga setelah datang kepada kamu keterangan-keterangan yang jelas, maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah:209)

Itulah seruan kepada orang-orang Mu’min dengan nama keimanan iaitu seruan dengan sifat yang disukai mereka dan membezakan mereka, sifat yang menghubungkan mereka dengan Allah yang menyeru mereka agar seluruh mereka masuk ke dalam kedamaian.

Maksud pertama dari seruan ini ialah supaya orang-orang Mu’min menyerah seluruh jiwa raga mereka kepada Allah dan menyerah segala urusan mereka sama ada kecil atau besar kepada Allah. Mereka hendaklah menyerah secara mutlak kepada Allah tanpa meninggalkan sesuatu yang sumbang sama ada berupa fikiran atan perasaan, niat atau tindakan, kegemaran atau ketakutan yang tidak tunduk kepada Allah dan tidak redha dengan ketetapan dan keputusan-Nya. Mereka hendaklah memberi keta’atan dan kepatuhan kepada Allah dengan penuh keyakinan dan kerelaan. Mereka hendaklah menyerah diri mereka kepada qudrat Ilahi yang memimpin langkah-langkah mereka dengan keyakinan bahawa Allah mahukan mereka mendapat kebaikan, pengajaran dan petunjuk, dan dengan keyakinan bahawa mereka sedang menuju ke jalan dan kesudahan yang baik dunia dan Akhirat.

Penujuan da’wah yang seperti ini kepada orang-orang yang beriman itu membayangkan bahawa di sana ada orang-orang yang masih teragak- agak untuk memberi ketaatan dan kepatuhan yang mutlak kepada Allah sama ada di dalam sulit atau di dalam terang. Wujudnya orang-orang yang seumpama ini di dalam masyarakat Islam di samping golongan orang-orang yang penuh yakin dan redha itu memanglah suatu perkara yang biasa. Da’wah ini adalah ditujukan setiap masa kepada orang-orang yang beriman supaya mereka sentiasa ikhlas kepada Allah, dan supaya aliran fikiran dan perasaan mereka ini selaras dengan kehendak Allah terhadap mereka dan selaras dengan matlamat yang dipimpin oleh nabi dan agama mereka tanpa digugatkan oleh sebarang keraguan dan keteragakan.

Apabila seseorang Islam menyambut da’wah itu dengan sambutan yang seperti itu bererti ia memasuki sebuah alam yang seluruhnya diselubungi kedamaian dan keamanan, sebuah alam yang seluruhnya dipenuhi kepercayaan dan keyakinan, kerelaan dan kemantapan, di mana tidak terdapat lagi sebarang kerunsingan dan kegelisahan, sebarang kedurhakaan dan kesesatan, iaitu kedamaian dengan jiwa dan hati nurani sendiri, kedamaian dengan akal dan logik, kedamaian dengan manusia dan makhluk-makhluk yang hidup, kedamaian dengan seluruh alam buana dan seluruh yang maujud, kedamaian dan keimanan yang menerangi liku-liku hati nurani, kedamaian dan keamanan yang memayungi kehidupan dan masyarakat, kedamaian dan keamanan di bumi dan di langit.

Kesan pertama yang dilimpahkan oleh kedamaian ini di dalam hati ialah kesahihan kefahaman dan kepercayaannya terhadap Allah, juga kejelasan dan kemudahan kefahaman dan kepercayaan itu sendiri bahawa Allah Tuhan Yang Maha Esa dan setiap Muslim hanya bertawajjuh kepada- Nya sahaja dengan hati yang teguh dan yakin. Hatinya bulat kepada Allah tanpa dikelirukan oleh berbagai-bagai kepercayaan yang lain. Ia tidak diburu oleh berbagai-bagai tuhan di sana sini seperti di dalam kepercayaan- kepercayaan paganisme dan jahiliyah. Ia hanya bertuhan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan hanya kepada Allah ia membulatkan hatinya dengan penuh keyakinan, ketenteraman, terang dan jelas.

