Tuesday, December 7, 2010

Keratan akhbar terbaik tahun ini.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." Al-Hujurat :6

Ini merupakan keratan akhbar pada 3 November 2010 dimana Menteri dan kerajaan memberi jaminan yang harha minyak Ron 95 kekal pada tahun ini, Namun pada 3 Disember 2010 harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85.

Nak kata kerajaan merujuk tahun masihi, 3 Disember 2010 masih lagi tahun yang sama, nak kata kerajaan merujuk kepada kalendar Hijrah, 3 Disember 2010 bersamaan dengan 26 Zulhijjah tahun 1431. Dan kita baru sahaja menyambut tahun baru hijrah 1432 pada hari ini 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharam 1432.

BERITA

RON95 Naik 5 Sen Kepada RM1.90 Seliter

PUTRAJAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter. Harga sebelum ini adalah pada paras RM1.85.

Dalam pada itu harga LPG dan gula akan naik sebanyak 5 sen dan 20 sen sekilo.

Bagaimanapun harga minyak diesel akan kekal pada paras yang ada sekarang iaitu RM1.80 seliter. Harga baru LPG dan gula pula kini berada pada paras RM1.90 dan RM2.10 sekilogram mulai sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, kenaikan harga ini merupakan sebahagian daripada gelombang kedua dalam program rasionalisasi subsidi yang diambil oleh kerajaan.

Harga RON95 dan diesel telah dinaikkan sebanyak 5 sen seliter sementara gula dan LPG dinaikkan 25 sen dan RM10 pada 16 Julai lalu sewaktu pelaksanaan gelombang pertama program rasionalisasi subsidi.

Langkah ini telah menjimatkan kos subsidi kerajaan kepada RM779 juta. Kata Idris, gelombang kedua ini akan membantu mengurangkan kos subsidi kerajaan sehingga RM1.18 bilion.

Idris menambah, penjimatan itu akan membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang lebih dalam membangunkan rangkaian pengangkutan bandar dengan lebih baik, rancangan infrastruktur asas luar bandar serta jalan raya, pendidikan dan program membanteras jenayah.

Beliau menjelaskan, kenaikkan tersebut adalah paling minima.

“Kerajaan berpendapat, langkah tersebut akan dapat diterima dan difahami oleh rakyat,” ujarnya kepada para pemberita dalam taklimat berhubung gelombang kedua program rasionalisasi subsidi di sini, Jumaat.

sumber:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/3/mstar_berita/20101203172722&sec=mstar_berita

Wednesday, November 24, 2010

Dari Lensa Kamera..

Alhamdulillah, Tanggal 25 November 2010 selesai sudah ujian menghadapi Final exam untuk semester pertama tahun akhir.. Syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan kerana masih lagi memberi peluang meneruskan kehidupan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan dan juga diuji dengan terselamat dari kemalangan yang boleh meragut kematian.. Alhamdulillah kerana masih memberiku kesempatan untuk memohon ampunan dan redha Mu Tuhan..

Di tengah-tengah kesibukkan musim peperiksaan sempat lagi untuk ke Kuala Lumpur atas sedikit urusan. Kita merancang Allah juga merancangan, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Misi untuk bermusafir di rancang untuk bertolak di hening malam, tetapi ditunda selepas azan subuh berkumandang atas beberapa sebab yang tidak dapat di elakkan.

Selesai sahaja doa diaminkan, maka bermulalah perjalanan.. Keadaan lalulintas yang cukup tenang dek kerana taburan kenderaan yang masih lagi kurang, mendamaikan keresahan dan menyuntik semangat perjuangan.. Ditambah pula dengan kehadiran teman-teman yang tersungkur kepenatan..

Alhamdulillah selesai segala urusan, perjalanan seterusnya menuju ke rumah Tuhan di Putrajaya. Masjid Putra menjadi persinggahan untuk solat Jumaat dan jamak taqdim asar. Secara kebetulan sesuatu yang tidak dirancangan, Masjid Putra menjadi pilihan RTM untuk slot Solat Jumaat secara langsung yang di pancarkan ke seluruh Malaysia.
Align Center

Maka, mulalah crew-crew RTM beraksi bagi memastikan kelangsungan siaran secara langsung dari Masjid Putra dengan tajuk Khutbah yang di sampaikan, "Kaya di dunia, Muflis di akhirat". Satu tajuk yang cukup bermakna dengan pengisian peringatan yang menyentuh hati. Sudut-sudut yang menarik terus menjadi sasaran camera man untuk di rakam, Alhamdulillah screen membantu untuk para jemaah menghayati keindahan rumah Allah. Ketika azan berkumandang, pada baris "Hayya ala ssolah.." di laungkan, maka perjalanan para jemaah menuju masuk ke masjid di rakamkan. Memang crew-crew RTM sangat berpengalaman untuk menghasilkan rakaman yang terbaik.

