Sunday, January 25, 2009

inni uhibbuk



Waqina azabil Mahsyar,,,

Manusia akan berkumpul di padang Mahsyar nanti dalam keadaan takut, di mana mereka semua sibuk mencula nasib diri sebelum di timbang di atas necara Allah. Manusia berkumpul dalam keadaan tidak berpakaian, bertelanjang bulat dan berkumpul tanpa batasan lelaki dan perampuan. Namun begitu tatkala itu manusia tidak dapat bertutur kerana sibuk dengan urusan masing, sibuk menunggu giliran untuk di hisab. Dan seperti mana yang di ketahui, di padang mahsyar itu suhunya teramatla panas seumpama matahari sejengkal di atas kepala. Sehingga kan ada yang tidak tahan dengan kepanasan itu meminta kepada Allah untuk terus di campakkan ke neraka, sedangkan mereka tidak tahu azab api neraka jauh lagi pedih dan siksa dari azab di padang mahsyar. Dan mereka juga berkumpul dalam keadaan huru-hara, risau, takut dan rungsing kecuali sebahagian di kalangan kelompok manusia ini yang aman dari huru-hara di padang mahsyar..

Mereka itu tergolong kepada 7 golongan:

1) Peminpin yang adil iaitu peminpin yang meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul, dan juga melaksanakan hukum Allah sepertimana firman Allah di dalam Al-Qur'an yang kira-kira bermaksud: " Sesiapa yang menghukum dengan selain dari hukum Allah, maka mereka tergolong di kalangan orang-orang yang zalim..

2) Pemuda yang tekun beribadah kepada Allah yakni pemuda yang tidak menghabiskan masanya ketika muda dengan perkara yang sia-sia. Mereka mempunyai iman yang kuat melawan nafsu, godaan syaitan dan godaan duniawi yang penuh dengan kenikmatan. Pemuda golongang ini juga meng'infakkan diri nya kepada Allah sepenuhnya.

3) Orang yang hatinya sentiasa bergantung kepada Masjid bukan bermaksud orang yang selalu turun ke masjid akan tetapi orang-orang ini paham apa itu masjid sebagai baitullah., rumah Allah di mana kalau orang datang ke baitullah ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengingati Allah, mendekatkan diri dengan Allah. Orang-orang ini paham apa itu baitullah, mereka mengenali rumah-rumah Allah dan mengimarahkan rumah-rumah Allah.

4) Orang-orang yang bercinta atau berkasih sayang, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Tak lekang dari mulut nya untuk menyebut Inni uhubbuk. " sesungguhnya aku mencintai kamu" apabila mereka bertemu dan bersalaman. Dan perkataan ini lah yang di ajarkan oleh Nabi kita Muhammad kepada para sahabat untuk merapatkan ukhuwah sesama kita. Ketika menegur juga, kita lafazkan inni uhibbuk yakni kita menegur kerana kita sayang kan sahabat kita dari murka Allah.

5) Mereka yng menolak ajakkan perempuan bangsawan untuk berzina dengan berkata " Aku takut kepada Allah" Mereka ini apabila di ajak berzina yang keluar dari mulutnya ialah inni akhafullah.. " sesungguhnya aku takutkan Allah".. Mereka ini yakin Allah sentiasa mengawasi dan melihat apa yang kita lakukan setiap saat dan setiap detik dan tidak pernah terlepas pandang.

6) Orang-orang yang bersedekah secara tersembunyi. Tidak pernah terdetik dihati mereka bersedekah untuk menunjuk-nunjuk. Mereka menderma dengan hati yang suci dan ikhlas. Mereka beriman bahawa segala harta yang di miliki adalah pinjaman dari Allah. Sedekah yang sedikit dengan ikhlas itu terlebih mulia di sisi Allah dibandingkan dengan sedekah yang bayak tetapi dengan perasaan riak.

7) Orang-orang yang berzikir dan mengingati Allah di tempat yang sunyi sehingga menitiskan air mata. Orang-orang ini akan mata nya tidak beku dari mengalirkan air mata apabila mengingati Allah. Mereka takut akan siksaan Allah dan sentiasa bertaubat apabila melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik zikir ialah di wahktu dinihari sepretiga malam. Mereka bangun memuji kebesaran Allah dengan penuh khusyuk.

Saturday, January 24, 2009

andai kau tahu....