Allah Maha Kuat, Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Gagah. Setiap Muslim yang bertawajjuh kepada Allah bererti ia bertawajjuh kepada kekuatan dan kuasa yang haqiqi dan tunggal di alam al-wujud ini. Ia tidak lagi takut kepada segala kekuatan dan kuasa lain yang palsu. Dia benar-benar merasa tenteram dan senang hati. Ia tidak lagi takut kepada sesiapa dan kepada sesuatu apa kerana ia menyembah Allah yang Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Gagah. Ia tidak lagi bimbang kehilangan sesuatu dan tidak mengharapkan sesuatu pada yang lain dari Allah yang berkuasa menahan dan memberi.

Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Kekuatan dan kudrat kuasaNya menghindarkannya dari kezaliman, dari hawa nafsu dan penganiayaan. Allah tidak sama dengan tuhan-tuhan di dalam kepercayaan-kepercayaan paganisme dan jahiliyah yang mempunyai berbagai-bagai keinginan dan kehendak hawa nafsu. Setiap Muslim yang berlindung pada Allah bererti ia telah berlindung pada satu kuasa Yang Maha Kuat, di mana ia boleh meni’mati keadilan, pembelaan dan keamanan.

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Pemberi dan Pengurnia segala ni’mat, Pengampun dosa dan Penerima taubat. Dialah yang menyambut do’a orang yang berada di dalam kesusahan dan menghapuskan kesusahan itu apabila ia memohon kepada-Nya. Oleh itu setiap Muslim yang berada di bawah naungan-Nya merasa aman, tenteram, selamat dan beruntung. Ia diberi rahmat apabila lemah dan diberi keampunan apabila bertaubat.

Demikianlah tanggapan seseorang Muslim terhadap sifat-sifat Allah yang telah diajarkan oleh Islam kepadanya. Ia dapati dalam setiap sifat Allah itu hakikat-hakikat yang mententeramkan hatinya, menenangkan jiwanya dan menjamin perlindungan, rahmat kasihan belas, kekuatan dan keteguhan, kemantapan dan kedamaian.

Demikianlah hati seseorang Muslim dilimpahi kedamaian yang terbit dari kesahihan kepercayaan dan kefahamannya terhadap hubungan yang wujud di antara hamba dan Allah, di antara Allah dan alam buana, di antara alam buana dan manusia. Allah telah menciptakan alam buana ini dengan hikmat yang benar dan Ia telah menciptakan segala makhluk di alam buana ini dengan takdir yang rapi dan kebijaksanaan. Manusia adalah diciptakan dengan sengaja dan tidak akan dibiarkan sia-sia sahaja. Segala suasana dan keadaan alam yang sesuai dengan kewujudannya telah disediakan untuknya. Segala kejadian yang ada di bumi ini telah diciptakan untuk faedah dan kepentingannya. Ia dipandang tinggi di sisi Allah dan dialah khalifah Allah di bumi ini dan Allahlah yang menolongnya dalam melaksanakan tugas khilafah ini. Alam buana di sekelilingnya menjadi sahabat baiknya. Rohnya berpaut dengan roh alam buana apabila kedua-duanya bertawajjuh kepada Allah. Ia diundang menyaksikan pameran Ilahi yang diadakan di langit dan di bumi supaya ia meni’matinya dan bermesra dengannya dengan sepenuh mata dan hati. Ia diseru supaya berhubung mesra dengan segala sesuatu dan segala yang hidup di alam buana yang besar ini, yang penuh dengan sahabat handai yang juga turut diundang untuk menyaksikan pameran itu dan seluruh mereka turut membentuk pameran itu.

Agama yang membuat penganutnya berdiri di hadapan tumbuh- tumbuhan yang kecil dan menyarankan bahawa dia akan mendapat pahala apabila dia menyiram tumbuhan-tumbuhan itu dan berusaha supaya subur dan menghapuskan segala sesuatu yang menghalangi kesuburannya, adalah satu agama yang sungguh indah dan sungguh mulia yang mencurahkan kedamaian di dalam rohnya dan membebaskan rohnya berpeluk dengan alam buana dan berpeluk dengan segala makhluk yang ada, dan menyebarkan suasana aman, mesra, kasih sayang dan damai di sekeliling alam buana.