Semua jemaah begitu khusyuk mendengar peringatan daripada khutbah yang disampaikan oleh tuan imam. Tika lensa kamera merakam semua bertambah tekun mendengar maklumlah dipancarkan ke seluruh negara.

Pun begitu ada satu lensa yang kita perlu tahu selain dari lensa kamera manusia. Iaitu lensa pandangan Allah yang Maha Melihat dan p
englihatanNya tidak terbatas.

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mama saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al Hadiid 4]

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” [Al An’aam 59]

(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” [Luqman 16]

“Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” [Al Hujuraat 18]

Subhanallah..


Realiti hidup di dunia ini manusia bimbang kejahatan atau maksiat di rakam oleh CCTV, artis-artis bimbang skandal dirakam oleh pihak media tetapi tidak merasa takut dirakam oleh lensa Allah yang filemnya berhenti apabila dicabutnya roh dari jasad.

Setiap saat dan ketika kita dirakam dan semuanya akan di tayangkan di padang mahsyar semasa pengadilan di lakukan. Saat itu kita tidak dapat menafikan semua amalan samaada baik atau buruk di tayangkan.

Kita tahu setiap detik kita dirakam dan kita akan terus dirakam dan perkara ini tidak akan berubah. Cuma apa yang kita mampu ubah adalah merancang apa yang akan dirakamkan. Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu kerana ianya tidak terlepas dari pandangan Allah walaupun ianya dilakukan secara tersembunyi dari lensa dunia.

Akhirul kalam, biarlah setiap apa yang kita lihat, apa yang kita alami, apa yang kita lalui, apa yang kita tempuhi, kita dapat kaitkan dengan kekuasaan Allah dan menambah ketaqwaan kepadaNya.

wallhu 'alam..



Friday, November 12, 2010

Pesanan Untuk Isteri Pejuang

PESANAN UNTUK ISTERI PEJUANG


(Temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab - pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel )

: Bagaimana akhlak Abu Syanab?
: Akhlaknya adalah (berdasarkan) Al Qur'an... Beliau melaksanakan perintah Allah dengan cara yang betul tanpa fanatik membuta. Beliau sentiasa tekun dan memelihara sembahyang, puasa, dakwah dan jihad fi sabilillah. Seringkali beliau berpuasa sunat secara mingguan. Beliau menghafaz 20 juzuk dari kitab Allah (Al Qur'an). Beliau mula mengenali Syeikh Ahmad Yasin (pemimpin utama dan pengasas Hamas) sebaik tiba di Ghaza tahun 1964 dari Mukhayyam An Nusairat, kampung keluarganya.

: Adakah As Syahid (Abu Syanab) membimbing keluarga dengan baik dan adakah beliau dapat seimbangkan antara tugas-tugas dakwah, politik dan rumah tangga?
: Alhamdulillah, beliau bukan sahaja membimbing keluarga dengan baik, tetapi cemerlang. Beliau adalah pembimbing keluarga yang terbaik. Sememangnya tugas-tugas dakwah mengambil waktunya, begitu juga dengan politik dan kerja beliau di Universiti Islam. Tetapi bagi kami (ahli keluarga) kami tidak kisah. Bahkan sebaliknya kami sentiasa memberi ruang supaya beliau dapat menunaikan tugas dan kewajipannya dengan sempurna.

Al Marhum bekerja menerusi politik untuk kemaslahatan dakwah dan untuk mencari keredhaan Allah di samping satu khidmat untuk Islam dan umatnya. (Dalam keadaan itu pun) beliau satu haripun tidak pernah alpa terhadap hak keluarganya. Beliau sentiasa bertanya tentang pelajaran dan keadaan anak-anaknya walaupun seketika. Beliau juga sering menziarahi anak-anak perempuannya. ..

Dalam hal mengambil berat terhadap keluarga ini, saya masih ingat ketika beliau dipenjarakan oleh Yahudi pada tahun 1989. Dalam keadaan kami yang sentiasa risaukan keselamatannya yang mungkin beliau disiksa dan sebagainya, beliau masih berkesempatan menghantar pesanan menerusi pasukan Palang Merah bertanyakan keputusan peperiksaan anak-anaknya di sekolah rendah. Sedangkan ketika itu kami tidak dibenarkan melawat beliau.

Dari sudut kerja-kerja dakwah, saya tidak banyak masuk campur urusannya. Tetapi beliau tidak pernah cuai menjalankan tugas tersebut. Ia dilakukan semata-mata untuk keredhaan Allah, di samping menyahut seruan rakan-rakan pejuang.