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang...

dengan nama Allah permulaan bicara,
memohon berkat dan rahmat dari Nya..
tak lupa selawat dan salam kepada baginda,
rasul junjungan yang teramat mulia..



Takut siksaan Allah dan Mengharapkan rahmat Allah..

Ramai yang diantara kita masih lagi tidak sedar yang kita semakin hampir dengan hari kiamat, di mana malaikat izrafil akan turun meniupkan sangkala, maka bertebanganlah bukit-bukit, gunung-gunung seperti kapas. dan menjadi debu-debu yang berterbangan.. apakah kita sudah bersedia untuk meniti titian siratul mustaqim, di mana halusnya di ibaratkan seperti seurat rambut di belah tujuh...
Astagfirullahal'azim...

Allah telah menjanjikan seksaan paling ringan dalam neraka ialah diletakkan dibawah tapak kakinya dengan 2 batu yang mendidihkan otaknya.. dan ketika itu dia tidak melihat yang terlebih azab daripadanya.walhal seksaan dia itu merupakan siksaan yang teringan dalam api neraka.. Namun begitu, siksaan paling ringan itu telahpun di tempah oleh bapa saudara nabi.. yang mana tidak mendapat hidayah untuk menganuti agama Allah tetapi beliuan merupakan orang yang sangat menyayangi rasulullah dan menyokong perjuangan rasulullah..

Bagainama pula kita??? jikalau bapa saudara nabi pun di azab sebegitu rupa, apatah lagi kita yang hidup selepas beribu tahun kewafatan nabi.. atau pun kita yakin kita masuk syurga?? sedangkan para 'abid ahli ibadah sentiasa berzikir wahai tuhan ku tak layak ke syurga Mu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.. malu lah kita kalau kita ingin kan syurga Allah tapi kita masih lagi bergelak ketawa, berjenaka dengan kenimatan dunia.. Adakah kita mahu tergolong dikalangan orang-orang yang rugi, dimana pada hari akhirat kelak merayu-rayu di kembalikan ke dunia untuk melakukan kebajikan? seperti mana firman Allah dlm kitab sucinya dalam surah As-Sajadah ayat 12 yang bermaksud: Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang dan berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan, (mereka berkata). "Ya tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang yang yakin".. tapi pada ketika itu semuanya sudah terlambat. dimana Allah menjawab dalam ayat yg ke 20 dalam surah yang sama : Dan adapun orang-orang yang fasiq, maka tempat kediaman mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka, " Rasakanlah azab neraka yang dahulu kamu dustakan"..

Sayangnya nabi terhadap kita dikala izrail datang mencabut nyawa dari badan, umatku.. umatku yg keluar dari mulut baginda. Baginda juga meminta supaya kesakitan ketika nyawa bercerai dari badan ditanggung oleh baginda. begitulah sayangnya nabi kepada kita semua ummatnya.. bagaimana pula dengan kita?? adakah cukup sekadar berselawat?? menyambut maulidur rasul?? renungkanlah bersama.. Rasulullah berpesan kepada kita di dalam hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ahmad Tirmizi, Nasa 1, Ibn Najah.. " jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis".. pesanan nabi ini supaya kita senantiasa bersedia dan tidak alpha dengan segala tipu helah kenikmatan dunia.. Sesungguhnya azab siksaan Allah itu amat pedih.. Marilah kita perbayakkan istighfar.. Astaghfirullahal'azim... kita hendaklah mendidik diri kita supaya tidak mudah tertipu dengan godaan syaitan laknatullah.. dan kita seharusnya melawan syaitan dan berlindung dengan Allah semata-mata.. jangan sekali-kali kita takut kepada syaitan sepertimana Allah berfirman dalam surah al-Imran ayat 175: " Sesungguhnya mereka hanyalah setan yang menakut-nakuti (kamu) dengan teman-teman setianya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu orang-orang beriman"...

Kita selaku muslim hendaklan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah s.w.t supaya kita mendapat keredhaan dan rahmat dari Nya yang merupakan tiket untuk kita terlepas dari api neraka untuk ke syurga Nya..Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat dari Allah belaka.. Dalam kita mencari jalan untuk mendapatkan keredhaan tuhan, kita hendaklah sentiasa mengharapkan rahmat nya dan takutkan azab siksaan Allah yang sangat pedih.. di mana Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 57: " Orang-orang yang mereka seru kepada Tuhan siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah). Mereka mengharapkan rahmat-Nya. Sungguh azab Tuhanmu itu sesuatu yang (harus) di takuti.. Maksud ayat ini ialah takut akan siksaan Allah dan mengharapkan rahmat Allah itu mesti datang bersama untuk mendekatkan diri kepada Allah..