Kepercayaan kepada hari Akhirat menunaikan peranan asasinya dalam melimpahkan kedamaian keatas jiwa seseorang Mu’min dan alamnya, dan menghapuskan perasaan keluh kesah, bosan dan putus asa. Kira-kira penghabisan tidak dibuat di bumi ini dan balasan yang sempurna juga tidak dibuat di dunia ini. Kira-kira penghabisan akan diadakan di Akhirat, dan keadilan yang mutlak tetap terjamin di dalam kira-kira ini. Oleh sebab itu seseorang Mu’min tidak merasa menyesal terhadap usaha-usaha kebajikan dan terhadap jihadnya demi kepentingan agama Allah andainya usaha dan jihadnya itu tidak berjaya di bumi ini, dan andainya ia tidak pernah mendapat apa-apa balasannya dia tidak merasa gelisah terhadap upah dan ganjaran kerjanya jika upah dan ganjaran itu tidak diberi dengan sempurna di dunia ini mengikut penilaian-penilaian manusia, kerana dia yakin bahawa upah dan ganjaran itu akan disempurnakan kepadanya mengikut neraca pertimbangan Allah. Dia tidak merasa berputus asa dari mendapat keadilan apabila habuan-habuan kebaikan itu dibahagi-bahagikan bertentangan dengan kehendaknya dalam perjalanan hidup yang pendek ini. Keadilan pasti wujud kerana Allah tidak sekali-kali mahu menzalimi hamba-hamba- Nya.

Kepercayaan kepada hari Akhirat juga merupakan tembok yang menghalangkan pertarungan gila-gilaan dan pertentangan yang sengit, di mana nilai-nilai dan kehormatan-kehormatan dipijak-pijak tanpa segan silu, kerana di Akhirat manusia akan mendapat pemberian dan pengurniaan yang cukup dan akan mendapat pampasan terhadap hak-haknya yang terluput di dunia. Kepercayaan yang seperti ini dapat mencurahkan rasa damai di medan perlumbaan dan pertandingan, dan dapat menyalutkan suasana budi bahasa dan bersopan santun ke atas gerak-geri atau tindak-tanduk para peserta dalam perlumbaan dan pertandingan itu. Ia dapat mengurangkan kegelojohan dan kerakusan yang terbit dari perasaan bahawa peluang yang wujud di dalam usia yang pendek ini merupakan satu-satunya peluang yang terbuka kepadanya.

Seseorang Mu’min yang mengetahui bahawa matlamat kewujudan manusia ialah beribadat kepada Allah, iaitu ia diciptakan untuk mengabdikan dirinya kepada Allah, maka kesedaran yang seperti ini tidak syak lagi dapat mengangkatkannya ke puncak yang gemilang, iaitu ia meningkatkan perasaan dan hati nuraninya, meningkatkan kegiatan dan pekerjaannya, membersihkan cara-cara dan alat-alat pekerjaannya, kerana dia mahu berbakti kepada Allah dengan kegiatan dan pekerjaannya. Dia mahu beribadat kepada Allah dengan pendapatan dan perbelanjaannya dan dia mahu mengabdikan dirinya kepada Allah dengan kerja-kerja memerintah dan mentadbir di bumi dan menegakkan agama Allah. Oleh sebab itulah ia tidak seharusnya melakukan pengkhianatan dan penipuan, tidak seharusnya berlagak angkuh dan bertindak sewenang-wenang dan tidak seharusnya menggunakan cara-cara yang kotor dan hina. Begitu juga ia tidak seharusnya bertindak gopoh, memotong-motong jalan dan memayah-mayahkan kerja, kerana ia tetap akan sampai ke matlamat ibadatnya dengan niatnya yang ikhlas dan amalannya yang tekun dalam batas kemampuannya. Semuanya ini akan membuat dirinya tidak lagi dilambung-lambung oleh berbagai-bagai kebimbangan dan tamak haloba, dan tidak lagi dikongkong oleh kegelisahan- kegelisahan di mana-mana peringkat perjalanan hidupnya kerana dia beribadat pada setiap langkah yang dihayuni dan melaksanakan matlamat kewujudannya pada setiap mundar-mandirnya, dan dia mendaki menuju kepada Allah pada setiap kegiatan dan pada setiap bidang.