: Bagaimanakah detik-detik terakhir sebelum Abu Hasan (Abu Syanab) mati syahid?
: Detik-detik terakhir seperti biasa sahaja. Sebelum terbunuh beliau sempat membelikan perabut baru untuk rumah kami. Pada pagi kejadian, beliau menunaikan solat Subuh di rumah kerana sebab-sebab keselamatan. Kemudian beliau bersarapan bersama dengan rakan-rakan yang datang menziarahinya. Kemudian beliau duduk berehat seketika dan sempat mandi terlebih dahulu sebelum keluar rumah.

Biasanya sebelum beliau keluar rumah saya akan menasihatinya terlebih dahulu. Contohnya, "Berhati-hatilah, " atau, "Jangan memandu kereta jika ada helikopter mengekori." Tetapi pada hari kejadian, saya tidak berbuat demikian kerana merasakan sudah terlalu kerap beliau mendengar pesanan berkenaan dari saya... Perangainya seperti biasa. Pada saat-saat terakhir beliau kelihatan sangat gembira. Beliau berusaha menggembirakan anak-anak perempuannya yang masih kecil dengan membelikan keperluan mereka...

: Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada wanita yang ingin berkahwin dengan pejuang-pejuang jihad seperti Abu Syanab supaya mereka boleh membantu suami mereka dalam berjihad?
: Saya tidak suka memuji diri sendiri kerana Allahlah yang terbaik. Tetapi secara realiti, setiap wanita yang ingin berkahwin dengan mujahid dan da'i (pendakwah) di jalan Allah hendaklah membiasakan diri dengan kehidupan mujahid dan kehidupan jihad. Kerana kehidupan para mujahidin adalah kehidupan yang tidak tetap. Rumah tangga hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua suasana pada bila-bila masa.

Justeru, mereka yang ingin mengahwini mujahid hendaklah benar-benar faham tugas suami (sebagai pejuang) dan hendaklah bersedia membantu mereka menunaikan tugas mereka. Mereka juga perlu menjadi orang yang sabar dan hendaklah tahu bahawa mereka perlu menerima tetamu pada bila-bila masa. Begitu juga mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindakan Yahudi atau musuh-musuh Islam yang lain sama ada mereka menghalau atau membunuh syahid.

: Bagaimana puan menerima berita syahidnya jurutera Ismail (Abu Syanab)?
: Perasaan saya adalah perasaan orang yang kehilangan kekasih. Tetapi saya bangga dan merasa mulia kerana suami saya berhasil memperoleh apa yang dikehendakinya dan dicita-citakan dalam hidupnya.

Saya juga bersedih hati kehilangan orang yang paling saya sayangi. Apapun, kematian boleh datang bila-bila masa. Ada orang mati kerana kemalangan jalan raya. Tetapi suami saya dipilih Allah untuk mati syahid. Saya sangat berbangga walaupun sedih kehilangannya. Saya berdoa agar saya ditemukan kembali dengannya di dalam rahmatNya yang berkekalan (syurga).

Alhamdulillah, kami semua yakin beliau adalah syahid. Kami menerima berita syahidnya dengan bertakbir, "Allahu Akbar, baba telah mati syahid! Allahu Akbar, baba sudah syahid di sisi Allah."

Anak-anaknya yang lelaki dan perempuan merasa sedih dengan kehilangan bapa mereka, tetapi mereka tetap bersabar dan bertekad meneruskan perjuangan menerusi jalan yang telah dilalui oleh bapa mereka. Bapa mereka adalah model, contoh ikutan, kemuliaan dan kebanggaan. Hidupnya sebagai mujahid dan matinya sebagai syahid, dengan izin Allah.

: Adakah puan kesal dengan jalan yang ditelusuri oleh suami puan yang diakhiri dengan puan kehilangan suami?
: Sama sekali saya tidak menyesal! Bahkan ingin saya tegaskan, jalan yang dilalui oleh suami saya adalah jalan yang benar. Saya merasa sangat mulia menjadi isteri beliau. Kalaulah suami saya berada di atas jalan yang tidak benar, tentulah Yahudi tidak menjadikannya sebagai sasaran pembunuhan. Jadi Alhamdulillah pada waktu senang atau waktu susah. Saya sungguh-sungguh berbangga menjadi isteri kepada lelaki seperti Abu Hasan (Abu Syanab).

: Adakah puan yakin terhadap kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang, khususnya Hamas dalam menuntut bela di atas pembunuhan As Syahid (Abu Syanab)?
: Ya, pertama sekali saya yakin dengan kuasa Allah. Kemudian saya percaya kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang. Saya tidak mahu (mereka) menuntut bela untuk suami saya sahaja. Tetapi saya mahu menuntut bela untuk dakwah, untuk agama (Islam) dan untuk para syuhada'. Saya berdoa kepada Allah agar pembelaan ini berlaku dengan jalan Allah dan bukannya dengan jalan manusia.