Dan kita juga di tegah untuk berputus asa dari mengharapkan rahmat dari Allah, sebaliknya kita harus berusaha bersungguh-sungguh dengan memperbaiki segala kelemahan yang menghalang kita untuk mendapat rahmat Allah.. Sesungguhnya rahmat Allah itu meliputi segala sesuatu dan tiada yang mustahil bagi Allah. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 156: " Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Sungguh, kami (bertaubat) kepada Engkau. (Allah berfirman), " Siksa-Ku akan Aku timpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat- KU meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku bagi orang-orang yang bertaqwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami". Disini kita hendaklah istiqamah dalam mencari rahmat Allah dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi orang yang bertaqwa dan beriman dengan suruhanNya dan ayat-ayat Allah yang suci..

Kesimpulanya, kita selaku muslim hendaklah yakin akan Allah, taat perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya dengan sepenuh hati dan seikhlas-ikhlasnya.. Kita juga hendaklah yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa bersama kita. Nabi s.a.w bersabda dalam hadith qudsi di mana Allah berfirman: " Aku menurut dugaan hambaKu terhadapKu dan Aku bersamanya ketika ia mengingatiku".. jadi hendaklah kita sama-sama sentiasa mengingati Allah untuk mendekatkan diri kepada Nya..

sebagai penutup bicara, mari kita bersama merenungi mutiara kata ini...

Sunday, January 18, 2009

18 januari - kekeliruan melanda diri... Astaghfirullahhalazim...

Assalamualaikum...
tak sampai pon sehari aku memblog lagi meneruskan senaman jari...
kerana pada hari ini banyak jugak peristiwa menarik yang ku lalui...
separuh hari bersama MPP....

7.30 a.m - aku bingkas bangun dan berlari.. menuju ke cafe v2 lagi melaporkan diri.. awangku sampai awal sekali sampai dia pikir dia da di tinggalkan seorang diri padahal semua tak sampai lagi.. hahahaha...

8.00 a.m - nik, ang dan farouqi tak muncul lagi.. zila mula tak sedap hati... hahahaha.. kami pon sabar menanti di bawah pokok dengan sinaran mentari di pagi hari... sinar pagi kaya dengan vitamin E yang baik untuk kulit..

8.30 a.m - setelah semua melapor diri, 4 kereta berkonvoi ke destinasi.. di dahului dengan kancil pahe.. oppsss.. silap mercs pehe.. followed by 3 lagi kete iswara... kete iswara ni kete rasmi MPP.. sumer kete dak MPP 4 iswara 2 kancil aka mercs as a back up car.. ngeh3.. bertolak lah kami meninggalkan UTP.. mercs di naiki oleh ( farouqi, hasmadi, pehe dan syuhada aka pr nye SV) kete aizi di naiki oleh ( aizi, matpa, farhani dan zila yang jadi penumpang vip) kete ang di naiki oleh ( ang, nik, awangku penyeri hari) last kete amin di naiki oleh ( amin, martin, nazurah dan nadiah yang tengah sepi ='(...



8.45 a.m - kami topup minyak di taman maju.. masing-masing sibuk berlari- lari withdraw duit. perut kami berbunyi kerana belum di isi.. krooooooookk3x.. kami ingin meneruskan destinasi.. seat belt semua telah di pasang rapi.. but then singgah makan breakfast hanya di belakang stesen minyak.. weeeeee... kami makan dengan senang hati.. geng-geng bertiga bertambah-tambah sampai lupa diri... hahahaha... setelah perut sudah di isi.. kami berkonvoi menuju destinasi?? oppss.. luper plak nk gtaw awal.. hari ini kami ada family day MPP di ulu kenas...