Seseorang Mu’min yang merasa bahawa dia berjalan dengan takdir Allah dan hidup dengan dengan keta’atan kepada Allah untuk melaksanakan iradat Allah, maka perasaan ini akan mencurahkan rasa ketenteraman, kedamaian dan kemantapan di dalam jiwanya. Dia dapat meneruskan perjalanannya tanpa digugatkan oleh rasa keseksaan dan keluh-kesah, rasa bosan dan marah apabila menghadapi halangan-halangan dan kesulitan, rasa putus harapan dari mendapat pertolongan, rasa takut kesesatan jalan atau rasa takut dari kehilangan balasan dan ganjaran. Oleh sebab itulah dia merasa begitu damai dan aman dalam jiwanya sehingga di saat-saat ia memerangi musuh-musuh Allah dan musuh musuhnya, kerana dia berperang kerana Allah, kerana sabilillah dan kerana meninggikan agama Allah. Dia bukannya berperang kerana mengejar kedudukan dan keuntungan atau kerana memuaskan keinginan atau kerana harta kekayaan dan kesenangan hidup dunia.

Seseorang Mu’min juga merasa bahawa dia berjalan seiringan dengan alam buana mengikut Sunnatullah. Undang-undang yang dipatuhinya ialah undang-undang yang dipatuhi oleh alam buana, dan arah yang ditujuinya ialah arah yang ditujui alam buana. Di sana tidak ada sebarang pertentangan dan permusuhan di antara dia dengan alam buana, tidak ada sebarang pembaziran kerja dan tenaga. Seluruh kekuatan alam buana bergabung dengan kekuatannya dan berpedoman dengan nur hidayat Allah yang menjadi pedomannya, serta sama-sama bertawajjuh kepada Allah yang juga menjadi matlamat tawajjuhnya.

Taklif-taklif yang diwajibkan ke atas setiap Muslim itu adalah taklif- taklif yang sesuai dengan fitrah manusia dan bertujuan untuk membetulkan fitrah itu. Taklif-taklif itu tidak melampaui batas kemampuan manusia dan tidak mengabaikan tabiat dan struktur kejadiannya. Ia tidak mensia-siakan mana-mana tenaga manusia, malah setiap tenaga dibebaskan bekerja, membena dan menyubur. Ia tidak melupakan mana-mana keperluan jasmani dan ruhani manusia malah ia memenuhi setiap keperluannya dengan mudah, toleransi dan mewah. Oleh sebab itu seseorang Mu’min tidak merasa bingung dan keluh kesah dalam melaksanakan taklif-taklif yang diwajibkan ke atasnya. Ia memikul taklif-taklif mengikut keupayaan dan kemampuannya dan meneruskan perjalanannya menuju Allah dengan tenang, tenteram dan aman damai.

Masyarakat yang diwujudkan oleh sistem hidup Rabbani ini dan hidup di bawah naungan peraturan-peraturan yang melahirkan ‘aqidah yang indah ini di samping jaminan-jaminannya terhadap keselamatan jiwa, maruah dan harta benda adalah semuanya memain peranan mengembangkan kedamaian dan menyebarkan semangat keamanan.

Masyarakat yang berkasih sayang, bersatu padu, bertakaful dan seimbang yang telah diwujudkan sekali oleh Islam dengan bentuknya yang paling tinggi dan bersih, kemudian terus mewujudkannya dengan berbagai- bagai bentuk di dalam berbagai-bagai zaman yang berbeza-beza darjah kebersihannya, tetapi pada keseluruhannya ia masih merupakan satu masyarakat yang lebih baik dari segala masyarakat yang lain yang dibentuk oleh jahiliyah dahulu dan sekarang, dan lebih baik dari segala masyarakat yang dicemari oleh jahiliyah dengan kepercayaan-kepercayaan dan peraturan-peraturan keduniaannya.

Masyarakat ini hanya diikat oleh seutas tali hubungan sahaja, iaitu tali hubungan di mana leburnya hubungan-hubungan bangsa dan negara, bahasa dan warna dan segala hubungan sementara yang lain, yang tidak ada hubungan dengan hakikat insan.