Semua pihak, timur, barat dan Amerika memusuhi kami. Saya berharap agar Allah menunjukkan kepada kami hari hitam buat mereka sebagai satu pembelaan kepada agamanya dan dakwahnya sebelum pembelaan kepada suami saya Abu Hasan (Abu Syanab) rahimahullah. Saya beriman dengan Allah. Kemudian saya percaya akan kekuatan Gerakan Kebangkitan Islam HAMAS untuk membalas dan menuntut bela kerana agama, dakwah dan Palestin dan bukannya untuk suami saya sahaja.

: Adakah As Syahid (Abu Syanab) sudah dapat merasakan bahawa ajalnya sudah hampir, kerana biasanya pejuang-pejuang mujahidin ini mereka dapat merasakan kedatangan ajal mereka?
: Sebenarnya, beliau tidak merasa demikian. Tapi boleh jadi juga ada perasaan berkenaan di dalam dirinya. Bagaimanapun, saya dapati beliau sangat senang hati dan terlalu gembira... Saya tidak menyangka itu adalah saat-saat terakhir kehidupan beliau.

Alhamdulillah beliau telah menjayakan cita-citanya iaitulah kegembiraan di dalam hidupnya. Saya berdoa moga beliau bertemu dengan Allah dalam keadaan redha dan mendapat nikmat syurga dengan penuh kegembiraan dan kekal di dalamnya.

Dalam tempuh terakhir itu juga beliau pergi menemui semua orang yang bekerja di rumah dan membayar baki gaji mereka. Orang terakhir menerima bayaran daripadanya ialah Duhan. Katanya, "Awal bayaran kali ini Abu Hasan?"

Beliau menjawab, "Wahai orang muda, ambil hak kamu ini. Seseorang itu tidak tahu bila dia akan mati."

Alhamdulillah, beliau sempat membayar semua bayaran yang sepatutnya beliau jelaskan dan beliau meninggalkan dunia ini dengan tidak menanggung sebarang hutang. Moga-moga Allah menerimanya sebagai syahid........

Tuesday, October 19, 2010

Hadapi ujian dengan ubat Qiamullail



Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang masih memberi peluang untuk diri ini hidup di atas muka bumi Nya.. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, akhirnya semakin dekat dengan ujian.. Ujian akademik yang mengusik jiwa para pejuang.. Tuntas para pendakwah perlu yakin dengan sebenar-benar yakin dengan janji ganjaran Allah kepada mereka-mereka yang membantu agama Allah.

Firman Allah dalam surah Muhammad ayat yang ketujuh hingga ke sembilan yang kira-kira bermaksud;
"
[7] Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

[8] Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.

[9] Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka .



Dan setiap ujian itu ada cara penyelesaian dan penyelesaian terbaik adalah kita kembali kepada sifat asal kita selaku seorang hamba yang hina sekadar mampu berusaha. Dekatkan lah diri kita dengan Allah s.w.t kerana ia penentu segalanya. Ubatilah keresahan diri, tekanan perasaan, rasa amarah dengan mengabdikan diri kepada Tuhan. Api dalam diri kita hanya mampu di padamkan dengan wudhuk dan sujud kepada tuhan. Dan disini saya berkongsi sedikit antara persiapan dan amalan untuk bangun bertahajjud.

A. Persiapan Umum

1. Memelihara keinginan untuk sentiasa bangun malam, perkuatkan niat untuk bangun malam sebelum tidur.
2. Jangan makan terlalu banyak makan yang akan membuat perut terasa kenyang dan mengantuk.
3. Mengusahakan tidur pada siang hari beberapa saat.
4. Menjaga pandangan.
5. Menjaga diri dari berbuat maksiat.
6. Melaksanakan solat fardhu (diutamakan solat berjamaah di masjid), iringi dengan mengerjakan solat rawatib.
7. Berinteraksi dengan orang-orang yang dapat membuat kita ingat kepada Allah

B. Persiapan Menjelang Tidur

Setelah melaksakanakan solat isya (diutamakan berjamaah di masjid bagi lelaki), lakukan aktiviti seperlunya yang bermanfaat dan diridhoi Allah. Jangan melewatkan tidur (kecuali dalam hal-hal yang baik).
“Bahwasanya Rasulullah saw membenci tidur malam sebelum (sholat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Sebelum tidur bila memungkin lakukan hal berikut:

1. berwudhu’ terlebih dahulu,
Rasulullah saw bersabda kepada Al-Barra’ bin Azib: “Jika engkau akan pergi ke tempat tidurmu, hendaklah engkau berwudhu seperti wudhu untuk solat.” (Muttafaq Alaih).
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR. Bukhari)

2. bila memungkin lakukan solat sunnah dua rakaat dan bila khawatir bangun menjelang adzan subuh yang menyebabkan tidak melaksanakan solat malam laksanakan solat witir 3 atau 1 rakaat.
3. Sentiasa bermuraqabah diri atas apa yang telah dikerjakan sebelumnya.
4. membersihkan tempat tidur
“Jika salah seorang di antara kalian akan tidur, hendaklah mengambil potongan kain dan mengibaskan tempat tidurnya dengan kain tersebut sambil mengucapkan ‘bismillah’, karena ia tidak tahu apa yang terjadi sepeninggalnya tadi.” (HR. Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, dan Abu Dawud).