9.25 a.m - perjalanan di terus kan.. kami melalui jalan belakang.. sampai di simpang parit kami pelik melihat gelagat penumpang seat belakang di kereta depan.. kami memecut menghampiri mercs itu.. apabila semakin hampir, rupa nya si pehe tgh syok amek gambar sendiri bersama twetty.. tak cukup dengan itu di suruh nye syuhada SV melakukan sesi photography dalam mercs.. kami pon beposing jugak la dari kereta belakang.. klu zoom 1000 x nampak kowt..
hahahaha... kami meneruskan perjalanan lagi.. belum pon sampai parit zila dan farhani telah pon separuh mati... mereka tido tak sedarkan diri... huhuhuhu... sian aku ngan aizi... tapi carta era penghibur hati..

10.30 a.m - kami sampai ke simpang untuk ke hutan lipur warisan ulu kenas.. namun begitu mercs di hadapan terus memecut laju ke bandar kuala kangsar?? kebingungan aku dan aizi??? kami pon menelefon kerana tak sedap hati.. ceyt.. rupa-rupanya nk pegi amek makanan di rumah member pehe.. kt kuala kangsar... bak kata pehe kate family day, kena la amek sama-sama laaa.. wink^^

11.00 a.m - ulu kenas kami jejaki juga akhirnya... modul pertama menghidupkn api.. semalam hujan lebat abis basah kayu api.. huhuhuhu.. aku dan awangku tak sabar-sabar nak mandi.. sebab tak mandi pagi lagi.. syhhhh... puas sudah kami berusaha menghidupkan api..

nik pula berdemonstrasi.. hidup!!! 2 x.. hidup api!! hahahaha... madi terus berusaha lagi.. hurmm.. modul kedua meniup tepung untuk mencari partner.. hasi tiupan ku ang jadi pasangan hati.. modul di teruskan dengan membina kapal kertas yang paling cepat sampai ke destinasi.. awangku dengan kapal terbaru zaman masa kini.. namun kapal kami dgn konsep moden dan tradisi kapal pertama mencecah garisan penamat yang di adili oleh matin.. yeayyyyy... kami membuat misi mencari kayu api.. aku, matin awangku menyeberangi air utk mencari kayu api di seberang sana.. padahal alasan nk turun mandi.. maka bergembira la kami bertiga.. survey dulu tempat yg tak berisiko utk mandi.. setelah di pastikan selamat.. kedebooomm!!! bunyi terjunan kami memecah alam yang sunyi sepi.. hehe...




12.00 p.m - apa sudah jadi pada unggun api?? kami bingkar naik dan berlari.. menuju tempat menghidupkan api.. tahniah kepada sumua kerana berjaya menghidupkan api.. terer nyer korang.. hahaha..



setelah ayam selamat di letakkan di atas para besi utk di bakar..

kami semua meneruskan misi kami.. keddeebooomm!! silih berganti... setelah puas mandi sebok pulak nk berphotograpi.. huhuhuhuhu...



kalau amek gambar dak2 ponpuan x cukup dgn hanya sekali.. syud, pehe, zila tak sepat senyum lagi.. farhani senyum x kering gusi.. nazurah sentiasa di sini nadiah yang masih sepi..

kenapa pulak exco 2 aku nih??? disini lah kekeliruan melanda diri.. tak tahu ape yang dah terjadi.. sehingga diri terasa sangat2 guilty..

12.30 p.m - kuyup dah kami bermandi.. timbul idea untuk membuat video demi matahari.. tapi malang sekali time tu jugak la out of memory.. x sempat pon abes rakam lagi.. tapi kami tetap puas hati..



tgh syok dan hepi2 muslimat2 panggil makan tengah hari.. kami makan besama satu family... selepas kenyang kami sambung terjun lagi... haih... x ingat dunia ke??? hahaha.. puas x der xtvt aku di tanam di dalam pasir.. cam tepi pantai lak.. ntah pape dak2 nih decorate body aku... uwaaaaaaaaaa...

pasrah.. badan dah mula ketar2.. jom balik... lets jom... igetsu..


1.30 p.m - penat sudah diri kami ini... huhuhuhuhu... kami mencari surau untuk menghadap Illahi.. tapi agak kurang selesa dengan keadaan surau di sini.. kami pon menghabiskan modul terakhir... mengomen member2 MPP.. hahahahahah.. kami gelak jahat.. sesi komen2 berakhir dalam setengah jam camtuh la.. byk la komen membina yang aku dapat dan banyak gak aku komen org.. hahahaha.. trmas utk komen2 tuh sumer...



