Wednesday, February 9, 2011

Ayuh MUJAHADAH dalam MURAQABAH demi MUQARABATILLAH..

Kembalilah Kejalan yang Benar..

Hijrah dengan makna berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana berlaku dalam sejarah Islam sudah tidak wujud lagi. Apa yang dikehendaki oleh Nabi ialah hijrah jihad dan niat sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW:

” Tiada lagi hijrah sesudah kemenangan membuka semula Kota Mekah melainkan Jihad dan niat”

Jihad dengan makna berperang melawan musuh samaada musuh yang ada dalam diri kita iaitu menundukkan nafsu selari dengan syara’ kerana nafsu adalah menjadi keperluan manusia untuk hidup. Begitu juga syaitan dan musuh yang memerangi Islam yang terdiri dari kalangan manusia.

Nafsu banyak mengarah kepada kejahatan. Kita perlu bermujahadah menundukkan nafsu sehingga menjadi nafsu mutmainnah. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah al-Fajr ayat 27 hinnga 30:

” Wahai nafsu mutmainnah kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya. Maka masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam Syurgaku”

Nabi menyebutkan dalam hadisnya:

“Dilingkari jalan menuju ke Syurga itu dengan perkara yang berlawanan dengan nafsu dan dilingkari Neraka itu dengan sesuatu yang selari dengan nafsu”

Nafsu menjadi tunggangan syaitan dan itulah laluan utamanya. Syaitan menjadi musuh kepada anak adam yang nyata. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Yasin ayat 60:

“Bukankah aku telah perintahkan kamu wahai anak -anak adam supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang nyata”

Kita diperintahkan untuk sentiasa bersiap sedia untuk menhadapi musuh jika sekiranya mereka menceroboh dan menggugat keamanan. Maka Islam memerintahkan supaya kita menghadapi mereka dengan jihad. Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 60:

“Dan bersedialah untuk menghadapi mereka( musuh-musuh Islam ) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan allah, nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi”

Niat pula adalah asas di dalam syariat Islam. Niat juga yang mengesahkan amalan dan dengan niat juga membezakan di antara ibadat dan juga adat. Ini telah dinyatakan oleh baginda nabi SAW dalam hadisnya:

“Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat. Dan setiap sesaorang itu apa yang diniatkannya. Barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya maka hijrahnya itu kerana Allah dan rasulnya. Dan sekiranya berhijrah itu kerana dunia maka dia akan memperolihinya atau kerana wanita maka dia boleh mengawininya, maka hijrahnya itu bergantung kepada niatnya”

Nabi bersabda lagi:

”Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya”

Kita hendaklah menjadikan amalan yang baik itu dengan niat ikhlas kerana Allah s.wt supaya amalan kita diterima serta memastikan bahawa amalan tersebut dilakukan mengikut syarat dan rukun yang telah ditetapkan oleh syara’ disamping syarat yang lain seperti khusyuk jika ibadat tersebut adalah solat. Sebaliknya amalan yang bersifat harus (yang apabila dilakukan) adalah bergantung kepada niat agar ia menjadi amal kebajikan.

Nabi telah menyatakan dalam hadisnya:

”Berapa banyak dari amalan-amalan dunia( harus ) kemudian ia boleh menjadi amalan akhirat ( yang mendapat pahala ) dengan niat yang baik dan begitu pula amalan akhirat ( amal soleh ) boleh menjadi amalan dunia ( tiada mendapat pahala bahkan dosa ) ialah dengan niat yang buruk”

Sabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa yang berniat untuk melakukan satu amal kebaikan tetapi tidak dapat melakukannya maka dia di beri satu kebaikan. Dan barangsiapa yang berniat untuk melakukan suatu amal kebaikan dan dapat melaksanakannya maka Allah akan memberikan kepadanya dengan satu kebaikan yang digandakan sepuluh serta gandaan yang berlipat. Dan barang siapa yang berniat untuk melakukan suatu amal kejahatan tetapi tidak dapat melakukannya maka Allah akan memberikan kepadanya denga satu kebaikan. Dan sesiapa yang berniat melakukan satu kejahatan dan ia dapat melakukannya maka diberi kepadanya dengan satu kejahatan”

Allah mengetahui niat di hati kita..

Memahami Hadis Niat

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim



Huraian

Hadis ini membicarakan tentang persoalan niat dalam melakukan amalan-amalan.

