"Pada suatu hari saya telah berangkat dari rumah menuju ke kota Baghdad kerana hendak menuntut ilmu. Kota Baghdad itu sangat jauh dari tempat kediaman saya. Disebabkan itulah maka sebelum berangkat ibu saya telah membekalkan saya sedikit wang iaitu sebanyak 40 dinar sebagai perbelanjaan pergi dan balik. Sebelum bertolak, ibu saya telah berpesan agar saya sentiasa bercakap dan berlaku benar dalam segala hal. Apalagi tujuan saya ke Baghdad ialah dengan tujuan yang mulia di sisi agama.
Dalam perjalanan itu saya menumpang sebuah rombongan kafilah kerana perkara itu adalah biasa bagi orang yang hendak berjalan jauh, apatah lagi ketika itu umur saya masih muda. Dalam perjalanan itu kafilah yang saya ikuti terpaksa melalui daerah Hamadan sebelum sampai ke tempat yang dituju. Kebetulan ketika kami sampai di daerah itu tiba-tiba satu kumpulan orang-orang jahat telah menahan kami. Perompak-perompak itu telah menangkap saya dan menjadikan saya orang tawanan mereka.
Semasa saya dibawa pergi, salah seorang daripada perompak itu bertanya: 'Apakah yang kamu bawa bersama-samamu wahai budak?' 'Saya cuma bawa 40 dinar tuan', ujar saya tegas. Sebaik saja mendengar kata-kata saya itu, mereka meninggalkan saya kerana mereka menyangka saya cuba mempermain-mainkan mereka. Selepas itu datang pula seorang perompak yang lain lalu bertanya. 'Apa yang kamu bawa bersama-samamu wahai budak?'
Maka saya pun menjawab dengan jawapan yang serupa seperti yang saya ucapkan kepada kawan-kawannya tadi. Sebaik-baik saja dia mendengar kata-kata saya itu, dia terus membawa saya berjumpa dengan ketua mereka. Kemudian ketua mereka itu bertanya sebagaimana pertanyaan pengikut-pengikutnya tadi. Dengan tegas saya sekali lagi menjawab dengan jawapan itu juga tanpa berubah sedikitpun. Mendengarkan jawapan saya itu ketua perompak menjadi hairan seraya berkata, 'Hai budak, kenapakah engkau begitu berani sekali berkata benar, sedangkan engkau membawa wang'.
Saya lantas menjawab. 'Tuan sejak kecil lagi ibu saya telah mengajar saya supaya selalu bercakap benar. Hingga sebelum berangkat untuk menuntut ilmu ke Baghdad ini pun, ibu saya berpesan supaya saya jangan bercakap bohong. Saya tidak sampai hati hendak mengkhianati nasihat dan pesanan ibu saya. Apalah harganya wang 40 dinar saya ini tuan, bagi seorang yang mahu menuntut ilmu kerana Allah'.
Demi mendengar jawapan saya itu, maka dengan kuasa Allah swt ketua perompak itu lantas menangis tersedu-sedu di hadapan saya sambil berkata, 'Alangkah mulianya budi pekerti mu hai budak, dan alangkah beruntungnya ibu yang melahirkan engkau. Sedangkan masih kecil begini engkau sudah takut berbuat dosa, tetapi aku pula tanpa segan silu berbuat jahat dan mengkhianati janji dan amanah Allah. Demi Allah swt, mulai hari ini aku bersumpah akan bertaubat dan kembali ke jalan yang suci dan benar.'
Kemudian ketua perompak itupun memerintahkan orang-orangnya supaya memulangkan harta rampasan kafilah saya. Setelah itu kami pun meneruskan perjalanan ke kota Baghdad. Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana bukan saja saya terlindung dari segala musibah bahkan sekelian perompak itu telah bertaubat pula berkat dari sikap saya yang bercakap benar itu."
(Nama Sheikh Abdul Kadir Jailani ra memang sudah terkenal di kalangan umat Islam sehingga hari ini. Beliau adalah seorang alim dan wali yang termasyhur. Sebagai seorang yang soleh dan warak beliau telah meninggalkan suatu kisah hidup mengenai dirinya yang elok dijadikan tauladan dalam hidup kita di hari ini. Kisah ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Abdul Kadir Jailani yang telah diriwayatkan oleh Luqman Haqim). Wallahualam.