2.00 p.m - haishhhhh kami tak solat lagi... vrooooomm.. memecut mencari masjid terdekat.. kami pulang 3 kereta iswara.. mercs yang di naiki farouqi awangku dan hasmadi menuju ke ipoh ada hal peribadi.. kami menyembah Allah di masjid ma'rifah.. selesai bersembahyang, kami pon pulang ke utp... belum pon sampai 5 kilometer lagi.. zila dan farhani tido lagi... lagi dan lagi... hahaahhaha.. aku pon maner ley jadi... jeles tak terperi.. sori aizi aku terjoin sekali... hahahaha...

4.30 p.m - sedari dari mimpi kami sudah di utp.. muslimat kt belakang masih mamai-mamai lagi.. aku pon turun kembali ke v4c.. huhuhuhuhu.. penatnyer... aizi pm kad matric tertinggal lam kete.. esok2 je la aku amek.. rehat la sekejap..

5.00 p.m - bru sahaja nak membaringkan diri.. baru sedar ada hal tak setel lagi.. haih... aku mula menyingkap kekeliruan yang melanda diri.. akhir nya aku mendapat berita yang pasti.. ingin ku jerit to say i am sory.. tapi tak siapa yang dengari jeritan hati ini.. huhuhuhu.. mintak maaf semua atas kelemahan diri.. ini semua takdir Illahi... medical checkup semalam rupanya pencetus kontroversi.. ketika itu plak hp ku abes batri.. mintak maaf sekali lagi... especially to MAS welfare department.. aku tak sangka keadaan jadi macam ini.. tapi jangan la salahkan orang lain.. ayuh kita salahkan diri sendiri.. bak pesan kak sulfa mungkin sebab hubungan dengan Illahi.. Astaghfirullahhalazim ya Allah.. ampunkan kami jika dosa kami selama ini penyebab untuk semua ini.. kami redha..


7.00 p.m - syok nyer aku buat senaman jari.. sudah la tuh bersiap ke rumah Illahi.. sekian sahaja diari untuk hari ini.. untuk malam nih x sempat sebab jadual tak siap lagi.. ada hal yang lagi mustahak.. semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini....

sekian sahaja yang ternukil...



p/s: thumbsup to PR aka typo!!
hepi bersama dgn kamu sumer MPP members..
(farouqi, nik, zila, syuhada, hasmadi, matpa, nadiah, awangku, nazurah, matin, pehe, aizi, ang, farhani, dan amin..)
x cukup syarat plak apis, kylie, amir hamzah, mosab huhuhuhu...
len kali kita plak suh pr organize family day lagi...

Saturday, January 17, 2009

Memori 17 januari, ternukil di helaian diari.

assalamualaikum dan selamat pagi...
sedikit coretan memori 17 januari...

830 a.m - aku berkumpul di cafe v2 utk menuju ke rumah cikgu amin hamzah. jurulatih pertubuhan silat seni gayong yg kami sayangi. aku di marahi oleh kaum puteri kerana agak lewat melapor diri..

9.00 a.m - kelibat muiz belum di temui. puas sudah panggilan dan mesej di beri.. namun tak satu pon di dengari.. erin mula x puas hati.. najwa dan dila turut sertai. last skali melibat kan semua puteri..

9.35 a.m - muiz yang dinanti muncul dengan senang hati. tanpa rasa bersalah dalam diri. najwa dah mula tak dapat nak kawal diri. mujurlah puteri memujuk hati.

10.10 a.m - kami berhenti utk membeli sedikit cenderahati. namun erin ngengader kan diri. x mo kuar kete utk memberi sedikit duit nk beli buah oren dan epal. tak lupa juga utk advisor di specialist hospital yg tgh melayari internet.

10.30 a.m - kami sampai di destinasi. ke rumah cikgu yang lama tak di jumpai.. timbul keraguan di dalam hati. rumah berkunci dan juga geriji. erin mula panas hati. salah kan fidzrul yang lupa tugasan di beri. di suruh mesej di pagi hari. tapi tgh hari masih tak di beri..



11.00 a.m - cikgu yang di nanti di depan mata bersama keluarga tercinta. kami hepi tak terkata. aku tak sabar nak masuk kerana dahaga.


12.00 p.m - setelah puas berdiskusi, kami minta izin mengundur diri. destinasi seterusnya ipoh specialist hospital utk melawat advisor yang demam panas. cikgu pon minat nk join skali. lalu erin dan kak husna merempit munuju destinasi. vrooooooomm...