Niat dari sudut bahasa bermaksud mensasarkan sesuatu perbuatan atau hasrat untuk melakukan sesuatu tindakan. Dari sudut Syara` ia bermaksud berhasrat melakukan sesuatu serta diringi dengan perlakuan.

Tujuan berniat terbahagi pada dua. Pertamanya; bertujuan membezakan status antara amalan. Ia pula terbahagi dua. Pertamanya niat yang bertujuan membezakan antara amalan adat dan amalan ibadat. Contohnya untuk membezakan antara perbuatan mandi keranan adat kebiasaan harian di awal pagi atau kerana mengangkat hadas besar. Kedua, niat yang bertujuan membezakan antara amalan wajib dan sunat. Misalnya perbuatan memberi harta kepada orang miskin. Adakah ia kerana bayaran zakat atau kerana sedekah yang sunat. Niat akan membezakan status amalan kedua-duanya.

Keduanya, niat yang bertujuan membezakan untuk siapa seseorang itu beramal. Niat inilah yang diberikan contoh oleh baginda dalam hadis. Adakah seseorang itu berhijrah kerana Allah? Atau kerana berhasrat mendapatkan habuan dunia? Atau kerana seorang perempuan?

Sebaik penghijrahan Nabi saw ini, semua orang Islam yang berada di Mekah diwajibkan berhijrah ke Madinah keranan Madinah telah menjadi negeri Islam dan Mekah pula adalah negeri kufur. Orang Islam wajib berhijrah dari negeri kufur yang memerangi Islam dan tidak membenarkan penganutnya beraqidah dan beramal dengan Islam. Justeru itu, para sahabat mula keluar berhijrah ke Madinah secara beramai-ramai. Tetapi apakah niat mereka ketika berhijrah?Niat adalah amalan di dalam hati. Tiada siapa yang mengetahuinya. Justeru niat hijrah hanya diketahui oleh Allah. Sekiranya seseorang itu berhijrah dengan hasrat dan niat menuju redha Allah maka hukumnya di sisi Allah ialah hijrah itu adalah hijrah menuju kepada Allah dan RasulNya. Sebaliknya jika keranna dunia atau perempuan maka hijrahnya tidak mendapat pahala.

Dunia mempunyai dua maksud. Pertamanya amalan dunia yang harus seperti mengumpul harta dan berkahwin. Keduanya amalan dunia yang haram seperti mengumpul harta dengan cara haram dan berkahwin dengan mahram sendiri. Amalan dunia yang harus tidak dicela. Ia diharuskan dengan maksud tidak dikira pahala atau dosa. Namun, amalan dunia yang harus boleh bertukar menjadi sunat atau haram dengan niat. Umpamanya mengumpul harta dengan niat membina masjid untuk umat Islam, maka hukumnya adalah sunat. Sekiranya diniatkan untuk membeli barang-barang haram maka hukumnya adalah haram.

Hijrah ke Madinah adalah amalan yang wajib. Sesiapa yang berhijrah terlepaslah dosanya. Adapun persoalan pahala, ia bergantung kepada niat. Sekiranya dilakukan kerana Allah pasti diberi pahala. Sebaliknya jika dilakukan dengan tujuan mendapat habuan dunia yang harus, maka pahalanya tidak akan diperolehi.Ini kerana syarat mendapat pahala ialah sesuatu amalan dilakukan kerana Allah. Oleh kerana ia dilakukan kerana Allah, wajarlah bagi Allah memberi ganjarannya di Akhirat. Tetapi jika dilakukan untuk mendapat habuan dan ganjaran serta imbalan dunia semata-mata maka tentu tidak wajar menuntut ganjaran pahalanya daripada Allah.


Tuesday, February 8, 2011

PERMASALAHAN IKHTILAT MENURUT ISLAM



PERMASALAHAN IKHTILAT MENURUT ISLAM

1.0 PENDAHULUAN

Permasalahan ikhtilat yang berleluasa dewasa ini telah diabaikan sehingga ia terus juga berlaku. Ikhtilat adalah merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyah dimana ia juga berasaskan kepada nilai-nilai dan sistem hidup jahiliyah. Ia merupakan bentuk pergaulan yang telah ditolak oleh islam semenjak kedatangan Rasulullah saw yang membawa sistem dan nilai hidup yang dipandu al_Quran dan as-Sunnah.