5. Pasang Alarm (Siapa ya yang akan bangun duluan, alarm atau kita?)

6. Lakukan tidur dengan posisi tubuh mengiring ke kanan

Sabda Rasulullah saw kepada Al-Barra’ bin Azib: “Jika engkau akan pergi ke tempat tidurmu, hendaklah engkau berwudhu seperti wudhu untuk solat, kemudian tidurlah di atas lambung kananmu.” (Muttafaq Alaih).

“Rasulullah saw apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Dari Al Barra' bin Azib ra berkata, "Apabila Rasulullah saw berada pada tempat tidurnya dan akan tidur maka beliau miring ke sebelah kanan, kemudian membaca: "Allahumma aslamtu nafsii ilaika wawajjahtu wajhi ilaika wafawwadhtu amrii ilaika wa alja'tu zhahrii ilaika raghbatan warahbatan ilaika laa malja-a walaa manja-a minka illaa ilaika. Aamantu bikitaabikalladzii anzalta wanabiyyikal ladzii arsalta (Wahai Allah, saya menyerahkan diriku kepada-Mu, menghadapkan mukaku kepada-Mu, menyerahkan semua urusanku kepada-Mu, dan menyandarkan punggungku kepada-Mu dengan penuh harapan dan takut kepada-Mu, tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari siksaan-Mu kecuali hanya kepada-Mu. Saya beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dari nabi yang Engkau utus." (HR. Bukhari).

Abu Huraira ra berkata, Rasulullah saw melewati orang yang sedang tidur dengan posisi tengkurap, beliau membangunkan orang itu dengan kakinya dan berkata, “Ini adalah posisi yang tidak disukai Allah.” (HR. Ahmad).

“Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Dawud)

7. membaca do'a sebelum tidur,

Rasulullah saw jika mau tidur berdoa, " Bismika Allahumma Amut wa Ahyaa" (Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup), bila bangun tidur berdoa," Alhamdulillahillazi ahyana ba'da maa ama tanaa wa ilayhinnusur." (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami mati, dan kepada-Nya kami kembali." (HR. Muslim).

Rasulullah saw bersabda kepada Ali bin Abu Thalib dan Fatimah yang meminta pembantu kepada beliau, “Maukah kalian berdua aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian berdua minta? Kalian berdua hendak tidur, bacalah tasbih (subhanallah) sebanyak tiga puluh kali, bacalah hamdalah (alhamdulillah) sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bacalah takbir (Allahu Akbar) sebanyak tiga puluh empat kali. Itu semua lebih baik bagi kalian berdua dari pada pembantu. (HR. Muslim)

Kemudian membaca surat Al Fatihah, lima ayat pertama surat Al Baqarah, ayat kursi, dan surat Al-Baqarah 2 ayat terakhir (2: 285-286).

Rasulullah saw membaca doa terakhir sebelum tidur : Bismikarabbii wa dho’tu jambii wa bika arfa’uhu in amsakta nafsii farhamhaa wa in arsaltahaa fahfazhhaa bimaa tahfazha bihi ‘ibaadakasshaalihiin (Dengan Nama-Mu, ya Rabb-ku, aku meletakkan lambungku. Dan dengan Nama-Mu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku (mati), maka berilah rahmat padanya. Tapi apabila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang shalih.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan At-Tirmidzi).


C. Ketika Bangun Malam

1. Membaca do’a bangun tidur dan dilanjutkan dengan membaca QS. Ali Imran dari ayat 190 sampai akhir surat.
2. Segera berwudhu, jangan lupa bersiwak (menggosok gigi)
3. lakukan solat dua rakaat yang ringan (pendek)
4. bangunkan keluarga, tetangga dan teman
5. jika mengantuk jangan lakukan solat, tidurlah sesaat.
6. Manfaatkan malam untuk solat, tilawah (membaca Al Qur’an), berdzikir, beristighfar, dan panjatkan doa sesuai dengan keinginan masing-masing (tentu permohonan yang baik bagi kehidupan di dunia dan akhirat)
7. Jangan lupa solat Subuh.


Mudah-mudahan kita mampu bangun malam dan mampu menikmati kelezatan bertaqarub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Sunday, September 26, 2010

Yakinlah dengan Janji Allah... Jagalah hubungan dengan Allah dengan bercinta dengan Allah sebelum mencintai manusia...



1-“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.


2-“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nur: 32)
Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?


3-“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (hari. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.


4-“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar Rum : 21)


5-“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sebagainya.

Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.

Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)

Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.” (Sahih riwayat Muslim hanya 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).


6-”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.


7-“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.