12.30 p.m - kami tiba di hospital utk menemui si hafiz advisor baru kami. sampai sahaja kami di situ dia tgh syok men laptop.

merujuk kepada laporan kesihatan dia tak boleh keluar lagi. kena tunggu beberapa hari sebab mata dia masih merah lagi.. kami bergembira menghiburkan hati. supaya hafiz tak merasa sunyi. selepas puas borak tak kering gusi. erin tanpa segan mengambi not rm 10 dari hafiz utk cop rasmi.

1.30 p.m - dari hospital kembali menghantar cikgu kembali ke rumah nya..

kak husna merempit membawa diri. aku lapaaaaaaaaaaarr.. so restoran melayu la kami cari.. kancil leading menuju destinasi, WKL follow ke kanan ke kiri. tiba di suatu simpang ke kiri. depa main masok jer dan signal pon tak kasi. kami putera terlajak tak boley kembali. huhuhuhuhu.. kami men redah jew la mencari restoran sabar menanti. maka sesat lah kami sampai ke GM. kami jumpa masjid yang kami masuk utk sembahyang jumaat ketika kursus selepas raya haji. kami teruskan perjalanan menuju destinasi. restoran tasik raban utk makan tengah hari.. selepas puas sesat di tengah pekan. akhirnya kami jumpa juga retoran tasik raban ni.. erkkkkkkkkkkkk.. Alhamdulillah kyg...

2.30 p.m - selepas kenyang makan tengah hari, kami sepakat nak main bowling di ipoh prade. sampai di ipoh prade kami membuat planing utk besday gurl n besday boy yang lahir pada bulan januari. especialy kepada shikin yang lahir pada 17 january.. selepas sahaja solah zohor, kami terus mencari hadiah buat si puteri. tp mana boley jadi. kami belikan sekali utk putera kita.. karang jeles susah pulak.. kaum puteri berpakat nak belik kek hari jadi.. ikut hang la...

4.30 pm - kami meneruskan matlamat kami. bermain bowling sampai ke pagi.. hahaha... selesai satu game duit da x der da nak main lagi. tu pon fiza dan dila guna kad utk dapatkan diskaun. aku ngan fidzrul berlatih membuat lontaran pusing. tapi terkesima melihat aksi hebat di lane sebelah. terlalu jauh bandingan diorg dgn kami. ngaaaaaaaa...

5.30 p.m - selepas penat bermain ke hulu ke mari, solat asar dulu sebelum balik ke utp. tapi puteri tak abes shopping lagi. terpaksa la kami menanti sehingga diorg dapat apa yang di hajati.
setelah selesai bertolak lah kami menuju ke utp.

6.30 p.m - selepas bangun dari mimpi keadaan hujan tak henti-henti. sedar-sedar muiz drive seorang diri. kami bangun ke cafe v2 lagi untuk buat suprise kepada sabahat saudara segayong kami. 4 org sepatut nya yang di rai. shikin, fawwaz, che boo dan juga (aku tak tahu nama dia) tp dia osmet didy... hajat di hati nak rembat strawberi, tapi terpaksa mengalah kepada yang di rai.. kek yang sedap kami makan dengan hepi nyer... pembahagian hadiah pon bermula... agak malang utk che boo yang x dapat datang kerana bertugas sebagai facee.. nanti hadiah lain kali.

7.15 p.m - selesai sudah makan dan sesi photoghrapy, kami beransur pulang kerana siang melabuhkan tirai nya.. muiz blah seorang diri... tinggal kan kami putera terkontang kanting..
aku dan fidzrul nekad di hati utk meredah hujan yang tak berhenti lagi.. lebat nye tidak terperi. kami berlari dalam hujan dengan penuh romantik nya... ngaaaaaaaa... kami berlari dan terus kan berlari... aku sampai ke v4c. sampai2 ku terus mandi.. kepala ku pening-pening kerana meredah hujan...

9.00 p.m - awangku pm aku.. cakap bapak dia kol tanya pasal demonstrasi.. masok surat khabar dan kuar dalam berita kat tv.. mantop - mantop MPP.. aku bersiap utk ke closing ceremony utk MAS jan 09.. sebelum aku melangkah kaki, aku baca update terkini.. lepas itu aku ke bilik fauzi. confirm PAS menang melawan bn dan bebas de negeri aku sendiri.. Alhamdulillah..

menang pulak dengan majoriti yang besar.. dengan gembira dan suka hati aku merempit ke maih hall utk ke closing ceremony...