2.0 PERMASALAHAN IKHTILAT

2.1 Ikhtilat Menurut Hukum Islam

Secara teorinya Islam yang dibina di atas asas aqidah dan keimanan yang mutlak kepada Allah bertujuan untuk menonjolkan ciri-ciri kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan itu di atas segala darjat yang lain, oleh itu pada praktiknya ia tidak dapat menerima sebarang bentuk pergaulan yang diasaskan di atas ciri-ciri kebinatangan di dalam proses pembentukan dan existensi (wujudiah) masyarakatnya. Ini selaras pula dengan kejadian manusia sebagai makhluk yang baik.

Fireman Allah:
والتين والزيتون (1) وطور سينين (2) وهذا البلد الآمين (3) لقد خلقنا الآنسان في أحسن تقويم (4)

Maksudnya : Demi buah tin dan zaitun dan gunung Tur Sina serta negeri Mekah yang aman ini. Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Tegasnya Islam bertujuan melahirkan suatu keperibadian dan generasi manusia yang menepati ciri-ciri kejadiannya yang sangat tinggi supaya ia dapat memenuhi kembali tugasnya sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata-mata, menerima arahanNya semata-mata, begitu juga tunduk dan patuh kepadaNya semata-mata, dan sebagai pemimpin kepada ummat manusia seluruhnya.

2.2 Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat.

Sabda rasulullah saw:

Maksudnya : Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya.

2.3 Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.

Firman Allah :
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن… ( النور ؛ 31 )

Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari oarang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.

Sabda Rasulullah saw :
يا علي لا تتبع النظرة النظرة فانمالك الأواي وليست لك الآخرة

Maksudnya: Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (dosa ke atasmu).

Tersebut dalam kitab al-Majmuk “Bahawa apabila seorang lelaki ingin melihat kepada perempuan yang ajnabiah tanpa sebab yang syar’ie, maka haram baginya yang demikian itu. Haram baginya melihat samada aurat perempuan itu ataupun selain auratnya… dan haram juga kepada perempuan melihat kepada lelaki yang ajnabi samada kepada auratnya atau selain auratnya tanpa sebarang sebab yang syar’ei… maksud dari penegahan ini keatas golongan lelaki adalah untuk mengelakkan mereka daripada godaan syaitan ( الافتتان) dan godaan ini juga berlaku ke atas golongan perempuan lantaran golongan perempuan itu terlebih segera menerima godaan kerana sifat syahwatnya yang terlebih kuat, maka haram keatasnya penglihatan itu.

2.4 Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkannya kepada setiap lelaki dan perempuan yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya.

Firman Allah :
واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب)

Maksudnya : Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu.

Al-Imam Qurtubi di dalam mentafsirkan firman Allah ini berkata: “Pada ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa Allah mengizinkan perempuan mukminah menguruskan permasalahan mereka melalui belakang tabir samada masalah itu merupakan hajat-hajat yang mendatang atau masalah-masalah hukum yang memerlukan fatwa. Termasuk di dalam perintah ini semua golongan wanita, berdasarkan asas-asas syariah yang terkandung di dalam ayat ini bahawa tubuh perempuan seluruhnya adalah aurat termasuklah badan dan suaranya seperti yang telah dinyatakan. Maka adalah haram mendedahkan aurat tersebut (kepada penglihatan lelaki ajnabi) melainkan kerana keperluan seperti persaksian yang dilakukan keatasnya atau pengubatan pada tubuhnya atau pun soalan-soalan atas apa yang berlaku khusus kepadanya.

2.4 Sabda Rasulullah saw:
لا يخلون رجل بامرأة ولا تسا فرون امرأة الاومعها محرم
Maksudnya : Tidak boleh bersunyi seseorang dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim.

Kecenderungan naluriah antara lelaki dan perempuan adalah kecenderungan yang dalam sekali. Membangkitkan kecenderungan ini pada setiap saat akan menambah geloranya lagi. Pandangan mta merangsang, gerak geri badan merangsang, gelak ketawa merangsang dan gurau senda membangkit hasrat. Jalan yang aman ialah mengurangi hal-hal yang membangkitkan hasrat tersebut, dan itulah jalan yang dipilih oleh Islam. Berasaskan adab-adab yang kukuh ini memastikan berlakunya hubungan yang bersih, mulia dan terpelihara.
Firman Allah :

ذلكم أطهر لقلوبكم وقلوبهن (ألأحزب:53)

3.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Almarhum Abdullah Nasih Ulwan bahawa semua nas-nas al_Quran dan nas-nas hadis nabi ini mengharamkan percampuran lelaki dan wanita (ikhtilat) secara pasti, tidak syak lagi dan tidak ada jalan untuk dipertelingkahkan lagi. Seterusnya cara beginilah yang telah dilaksanakan bagi umat Islam pada semua zaman sejarahnya pada abad-abad yang lalu. Oleh itu menjadi kewajipan setiap muslim menegah sebarang kemungkaran ikhtilat yang berlaku.