8-“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)
Supaya Allah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9-“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)


10-“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.

Jadi, Kenapa ragu dengan janji Allah?

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:

Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan
hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu."

"Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang
hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu
bendanya yang telah hilang di padang yang luas."

"Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat
padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak
sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu
mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas."

(Muttafaq 'alaih)

Thursday, September 16, 2010

Analogi Magnet Bar


Magnet adalah suatu objek yang mempunyai suatu Medan Magnet. Magnet merupakan objek yang mampu menarik bahan lain yang diperbuat daripada logam. Perkataan Magnet (magnit) berasal daru bahasa Yunanui magnitis lithos yang bermaksud batu Magnesian. Magnesia adalah nama sebuah wilayah di Yunani pada masa lalu di kenali sebagai Manisa (sekarang berada di wilayah Turki) di mana terkandung batu magnet yang dijumpai sejak zaman dahulu di wilayah tersebut.


Magnet selalu memiliki dua kutub yaitu: kutub utara (north/ N) dan kutub selatan (south/ S). Walaupun magnet itu dipotong-potong, potongan magnet kecil tersebut akan tetap memiliki dua kutub. Apabila kutub yang sama di dekatkan, magnet akan menolak antara satu sama lain tetapi apabila kutub yang berlainan di dekatkan, ia akan menarik antara satu sama lain.


Apakah kaitan magnet dengan gerak kerja dakwah? Magnet hanyalah seketul objek berbentuk segi empat tepat. Wahai para aktivis dakwah, ayuh kita sama-sama menuruti sifat magnet dimana, magnet menarik segala jenis logam tanpa mengira saiz, bentuk dan rupa. Dari sebesar-besar magnet hinggalah sekecil-kecil magnet, ianya tidak akan berubah sifat dan tetap thabat dalam menarik dan menyeru orang ke arahnya. Dalam aktiviti dakwah, kita dituntut untuk menyeru semua manusia tanpa mengira latar belakang, umur, rupa dan bangsa kerana Islam is for All. Islam itu agama untuk semua manusia sekalian alam. Sekalipun kita ini kecil dan tidak mantap ianya tidak bernama kita kena merubah sikap kita untuk tidak mengajak orang akan tetapi kita perlu thabat dengan pendirian.


Kita analogikan Kutub Selatan (S) sebagai Syurga dan Kutub Utara (N) sebagai Neraka. Bilamana seseorang itu menyimpang jalannya daripada menuju ke Syurga kepada ke Neraka, kitalah mena menarik dan mengak kembali ke jalan yang benar iaitu jalan yang menuju ke Syurga kerana kita dalam hidup di dunia kita perlu mengajak semua manusia kea rah bertaqwa kepada Allah dan bukannya kita mahu ke syurga seorang diri. Kita ambil ibrah dari sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkah agama Allah di muka bumi Allah ini, apabila baginda di lantik menjadi Rasulullah, baginda terus menyampaikan agama Allah dengan cara yang paling berhikmah. Baginda tidak menganut agama Islam seorang diri. Namun begitu timbul pula pertanyaan; Baginda itu rasul tugasnya memang menegakkan agama Islam. Kita manusia biasa jadi kita patut amalkan ajaran nabi. Sedarlah kalau para sahabat nabi, para syuhada, para ulama’ berfikira seperti ini, nescaya kita ini belum tentu lagi menganut agama Islam. Sebab Baginda seorang nabi jadi kita wajar mencontohi sunah baginda dan turut serta menyebarkan agama Islam yang syumul yang dibawa oleh Rasulullah. Nabi bersabda dalam satu hadith Qudsi yang bermaksud “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Iaitu Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah”.


Nabi juga pernah bersabda. “ Setiap bani Adam pasti akan melakukan dosa, dan sebaik-baik pelaku dosa adalah orang yang bertaubat”. Kita ini insan biasa dan serba kekurangan dan kita perlu akui setiap kekurangan kita untuk penambahbaikan. Cuba kita analogikan Kutub Utara (N) sebagai kelemahan dan kekurangan kita yang menjerumus kita ke Neraka, dan Kutub Selatan (S) sebagai teguran baik dari individu lain yang mengajak kita ke jalan yang benar menuju ke Syurga. Kita ini semuanya hina dijadikan daripada air mani dan ovum. Pada asalnya nabi Adam dijadikan daripada tanah. Oleh yang demikian kita wajar berfikiran terbuka dan menyemai sifat berlapang dada untuk menerima sebarang teguran, maklum balas terhadap segala kekurangan dan kelemahan kita untuk ditambahbaik. Para aktivis perlulah menjauhkan diri daripada perasaan Syok Sendiri (SS) yang mana kita ni terbaik, dan susah menerima teguran dari orang yang lain.