1.00 a.m - di ringkas kan diari aku da nk tutup buku utk 17 januari.. walaupon terlebih sampai ke 1 pagi.. aku kepenatan yang amat sangat.. namun kegembiraan belum abis lagi. lalu aku amek kesempatan membuat senaman jari. menaip blog untuk hari ini.. sekian sahaja dari ku yang hina ini.. ku pohon kemaafan pada hari ini, hari-hari sebelum ini, dan hari mendatang yang kita tak pasti.. mata dah ngantok.. aku nk membaringkan diri..

wasalam..

p/s: aku amat bahagia bersama ngan dengan dak gayong hari ini...
(fidzrul, muiz, fawwaz, dewa, fikry, erin, dila, najwa, didy, linda, fieza, shikin, yanie, nana, hasni) tak lupa juga kepada kak husna..

Friday, January 9, 2009

Selamatkan Palestin.....



Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!
Ya Allah,,
Bantulah saudara-saudara kami di Palestin...
Berikanlah kekuatan kepada mereka...
Turunkanlah para Malaikat Ansarullah membantu meraka...
Hancurkan tentera zionis di muka bumi Mu Ya Allah..
Jadikanlah perancangan mereka, memusnahkan hidup mereka sendiri..
Jadikanlah bedilan mereka, menghujani mereka sendiri...
Ya Allah,
Bantulah kami dalam menegakkan agama MU,
sesungguhnya Islam itu tinggi,
dan tiada yang lebih tinggi daripadanya..
musnahkanlah musuh-musuh Mu..
Ya Allah,
Selamatkan lah bumi palestin dari kekejaman Israel..
Kurniakanlah kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam..
tetapkanlah hati kami dalam berjihad untuk agama MU...
kurniakanlah kami kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat...
amin......


dan sebagai tambahan.. di harap agar kita semua dapat mengamal kn qunut nazilah...

Qunut Nazilah can be recitated after performing your prayers, in order to pray for the safety and the peacefulness of our Muslim brothers, who are currently being attacked by Israel.

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم
اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ
يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Translation (in Bahasa Melayu):

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!

doa palestine...

Sunday, January 4, 2009

Hidup melayu!!!!!!!!!!

Hidup Melayu!!! Hidup Melayu!!! Hidup Melayu!!!
Terbakar semangat seluruh umat Melayu...
Kita Melayu mesti memperjuangkan BANGSA kita, AGAMA kita dan NEGARA kita..
Sedarlah Melayu... Kita adalah TUAN di bumi MALAYSIA ini!!
Jangan sampai status KETUANAN MELAYU ini lesap sampai nanti kita semua MEREMPAT...
Melayu ku pantang di cuit, nanti kamu akan merasa sakit..
Melayu ku pantang di cabar, nanti kampung mu akan terbakar..
Melayu ku pantang di hina, nanti tak puas hidup mu di dunia..
Melayu ku pantang di perli, nanti kau tahu tingginya lagit dari bumi..

HIDUP MELAYU!!!!!!
Wahai umat Melayu,,
Kalau dengar kata-kata Hang Tuah,
"Tak Kan Melayu Hilang di dunia",
pasti semangat kita membara..
Tahukah kita,
Melayu tidak akan berubah menjadi CINA,
Melayu mustahil menjadi INDIA,
Apetah lagi Melayu menjadi Nyonya..
Darah yang mengalir itu tetap darah Melayu...
Tapi....
Hati Umat Melayu pasti berubah jika tidak di jaga...
Di hati itu lah terletak nya IMAN kita..
Tahukah kita wahai Umat Melayu,,
Berapa ramaikah Umat Melayu kita beragama KRISTIAN??
Berapa ramaikah Umat Melayu kita beragama BUDDHA??
Tidak kurang juga Umat Melayu yang beragama HINDU...