Monday, February 7, 2011

Memahami Konsep Pertunangan Menurut Islam

Memahami Konsep Pertunangan Menurut Islam

MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya.

1. perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain. Sememangnya tidak ada pihak keluarga yang bertindak meminang isteri orang, tetapi apa yang sering berlaku ialah lelaki menjalin hubungan dengan isteri orang. Golongan ini kerap dipanggil isteri curang atau main kayu tiga


2. perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain. Larangan lelaki meminang perempuan menjadi tunangan lelaki lain dinyatakan melalui sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).


3. perempuan yang hendak dipinang tidak dalam idah. Idah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya.


4. perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya, kerana di antara kedua-duanya diharamkan nikah.

Monday, January 31, 2011

Wahai Allah Yang Maha Kuasa di atas segalanya, bantulah kami yang dizalimi ini Ya Allah..

"Wahai bumi (tanah), Tuhan kami dan Tuhan kau adalah Allah, kami berlindung kepada Allah dari kejahatanmu, dan dari kejahatan apa-apa yang ada padamu, dan kejahatan apa-apa yang keluar darimu, dan kejahatan apa-apa yang turun kepadamu, dan kejahatan apa-apa yang melata di atasmu baik ular, kala jengking, ular hitam, singa, dan kejahatan (jin) penghuni kampung (ini) dan anak-pinaknya, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."

"Ya Allah turunkanlah rahmat dan keberkatan bagi kami dan keatas tempat ini Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."

"Ya Allah Kami meminta kebaikan bangunan ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya, dan kami berlindung dari keburukan bangunan ini dan keburukan yang ada di dalamnya dengan rahmat-Mu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani"

"Wahai Tuhan kami, amankan kami daripada segala yang menggerunkan, amankan kami daripada segala sengatan Ya Allah. Dan kami berlindung kepada-Mu Ya Allah daripada syaitan yang jahat dan kami berlindung kepada-Mu Ya Allah dari kejahatan apa yang Engkau ciptakan, kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala musuh dan binatang buas dan dari segala syaitan dan penyakit yang jahat."

"Dan kami berlindung kepada-Mu Ya Allah yang Maha Satu, yang Maha Mulia daripada segala musuh dan yang dengki dan daripada syaitan yang jahat. Dan kami berlindung kepada-Mu Ya Allah daripada kejahatan segala yang diciptakan, kami berlindung kepada-Mu daripada godaan syaitan dan kami berlindung kepada-Mu daripada kehadiran mereka, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani"

"Ya Allah, tuhan yang maha mengasihani, kasihanilah kami Ya Allah,, Bantulah kami dalam menghadapi ujian ini Ya Allah.. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakanya.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kamidan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

"Ya Allah, jika mati terbaik mereka yang melambatkan perjuangan Islam dan mereka yang membebani kami, maka matikan mereka Ya Allah.. Biarlah ini merupakan dosa mereka yang terakhir ya Allah.. Jadikanlah ia sebagai pengajaran kepada orang-orang yang sesat lagi menyesatkan Ya Allah, Wahai tuhan yang maha kuasa atas segalanya.."

"Ya Allah perkenankanlah doa kami yang dizalimi Ya Allah.. Janji Mu itu pasti Ya Allah.. Perkenanlah doa kami Wahai Tuhan yang memperkenankan doa orang yang dizalimi.."

Allahumma Amin...

Amalan sihir merosakkan Akidah. (Bertaubatlah...)

Oleh DR. SAODAH ABD. RAHMAN
Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Cabaran terhadap akidah Islam masa kini adalah pelbagai. Kewujudan pelbagai ajaran sesat dan amalan bidaah dalam masyarakat Islam masa kini bukan sahaja boleh mencemari kewibawaan mereka malah merupakan faktor kehakisan akidah Islam yang tulen.