Masyarakat ini ialah masyarakat yang mematuhi perintah Allah yang menyarankan:

“Sesungguhnya orang-orang Mu’min itu saudara.” (Surah al-Hujurat: 10.)

Ia juga sebuah masyarakat yang melihat bentuknya yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya:

“Bandingan perpaduan orang-orang Mu’min dalam hubungan saling mesra mereka, hubungan saling kasih dan saling simpati mereka sama dengan perpaduan sebuah jasad, jika mana-mana satu anggotanya sakit, maka seluruh jasad akan berjaga dan mengidap demam kerananya.”

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim)

Masyarakat ini mempunyai peradaban-peradabannya di antaranya ialah:

“Dan apabila kamu diberi ucapan salam maka jawablah ucapan itu dengan ucapan yang lebih baik darinya atau balaskannya dengan ucapan yang sama.” (Surah an-Nisa: 86.)

“Dan janganlah engkau palingkan pipi engkau dari manusia (kerana takbur) dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan lagak yang angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri.” (Surah Luqman: 18.)

“Tolakkanlah perbuatan yang jahat itu dengan perbuatan yang lebih baik nescaya orang yang ada perseteruan di antara engkau dan dia akan menjadi baik seolah-olah teman yang amat setia.” (Surah Fussilat: 34.)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum menghinakan satu kaum yang lain kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu lebih baik dari kaum yang menghina dan janganlah pula wanita-wanita menghinakan wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita yang dihinakan itu lebih baik dari wanita-wanita yang menghina. Dan janganlah kamu mengaibkan diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu memanggil di antara kamu dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama ialah nama fasik sesudah seseorang itu beriman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat: 11.)

“Dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Apakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Sudah tentulah kamu jijikkannya. Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat dan Maha Pengasih.”

(Surah al-Hujurat: 12.)

Masyarakat ini mempunyai jaminan-jaminan di antaranya ialah

“Wahai orang yang beriman jika seorang yang fasik datang menemui kamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah (kebenarannya) kerana dikhuatiri kamu mengenakan tindakan yang buruk terhadap sesuatu kaum dengan kejahilan dan menyebabkan kamu menyesal terhadap tindakan yang telah dilakukan kamu.” (Surah al-Hujurat: 6.)

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan prasangka kerana setengah setengah prasangka itu berdosa. Dan janganlah kamu mengintip (mencari keaiban orang lain).” (Surah al-Hujurat: 12.)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah- rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu lebih dahulu meminta izin dan memberi salam kepada penghuni-penghuninya.” (Surah an-Nur: 27.)

dan…….

-

نﺎﺨﻴﺸﻟاو ﻚﻟﺎﻣ ﻪﺟﺮﺧا

-“Setiap Muslim terhadap satu sama lain diharamkan darahnya,

kehormatannya dan harta bendanya.”

Masyarakat ini adalah masyarakat yang bersih. Di dalam masyarakat ini kejahatan seks tidak berkembang, kegiatan-kegiatan yang membangkitkan hawa nafsu berahi tidak berleluasa, perbuatan mendedahkan tubuh dan hiasan tidak tersebar, biji-biji mata tidak berkeliaran memandang aurat, nafsu-nafsu keinginan tidak galak menceroboh kehormatan-kehormatan, kegilaan seks dan kerakusan nafsu darah dan daging tidak terlepas bebas seperti di dalam masyarakat-masyarakat jahiliyah dahulu dan sekarang.

Masyarakat ini sentiasa dibimbing oleh berbagai-bagai arahan Rabbaniyah. Ia

sentiasa mematuhi perintah Allah S.W.T. yang berbunyi:

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin supaya tersebarnya kejahatan seks yang keji itu di kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan memperolehi azab yang amat pedih di dunia dan di Akhirat. Dan Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nur: 19.)

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatkanlah setiap orang dan keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi perasaan kasihan belas terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat. Dan hendaklah penyeksaan keduanya disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur: 2.)

“Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan mohsan (dengan tuduhan berzina) kemudian mereka tidak dapat membawa empat orang saksi, maka sebatkanlah mereka delapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka untuk selama-lamanya dan merekalah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur: 4.)

“(Wahai Muhammad) katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya mereka menahan mata mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara anggota kelamin mereka. Itulah cara yang lebih bersih kepada kamu. Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui segala apa yang dibuat oleh kamu.” (Surah an-Nur: 30.)

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan mata mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara anggota kelamin mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka melainkan mana-mana bahagian yang ternampak darinya sahaja dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan kain kelubung mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak-anak kepada saudara-saudara lelaki mereka atau anak- anak kepada saudara-saudara perempuan mereka atau perempuan- perempuan Islam sesama mereka atau hamba-hamba yang dimilik mereka atau pembantu-pembantu rumah dan lelaki-lelaki yang tidak mempunyai keinginan atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat-aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka (dengan tujuan) supaya diketahui orang apa sahaja perhiasan yang disembunyikan mereka, dan hendaklah kamu sekalian bertaubat kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu mendapat keberuntungan.” (Surah an-Nur: 31.)

Dalam masyarakat ini isteri-isteri nabi sendiri - selaku isteri yang paling suci yang hidup di rumah yang paling suci dan di zaman yang paling suci - diberi perintah yang sama:

“Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain jika kamu bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu bersikap tunduk semasa bercakap-cakap (dengan lelaki asing) hingga menimbulkan keinginan orang yang mempunyai penyakit di dalam hatinya dan bercakaplah di dalam perkara yang baik.” (Surah al-Ahzab: 32.)

“Dan tetaplah di rumah kamu dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti pendedahan (wanita-wanita) di zaman jahiliyah dahulu. Dan dirikanlah solat serta keluarkan zakat dan ta’atlah kepada Allah dan Rasul Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara perkara yang boleh mencemarkan dari kamu wahai Ahlil Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (Surah al-Ahzab: 33.)

Di dalam masyarakat yang seperti ini isteri merasa aman terhadap suaminya dan suami merasa aman terhadap isterinya, dan sekalian wali-wali merasa aman terhadap kehormatan-kehormatan dan maruah-maruah mereka, dan seluruh orang merasa aman terhadap saraf dan hati mereka, kerana mata mereka tidak terlihat pemandangan-pemandangan yang menimbulkan nafsu berahi, dan mata mereka tidak menarik hati mereka melakukan perbuatan-perbuatan haram, iaitu melakukan pengkhianatan suami isteri yang bertimbal-balik ketika itu atau hidup dengan keinginan- keinginan nafsu yang tertekan dan menderita penyakit-penyakit jiwa dan kemeranaan saraf. Masyarakat Islam yang bersih dan suci akan terus aman dan tenang di bawah kebebasan sayap-sayap kedamaian, kesucian dan keamanan.

Akhir kata, masyarakat Islam menjamin kerja dan rezeki kepada setiap yang berdaya. Ia menjamin hidup yang baik kepada setiap yang lemah, dan menjamin isteri yang salih kepada setiap orang yang ingin hidup dengan nafsu yang bersih dan terkawal. Ia menganggapkan setiap orang yang hidup di dalam masyarakat sebagai bertanggungjawab dari segi kanun jenayah andainya ada seseorang yang mati kelaparan di dalam kalangan mereka, sehingga ada setengah-setengah ahli perundangan Islam berpendapat supaya mereka dikenakan denda membayar diyah.

Masyarakat Islam menjamin kebebasan dan keselamatan kehormatan, maruah dan harta benda dengan kekuatan undang-undang setelah dijamin dengan perintah-perintah dan arahan-arahan Allah yang pasti dipatuhi. Dalam masyarakat Islam tiada siapa yang boleh dihukum dengan prasangka. Tiada siapa yang boleh memanjat rumahnya kerana mencari rahsia Tiada siapa yang boleh diintip oleh pengintip rahsia. Tiada darah yang tumpah sia- sia selagi ada undang-undang qisas, dan tiada seorang pun yang kehilangan harta kerana dicuri atau dirompak selagi ada undang-undang hudud.