Tidak dinafikan dalam melaksanakan gerak kerja dakwah ini, pasti ada mehnah dan tribulasi yang mengusik jiwa untuk lari dari jalan dakwah ini. Ujian dan dugaan akan melanda kita dari setiap penjuru dan sudut kehidupan. Namun begitu kita perlu optimis untuk mengatasi sifat pesimis yang berada dalam diri kita. Gambarajah di bawah menunjukan dua Magnet yang di dekatkan dengan kedua-dua kutub adalah kutub yang sama iaitu kutub Utara (N). Kita ibaratkan kita di sebelah kanan dan cabaran kita di sebelah kiri. Selaku manusia biasa, hati kita terkadang rasa lemah dan putus asa terhadap diri sendiri, kita juga sering merasakan diri kita ini tidak layak untuk melakukan gerak kerja dakwah. Ketika inilah Allah uji kita dengan adanya usikan sinis dari syaitan, manusia dan nafsu yang sebati dalam diri kita sendiri. Syaitan akan cuba mengaburi mata hati kita dengan nikmat-nikmat dunia, melalaikan kita dari mengingati Allah, manakala sesama manusia pula ada yang memerli kita dengan mengatakan kita tidak layak untuk berdakwah, umur baru setahun jagung sudah yang tunjuk alim, dan kadang-kadang nafsu menimbulkan konflik dalam diri kita sendiri, sebagai contoh aku perlu mempunyai harta dan kekayaan dahulu untuk berjuang. Sifat pesimis juga akan menjatuhkan semangat kita dengan menyogok kita dengan perasaan yang gerak kerja dakwah ini perlu dibawa oleh orang yang ilmunya tinggi, pemakaiannya mantap, akhlaknya yang thiqah. Namun begitu bila mana dua kutub yang sama di dekatkan magnet akan menolak, jadi bila mana ujian dan cabaran ini menyapa dan mengusik jiwa, kita perlu mempositifkan perkara-perkara negatif ini untuk kita makin laju memaju ke Syurga. Tanamkan iman kita, dan kuatkanlah iman kita. Oleh kerana aku tidak layaklah aku perlu meningkatkan kualiti diri untuk melayakkan diri aku, oleh kerana aku kurang berakhlaklah aku perlu berakhlak mulia supaya nanti mad’u thiqah kepada diri kita. Kita jangan mengharungi ujian-ujian ini secara negatif yang akan melemahkan kita di mana apabila terdapat orang yang memperlekehkan ilmu kita, orang menyindir kerja kita, kita rasa lemah dan semakin lemah yang akhirnya kita lari dari perjuangan. Akan tetapi hadapilah ujian-ujian ini secara positif supaya bilamana ujian dan cabaran itu bertambah, semakin bertambahlah semangat kita untuk meningkatkan kualiti diri pada masa yang sama kita tetap berdakwah. Dalam erti kata yang lain, kerja dakwah itu perlu selari dengan peningkatan kualiti diri.


Dalam kita memperbaiki diri, tidak dinafikan ada juga pujian yang akan cuba membuatkan kita berasa selesa. Ini kerana syaitan itu licik dan dia akan memperdayakan kita dengan segala bentuk godaan dan khayalan. Analogi gambarajah di bawah menunjukkan bila mana kita kita leka dan tergoda dengan pujian-pujian manusia, kita akan tertolak ke Neraka tanpa kita sedari. Ini berlaku apabila kita di nodai dengan sifat riak, takabur, sombong dan bangga diri. Marilah kita sama-sama berdoa supaya kita dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah ini dan tetap thabat dalam perjuangan. Jadilah kita ini orang yang semakin garang mengaum di siang hari, semakin esak menangisi dosa di malam hari, semakin banyak bekerja, semakin tinggi sifat kehambaan kita kepada Allah.



Akhirul kalam, berdoalah supaya setiap kerja yang kita lakukan Allah mendapat keredhaan daripada Allah swt. InsyaAllah.. Siru ala barakatillah…

Monday, September 13, 2010

Memburu SyurgaNya...

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian Alam. Kita panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi dikurniakan dua nikmat yang terbesar di dunia iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Dimana dua nikmat inilah yang merupakan prasyarat untuk kita ke syurga Allah s.w.t.

Bersabda Nabi Muhammad SAW:

“Man qala Lailaha illallah, dakhalal jannah”
Barangsiapa yang mengucapkan “Tiada tuhan selain Allah” akan memperoleh syurga

Dan kita hendaklah sentiasa berdoa supaya malaikat izrael menjemput kita ketika mana kita beragama Islam dan beriman kepada segala Rukun Islam dan Rukun Iman seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 102;



Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Dalam kita memburu syurga Allah s.w.t yang tiada terbayang nikmatnya, bukanlah cukup sekadar mengucapkan kalimah syahadah Laillaha iLLah, Muhammad rasulullah sahaja, tetapi kita perlukan iman yang teguh dan keyakinan terhadap Sang Pencipta kita iaitu Allah s.w.t di mana segalanya ditentukan dibawah kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa.