Amalan yang dilakukan oleh masyarakat primitif seperti ilmu sihir semakin hari kian menular dalam corak kehidupan masyarakat Islam di negara ini.

Sihir merupakan salah satu kegiatan yang diamalkan oleh masyarakat primitif atau jahiliah. Mereka menjadikan amalan sihir sebagai salah satu cara atau kegiatan ritual dengan tujuan untuk mendapat perlindungan, mengekalkan kuasa, membunuh atau menyiksa individu yang dimusuhi secara tidak disedari.

Kegiatan sihir merupakan amalan syaitan yang ingin menyesat dan menghancurkan manusia. Di dalam Surah al-Baqarah ayat 102, Allah menjelaskan bagaimana ilmu sihir diajar oleh syaitan yang bernama Harut dan Marut kepada manusia ketika zaman pemerintahan Nabi Sulaiman di Babylon.

Mereka memperakui diri mereka sebagai malaikat yang mengajar ilmu sihir dengan tujuan untuk menyesatkan manusia. Setelah mereka mengajar manusia tentang ilmu sihir mereka berkata, “Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagi kamu, oleh itu janganlah kamu kafir”.

Manusia yang mempelajari ilmu sihir yang diberikan oleh Harut dan Marut boleh menceraikan suami isteri. Allah mengutuk ahli-ahli sihir dengan mengatakan bahawa mereka tidak dapat memberi sebarang mudarat kepada individu tertentu dengan menggunakan ilmu sihir kecuali dengan izin Allah.

Allah menegaskan bahawa orang yang mengamalkan ilmu sihir tidak akan dapat sebarang keuntungan di hari akhirat dan perbuatan mereka adalah termasuk dalam kategori syirik dan mungkar.

Individu Islam yang mengamalkan ilmu sihir adalah terdiri daripada orang yang lemah dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup di dunia ini atau ingin mendapat sesuatu dengan mudah tanpa berusaha keras. Individu begini boleh dianggap sebagai virus dalam masyarakat Islam kerana kegiatan mereka boleh menghakis ketulenan akidah Islam.

Kegiatan ilmu sihir semakin menular dalam kehidupan masyarakat Islam dalam negara ini. Amalan sihir bukan sahaja dilakukan oleh mereka yang jahil dalam ajaran Islam malah ia juga menjadi amalan kepada mereka yang berpendidikan dan berpangkat.

Berdasarkan kepada suasana begini maka peranan bomoh sebagai pelindung atau penentu kepada kejayaan individu untuk mencapai hasrat dan keinginan naluri menjadi semakin penting dalam kehidupan sebahagian masyarakat Islam masa kini.

Amalan sihir yang diamalkan oleh individu Islam masa kini bukan hanya sekadar memakai tangkal atau membaca mentara atau mengungkapkan perkataan-perkataan yang berunsur syirik atau pemujaan malah ia juga sudah sampai ke tahap memuja dan mempercayai kuasa patung dalam melindungi dan menunaikan hajat dan keinginan kehidupan di dunia.

Kegiatan begini adalah menyamai amalan masyarakat jahiliah sebelum Islam yang menyembah berhala Uzza dan Manat yang dianggap sebagai perantaraan manusia dengan Tuhan.

Dalam arus tamadun dunia yang berunsurkan teknologi canggih, penggunaan akal atau rasional yang tinggi untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan maka umat Islam masih lagi melangkah ke arah kehidupan masyarakat primitif dengan amalan sihir yang melalaikan dan berunsur fantasi.

Umat Islam yang mempercayai Ketauhidan Allah sepatutnya menjauhkan diri daripada amalan sihir kerana perbuatan tersebut adalah sama dengan mensyirikkan Allah. Mengamalkan ilmu sihir dalam apa jua bentuk dan kegiatan adalah terdiri daripada golongan yang tergelincir daripada akidah Islam.

Oleh itu setiap ibadah dan amalan kebajikan mereka menjadi sia-sia sahaja yang mana diibaratkan oleh Allah sebagai debu-debu yang diterbangkan oleh angin yang kencang.

Islam mengajar umatnya supaya menjadi manusia yang berpijak di bumi yang nyata bukan dalam alam fantasi sehingga sanggup menyembah makhluk yang lain demi untuk mendapat sesuatu berbentuk duniawi.