Masyarakat Islam ditegakkan di atas dasar syura, nasihat dan saling membantu di samping ditegakkan di atas dasar persamaan dan keadilan yang tegas, yang membuat seseorang itu merasa haknya terjamin dengan kekuatan syari’at Allah bukannya dengan kehendak pemerintah, kehendak pembesar-pembesar yang berada di sekeliling pemerintah dan kehendak kaum kerabat seorang pembesar.

Akhir kata masyarakat Islam adalah satu-satunya masyarakat di antara seluruh masyarakat manusia yang lain yang membuat manusia tidak tunduk kepada sesama manusia, malah setiap orang, baik pemerintah mahu pun rakyat wajib tunduk kepada Allah dan syariat belaka dan wajib melaksanakan hukum Allah dan syari’at-Nya. Seluruh mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di hadapan Allah Tuhan semesta alam, pemerintah yang paling adil dengan penuh ketenteraman, kepercayaan dan keyakinan.

Semuanya ini merupakan sebahagian dari makna-makna kedamaian yang diisyaratkan ayat ini, iaitu ayat yang menyeru umat manusia supaya memasuki dalam kedamaian agar mereka menyerahkan seluruh jiwa raga mereka kepada Allah, tiada satu pun yang pulang kepada mereka, malah semuanya pulang kepada Allah belaka dengan penuh kepatuhan dan penyerahan.

Makna kedamaian ini tidak dapat difahami dengan kefahaman yang sebenar oleh orang yang tidak pernah mengetahui bagaimana hebatnya kebingungan dan kegelisahan itu berleluasa dan berkecamuk di dalam jiwa yang tidak mendapat ketenangan iman, dan berkecamuk di dalam masyarakat-masyarakat yang tidak mengenal Islam atau pernah mengenal Islam kemudian meninggalkannya kerana kembali kepada jahiliyah yang memakai berbagai-bagai nama di sepanjang zaman. Inilah masyarakat- masyarakat yang malang dan berada di dalam kebingungan walaupun ia mempunyai segala sesuatu yang dapat memberikan kemewahan kebendaan, kemajuan ketamadunan dan seluruh nilai-nilai kemajuan mengikut tradisi jahiliyah yang menganut kepercayaan-kepercayaan yang sesat dan berpedomankan neraca-neraca yang rosak.

Cukuplah kepada kita merenungi satu contoh yang telah berlaku di sebuah negeri yang dianggap sebagai sebuah negeri yang paling maju di seluruh dunia, iaitu negeri ‘Sweden’ di mana habuan sabsidi yang diberikan kepada setiap seorang rakyat dan jumlah pendapatan kebangsaan ialah menyamai lima ratus paun setahun, dan di mana setiap orang diberi perlindungan kesihatan dan bantuan-bantuan sakit percuma di samping perubatan-perubatan percuma di hospital-hospital. Ia juga diberi pelajaran percuma di semua peringkat pelajaran di samping disediakan bantuan- bantuan pakaian dan pinjaman-pinjaman kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Kerajaan juga memberi sabsidi perkahwinan kira-kira tiga ratus paun untuk menyiapkan rumahtangga di samping berbagai-bagai kemewahan kebendaan dan ketamadunan yang menarik.

Tetapi apakah yang ada di sebalik kemewahan kebendaan, ketamadunan dan kekosongan hati dari keimanan kepada Allah itu? Umat Sweden merupakan satu umat yang terancam dengan keputusan keturunan. Jumlah kelahiran zuriat di kalangan mereka terus menurun dengan sebab kebebasan pergaulan dan jumlah perceraian yang tinggi, iaitu satu perceraian dalam setiap enam perkahwinan akibat kebebasan hawa nafsu, pendedahan kegiatan seks dan kebebasan percampuran lelaki dan perempuan. Kehidupan generasi barunya menyeleweng. Mereka menagih arak dan dadah untuk menggantikan kekosongan jiwa mereka dari keimanan, dan menggantikan ketenteraman hati mereka yang tidak mempunyai ‘aqidah. Penyakit-penyakit jiwa dan saraf di samping berbagai-bagai perilaku yang ganjil menyerang ribuan jiwa dan saraf. Kemudian kejadian membunuh diri juga lumrah. Keadaan yang seperti ini juga berlaku di Amerika dan ia berlaku lebih buruk lagi di Rusia. Itulah kecelakaan hidup yang telah ditulis di atas setiap hati yang kosong dari kemanisan keimanan dan ketenteraman ‘aqidah. Ia tidak dapat mengecap’ rasa kedamaian yang diseru Allah supaya sekalian orang- orang Mu’min diseru masuk dan hidup di dalamnya untuk meni’mati keamanan naungan kerehatan dan kemantapan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa kamu dan janganlah kamu menurut jejak syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang amat nyata.” (Al-Baqarah:208)