Namun begitu, dalam masa kita meningkatkan keimanan kita dalam menuju Syurga Allah, setiap mukmin pasti ada musuh-musuh yang cuba memesongkan kita dari jalan yang lurus, jalan yang Allah kurniakan nikmat. Terdapat 5 musuh bagi orang mukmin;

1) Mukmin yang dengki
2) Munafik yang membenci
3) Kafir yang memerangi
4) Syaitan yang menghasuti
5) Nafsu yang cuba menguasai

Musuh-musuh orang mukmin ini hanyalah mahu menyesatkan umat Islam dari jalan yang benar dengan pelbagai cara, dimana jua dan setiap masa. Musuh-musuh ini akan melalaikan manusia dengan nikmat-nikmat dunia sehingga manusia terleka dan memburu syurga dunia yang tidak ada nilai pun jika dibandingkan dengan nikmat syurga di akhirat. Kita perlu sedar dunia ini alam persinggahan sementara sebelum kita ke alam barzakh seterusnya ke alam Akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar seperti firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 64


” Dan tidaklah kehidupan di dunia ini,melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan, sedangkan kehidupan di akhirat merupakan kehidupan yang sebenar kiranya mereka mengetahui.”

Sekuat mana pun musuh kita kita ada senjata untuk melawan musuh-musuh kita. Senjata utama orang mukmin adalah Doa kepada Allah dan yakinlah kepada Allah dengan sebenar-benar yakin yang Allah akan perkenankan doa kita jika kita benar-benar meminta dan memohon dengan sangat. Firman Allah dalam surah Al-Ghaafir ayat 60;



Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Doa juga merupakan senjata yang kuat yang digunakan seorang muslim dalam mencari kebaikan dan menolak kemadharatan, Rasulullah saw bersabda:

“ Barang siapa diantara kalian telah dibukakan baginya pintu doa, pasti dibukakan pula baginya pintu rahmat, dan tidaklah Allah SWT diminta sesuatu yang Dia berikan lebih Dia senangi dari pada diminta kekuatan, sesungguhnya doa itu bermanfaat baik terhadap apa yang terjadi maupun belum terjadi, maka hendaklah kalian berdoa.” (HR: tirmizi, dihasankan oleh Al-Albani).

Doa adalah senjata yang digunakan para nabi dalam menghadapi situasi-situasi sulit, begitu pun nabi Muhamad saw dalam perang badar, ketika baginda melihat jumlah kaum musyrikin sebanyak seribu sedang pasukan Islam tiga ratus Sembilan belas, baginda segera menghadap kiblat seraya mengangkat kedua tanganya berdoa:

“ Ya Allah wujudkanlah untuk kami apa yang engkau janjikan, ya Allah berikanlah kepada kami apa yang engakau janjikan, ya Allah jika sekumpulan kaum muslimin ini binasa, maka tidak ada yang akan menyembah engkau di muka bumi ini.” Rasulullah saw terus melantunkan doa seraya membentangkan kedua tanganya menghadap kiblat hingga selempangnya jatuh, maka datanglah Abu Bakar mengambil selempang Rasulullah saw dan meletakanya di atas pundaknya dan menjaganya dari belakang dan berkata: wahai nabi Allah, doa engkau kepada Tuhanmu sudah cukup, karena Dia pasti akan mewujudkan apa yang Dia janjikan untukmu.” (HR: Muslim)
Sekuat mana pun musuh, seramai mana pun musuh kita boleh atasi dengan segala senjata yang kita ada jika senjata-senjata yang kita miliki itu kita berikan kekuatan. Dan kekuatan senjata kita bergantung kepada kekuatan iman. Kekuatan iman kitalah yang dapat mendekatkan kita kepada Allah s.w.t dimana sumber kekuatan kita bergantung kepada hubungan kita dengan Allah, Tuhan yang memberikan pertolongan.

Untuk yang terakhirnya, marilah kita sama-sama menghisab tahap keimanan kita adakah lebih tinggi dari semalam? Atau semakin berkurang?. Bersamalah kita mendekatkan diri kepada Allah, putikkanlah rasa cinta kita kepada Pemilik segala cinta iaitu Allah swt, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Sucikanlah jiwa kita untuk kita bertemu dengan Kekasih Allah yang kita rindui, Muhammad Rasulullah SAW. Semoga kita semua beroleh keredhaan dari Allah.

Renungilah firman Allah dalam surah Al-Fajr ayat 27-30. Mudah-mudahan dapat menyuntik semangat kita untuk terus beriman kepada Allah dan melakukan segala perintah Allah serta meninggalkan segala larangan Allah. InsyaAllah kita tetap istiqamah dalam memburu SyurgaNya..



(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!



"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu!



"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.



"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

Walllahu ‘alam….

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...