Monday, August 31, 2009
Thursday, August 6, 2009
Persoalan Dari Allah untuk Difikirkan Bersama..
Maha Suci Allah yang telah membenarkan jemari ini masih lagi bergerak untuk menulis sepatah dua kata untuk renungan bersama.. Maha Besar Allah yang masih lagi membenarkan jantung ini berdetik untuk meneruskan hidup untuk beribadat kepadanya..
Entah mengapa dari sejak sekolah lagi aku meminati surah Al-Waqiah.. Mungkin sebab imam ketika itu membawa dengan alunan yang cukup merdu walaupon aku tidak memahami maksud bacaannya.. tapi aku dapat menikmati kesyahduan untuk menambah lagi kekusyukan dan keseronakkan untuk solat berjemaah..
Lalu ku mengambil inisiatif untuk mencari tafsirannya.. Alhamdulillah, sungguh bermakna surah ini bagi diriku untuk memahamkan aku tentang hari esok seperti yang tersebut dalam kalam Allah surah al-Hasyr ayat 18 yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." Harapanku supaya destinasi ku hanya untuk akhirat sana dan mampu menahan godaan dunia yang begitu menghairahkan..
Kadang-kadang kita sering alpha dan lupa akan kekuasaan Allah yang maha Kuasa..
Al-Waqiah ini merupakan salah satu surah daripada banyak lagi surah-surah lain dimana Allah mempersoalkan kita kau atau Aku yang lebih berkuasa.. Walaupon kita berkuasa di kerajjan dunia, Siapa yang lagi berkuasa memerintah Kerajaan kepada kerajaan dunia.. Kerajaan Akhirat yang kekal abadi..
Maha Suci Allah bertanya kepada kita, dari surah Al-Waqiah dari ayat 57-74..
Bermulanya persoalan Allah supaya kita menyedari siapa diri kita..Tidaklah nanti kita lupa akan dari mana diri ini hanya dari mani yang hina..
57: Kami telah menciptakan kamu, mengapa kamu tidak membenarkan(hari berbangkit??
58: Maka adakah kamu perhatikan, tentang (benih manusia) yang kamu pancarkan.
59: Kamukah yang menciptakanya atau Kami penciptanya??
60: Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan Kami tidak lemah.
61: Untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (di dunia) dan membangkitkan kamu (di akhirat) dalam keadaan tidak kamu ketahui.
62: Dan sungguh , kamu telah tahu penciptaan yang pertama, mengapa kamu tidak mengambil pelajaran??
63: Pernahkah kamu perhatikan benih yang kamu tanam??
64: Kamu kah yang menumbuhkanya atau Kami yang menumbuhkan??
65: Sekiranya Kami kehendaki, nescaya kami hancurkan sampai lumat; maka kamu akan hairan tercengang,
66: sambil berkata, "Sungguh kami benar-benar menderita kerugian,
67: bahkan kami tidak mendapat hasil apa pun".
68: Pernahkah kamu memperhatikan air yang kamu minum??
69: Kamukah yang menurunkanya dari awan atau Kami yang menurunkan??
70: Sekiranya Kami mengkehendaki, nescaya Kami menjadikanya masin, mengapa kamu tiak bersyukur??
71: Maka pernahkah kamu memperlihatkan terang api yang kamu nyalakan (dengan kayu)??
72: Kamukah yang menumbuhkan kayu itu, atau Kami yang menumbuhkan??
73: Kami menjadikan (api itu) untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir.
74: Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar..
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillah, Allahuakbar..
Betapa sayangnya Allah kepada kita makhluknya yang berakal untuk kita kembali merenung dan berfikir siapakah kita ini?? Kemanakah penghujung kita?? Siapakah yang paling berkuasa??
Ayuhlah kita kembali kepangkal jalan sebelum hati tidak terpadam, selagi nyawa di kandung badan, selagi pintu taubat luas terbentang.. Semoga dalam apa jua tindakan kita, kita akan mendapat kerdhaan dari Allah yang esa..
Cukup bagi ku hanya Allah,
Tiada dihatiku selain Allah,
Cahaya Muhammad pesuruh Allah,
Tiada Tuhan selain Allah..
wasalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)