Setelah Allah menyeru orang-orang yang beriman supaya masuk ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa mereka, maka al-Qur’an mengingatkan mereka supaya jangan mengikut langkah-langkah syaitan, kerana di sana hanya terdapat dua haluan sahaja; Sama ada masuk ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa atau mengikut jejak-jejak syaitan, sama ada memilih hidayat atau memilih kesesatan, sama ada mengikut Islam atau mengikut jahiliyah, sama ada menuju jalan Allah atau menuju jalan syaitan, sama ada memilih petunjuk Allah atau memilih penyesatan syaitan. Setiap Muslim harus memahami sikapnya dengan ketegasan yang seperti ini. Ia tidak seharusnya teragak-agak dan termangu-mangu di tengah-tengah berbagai-bagai jalan dan hala tujuan.

Di sana tidak ada banyak sistem hidup yang harus dipilih salah satunya oleh seorang Mu’min, atau mencampurkan salah satunya dengan yang lain. Tidak sekali-kali begitu! Sesiapa yang tidak masuk ke dalam kedamaian dengan semesta jiwanya dan tidak menyerahkan dirinya semata- mata kepada kepimpinan Allah dan syari’at-Nya, sesiapa yang tidak membuang segala kepercayaan yang lain, segala sistem hidup yang lain dari segala undang-undang yang lain, maka bererti dia berada di jalan syaitan dan berjalan mengikut jejak-jejak syaitan.

Di sana tidak ada penyelesaian jalan tengah, di sana tidak ada sistem hidup separuh-separuhan, tidak ada peraturan separuh di sana dan separuh di sini, malah pilihan yang ada di sana hanya salah satu dari dua, iaitu yang hak dan yang batil, hidayat dan kesesatan, Islam dan jahiliyah, sistem Allah atau penyesatan syaitan. Dalam bahagian ayat yang pertama Allah menyeru para Mu’minin supaya masuk ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa mereka dan dalam bahagian ayat yang kedua ia mengingatkan mereka dari mengikut jalan syaitan. Ia menggerakkan hati nurani dan perasaan mereka di samping menimbulkan perasaan takut di dalam hati mereka, iaitu dengan mengingatkan dendam kesumat dan permusuhan syaitan yang ketat terhadap mereka. Permusuhan itu amat jelas dan tiada siapa yang melupakannya melainkan manusia yang lalai dan kelalaian tidak wujud bersama iman.

Kemudian ayat yang berikut mengingatkan kepada mereka akibat kegelinciran setelah mendapat penerangan yang jelas.

“Oleh itu jika kamu tergelincir juga setelah datang kepada kamu keterangan-keterangan yang jelas, maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah:209)

Peringatan yang menyebut bahawa Allah “Maha Perkasa” mengisyaratkan kekuatan dan kudrat kuasa Allah dan menyarankan bahawa mereka akan terdedah kepada tindakan kudrat Allah apabila mereka menyalahi perintah-Nya. Sementara peringatan yang menyebut bahawa Allah “Maha Bijaksana” menyarankan bahawa apa yang dipilih oleh Allah untuk mereka itulah yang paling baik dan sesuatu yang dilarangkan Allah itulah yang paling tidak baik, di samping menyarankan bahawa mereka akan menghadapi kerugian jika mereka tidak mematuhi perintah-Nya dan menjauhi laranganNya. Kedua-dua peringatan itu mengandungi ancaman dan amaran di tempat ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...