Oh Melayu...
Sedarlah!!!
Kita sesat di jalan yang terang lagi bersuluh...
Kita marah bila ada kaum lain menghina Melayu...
Tapi, sebenarnya MELAYU lah yang menghina MELAYU sendiri..
MELAYU sendiri yang merendahkan maruah MELAYU...
MELAYU ku tidak berpakaian seperti bertelanjang..
MELAYU ku tidak menggedik seperti kera kena belacan..
MELAYU ku tidak melacur sebagai perempuan murahan..
MELAYU ku tidak menagih dan merempat di jalanan..
MELAYU ku tidak merempit mencari maut di tengah jalan..
Wahai Umat Melayu...
Kembalilah kepada Melayu yang sebenar!!!
Melayu yang penuh dengan adat ketimuran...
Melayu yang tak lekang dari tertib dan kesopanan..
BUKAN Melayu yang diperkosa dengan kemewahan..
BUKAN Melayu yang di suntik dengan dadah-dadah kebaratan..

MELAYU OH MELAYU...
Melayu dengan ISLAM tidak dapat dipisahkan..
Memperjuangkan MELAYU, bermakna memperjuangkan ISLAM..
Tapi itu semua retorik bukan kenyataan..
MELAYU kitalah yang mempersendakan ISLAM..
Bila paras MUHAMMAD di lukis,
Bila rupa MUHAMMAD di lawakkan,
Kita berang tak boleh duduk diam..
Mahu di bunuh sahaja siapa yang lakukan..
Tapi bila di toleh kebelakang..
MELAYU sendiri lah yang mempersendakan ISLAM..
MELAYU sendri lah yang merendahkan maruah ISLAM..
Kenapa MELAYU cakap sayangkan ISLAM,
Tapi buat apa yang di LARANG???
Sejak bila AURAT di HALALKAN???
Sampai setiap saat tak terlepas pandang..
Kenapa berpakaian seperti bertelanjang??
Hingga terbentang lurah2 dendam..
Tapi kini,
Siapa yang hiraukan??
Batik dan songket kian di lupakan,,
tetapi LV, AX, REPLAY menjadi buruan..
LEVIS, GUESS, TOPMAN juga tidak ketinggalan..
Sehingga kain pelekat pon segan di gunakan..
Lebih memalu kan lagi pelekat tak reti dikilaskan..

Sedarlah wahai melayu!!
Bangkitlah dari tidur mu...
Jangan kita seperti Jalak..
Lantang berkokok mencabar pesaing,
Tetapi berak dilaman sendiri..
Jangan bangga dengan Hang Tuah,
Tetapi Taming Sari menikam diri sendiri..

OH MELAYU...
KEMATIAN bagi setiap yang hidup itu PASTI!!
Nanti kita di dalam kubur seorang diri..
Menanti hari akhirat yang hakiki..
Bersama lah kita memperbaiki diri...

HIDUP MELAYU!!!!!!!!!!!!!

Thursday, December 18, 2008

HaTi iNi MeNaNgiS laGi...


Hati ini menangis lagi....

Tatkala takbir bergema,
Hati ku sayu tidak terkata,
Wajah mu ayah dan juga bonda,
Tak pernah lekang terbayang dimata...

Maafkan daku duhai ayahanda,
Maafkan daku duhai ibunda,
Bukan kehendakku tak dapat bersama,
Untuk meraikan hari yang bahgia...

Betapa hati ini luka,
Rindukan insan yang amat ku cinta,
Tapi tiada dapat ku berdaya,
Kita berjauhan kerana yang Esa..

Menangis lagi hati ini.....

Tatkala merenung kebesaran yang Esa,
Yang luas terbentang di depan mata,
Betapa kecilnya pengorbanan terdaya,
Jika dibandingkan Anbiya' tercinta...

Ampunkan daku duhai Pencipta,
Ampunkan daku yang begitu hina,
Kerana sering utamakan dunia,
Sehingga alpa misi akhirat sana....

Mengalir juga air mata ini,
Tanpa kusedari membasahi pipi,
Duhai Tuhanku Allahu Ya Rabbi,
Kurniakan ketabahan pada hamba mu ini....

Hati ini menangis lagi.....

Di mana teman yang selama ini,
Dikala ku berduka senantiasa di sisi,
Begitulah kesilapan tafsiran hati,
Sedangkan Allah tak pernah menjauhi...

Maafkan daku Allahu Ya Rabbi,
Ampunkan daku Ya Illahi,
Keredhaan dariMu yang ku cari,
Semoga al-Adn pengakhiran destinasi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...