Setiap individu Islam yang mempercayai Ketauhidan Allah tidak akan tunduk kepada makhluk Allah dengan tujuan untuk mendapat sesuatu dalam kehidupan mereka.

Keselamatan diri dan punca rezeki adalah penentuan daripada Allah Yang Maha Esa bukan hasil daripada ramalan ahli-ahli nujum atau bomoh yang menggunakan kekuatan jin atau syaitan.

Allah menjelaskan kepada umat Islam di dalam al-Quran bahwa ilmu sihir dan ramalan ahli-ahli nujum itu adalah najis hasil daripada amalan syaitan.

Umat Islam sepatutnya menyembah dan menyerahkan diri kepada Allah bukan kepada jin dan syaitan kerana mereka juga merupakan makhluk yang lemah seperti manusia. Individu Islam yang masih lagi mengamalkan ilmu sihir dan menggunakan bomoh sebagai pelindung diri sepatutnya bertaubat kerana kuasa Allah sahaja yang dapat melindungi diri dan memberi rezeki serta pangkat kepada manusia.

Saturday, January 15, 2011

Siti Muthi'ah

Kisah seorang isteri solehah......

Siti Muthi'ah

"FATIMAH anakku, maukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan istri yang dicintai suami?" tanya sang ayah yang tak lain adalah Nabi SAW. "Tentu saja, wahai ayahku"

"Tidak jauh dari rumah ini berdiam seorang perempuan yang sangat baik budi pekertinya. Namanya Siti Muthi'ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu".

Gerangan amal apakah yang dilakukan Siti Muthi'ah sehingga Rasulpun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju rumah Muthi'ah dengan mengajak serta Hasan, putra Fatimah yang masih kecil itu.

Begitu gembira Muthi'ah mengetahui tamunya adalah putri Nabi besar itu. "Sungguh, bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, Fatimah. Namun maafkanlah aku sahabatku, suamiku telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki dirumah ini."

"Ini Hasan putraku sendiri, ia kan masih anak-anak." kata Fatimah sambil tersenyum.

"Namun sekali lagi maafkanlah aku, aku tak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah."

Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi'ah. Ia semakin kagum dan berhasrat menyelami lebih dalam akhlak wanita ini. Lalu diantarlah Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke Muthi'ah.


Khasiat Tiga Benda 'Keramat'


"Aku jadi berdebar-debar," sambut Siti Muthi'ah, gerangan apakah yang membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai puteri Nabi?"

"Memang benarlah, Muthi'ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang menyuruhku kesini. Ayahku mengatakan bahwa engkau adalah wanita berbudi sangat baik, karena itulah aku kesini untuk meneladanimu, Wahai Muthi'ah."

Muthi'ah gembira mendengar ucapan Fatimah, namun Muthi'ah masih ragu. "Engkau bercanda sahabatku? aku ini wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apapun seperti yang engkau lihat sendiri."

"Aku tidak berbohong wahai Muthi'ah, karenanya ceritakan kepadaku agar aku bisa meneladaninya." Siti Muthi'ah terdiam, hening. Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil itu.

"Buat apa ketiga benda ini Muthi'ah" Siti Muthi'ah tersenyam malu. Namun setelah didesak iapun bercerita. "Engkau tahu Fatimah, suamiku seorang pekerja keras memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya. Begitu kulihat ia pulang kerja, cepat-cepat kusambut kedatangannya. Kubuka bajunya, kulap tubuhnya dengan kain kecil ini hingga kering keringatnya. Iapun berbaring ditempat tidur melepas lelah, lalu aku kipasi beliau hingga lelahnya hilang atau tertidur pulas"

"Sungguh luar biasa pekertimu, Muthi'ah. Lalu untuk apa rotan ini?"

Kemudian aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah ia bangun dan mandi, kusiapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku berkata kepadanya: "Oh, kakanda. Bilamana pelayananku sebagai istri dan masakanku tidak berkenan dihatimu, aku ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak kuulangi"

"Seringkah engkau dipukul olehnya, wahai Muthi'ah?" tanya Fatimah berdebar-debar.

"Tidak pernah, Fatimah. Bukan rotan yang diambilnya, justru akulah yang ditarik dan didekapnya penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari".

"Jika demikian, sungguh luar biasa, wahai Muthi'ah. Sungguh luar biasa! Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi baik." kata Fatimah terkagum-kagum.

Sekian, Wallahu a'lam..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...