Monday, January 31, 2011
Wahai Allah Yang Maha Kuasa di atas segalanya, bantulah kami yang dizalimi ini Ya Allah..
"Ya Allah turunkanlah rahmat dan keberkatan bagi kami dan keatas tempat ini Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."
"Ya Allah Kami meminta kebaikan bangunan ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya, dan kami berlindung dari keburukan bangunan ini dan keburukan yang ada di dalamnya dengan rahmat-Mu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani"
"Wahai Tuhan kami, amankan kami daripada segala yang menggerunkan, amankan kami daripada segala sengatan Ya Allah. Dan kami berlindung kepada-Mu Ya Allah daripada syaitan yang jahat dan kami berlindung kepada-Mu Ya Allah dari kejahatan apa yang Engkau ciptakan, kami berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala musuh dan binatang buas dan dari segala syaitan dan penyakit yang jahat."
"Dan kami berlindung kepada-Mu Ya Allah yang Maha Satu, yang Maha Mulia daripada segala musuh dan yang dengki dan daripada syaitan yang jahat. Dan kami berlindung kepada-Mu Ya Allah daripada kejahatan segala yang diciptakan, kami berlindung kepada-Mu daripada godaan syaitan dan kami berlindung kepada-Mu daripada kehadiran mereka, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani"
"Ya Allah, tuhan yang maha mengasihani, kasihanilah kami Ya Allah,, Bantulah kami dalam menghadapi ujian ini Ya Allah.. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakanya.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kamidan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
"Ya Allah perkenankanlah doa kami yang dizalimi Ya Allah.. Janji Mu itu pasti Ya Allah.. Perkenanlah doa kami Wahai Tuhan yang memperkenankan doa orang yang dizalimi.."
Allahumma Amin...
Amalan sihir merosakkan Akidah. (Bertaubatlah...)
Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Cabaran terhadap akidah Islam masa kini adalah pelbagai. Kewujudan pelbagai ajaran sesat dan amalan bidaah dalam masyarakat Islam masa kini bukan sahaja boleh mencemari kewibawaan mereka malah merupakan faktor kehakisan akidah Islam yang tulen.
Amalan yang dilakukan oleh masyarakat primitif seperti ilmu sihir semakin hari kian menular dalam corak kehidupan masyarakat Islam di negara ini.
Sihir merupakan salah satu kegiatan yang diamalkan oleh masyarakat primitif atau jahiliah. Mereka menjadikan amalan sihir sebagai salah satu cara atau kegiatan ritual dengan tujuan untuk mendapat perlindungan, mengekalkan kuasa, membunuh atau menyiksa individu yang dimusuhi secara tidak disedari.
Kegiatan sihir merupakan amalan syaitan yang ingin menyesat dan menghancurkan manusia. Di dalam Surah al-Baqarah ayat 102, Allah menjelaskan bagaimana ilmu sihir diajar oleh syaitan yang bernama Harut dan Marut kepada manusia ketika zaman pemerintahan Nabi Sulaiman di Babylon.
Mereka memperakui diri mereka sebagai malaikat yang mengajar ilmu sihir dengan tujuan untuk menyesatkan manusia. Setelah mereka mengajar manusia tentang ilmu sihir mereka berkata, “Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagi kamu, oleh itu janganlah kamu kafir”.
Manusia yang mempelajari ilmu sihir yang diberikan oleh Harut dan Marut boleh menceraikan suami isteri. Allah mengutuk ahli-ahli sihir dengan mengatakan bahawa mereka tidak dapat memberi sebarang mudarat kepada individu tertentu dengan menggunakan ilmu sihir kecuali dengan izin Allah.
Allah menegaskan bahawa orang yang mengamalkan ilmu sihir tidak akan dapat sebarang keuntungan di hari akhirat dan perbuatan mereka adalah termasuk dalam kategori syirik dan mungkar.
Individu Islam yang mengamalkan ilmu sihir adalah terdiri daripada orang yang lemah dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup di dunia ini atau ingin mendapat sesuatu dengan mudah tanpa berusaha keras. Individu begini boleh dianggap sebagai virus dalam masyarakat Islam kerana kegiatan mereka boleh menghakis ketulenan akidah Islam.
Kegiatan ilmu sihir semakin menular dalam kehidupan masyarakat Islam dalam negara ini. Amalan sihir bukan sahaja dilakukan oleh mereka yang jahil dalam ajaran Islam malah ia juga menjadi amalan kepada mereka yang berpendidikan dan berpangkat.
Berdasarkan kepada suasana begini maka peranan bomoh sebagai pelindung atau penentu kepada kejayaan individu untuk mencapai hasrat dan keinginan naluri menjadi semakin penting dalam kehidupan sebahagian masyarakat Islam masa kini.
Amalan sihir yang diamalkan oleh individu Islam masa kini bukan hanya sekadar memakai tangkal atau membaca mentara atau mengungkapkan perkataan-perkataan yang berunsur syirik atau pemujaan malah ia juga sudah sampai ke tahap memuja dan mempercayai kuasa patung dalam melindungi dan menunaikan hajat dan keinginan kehidupan di dunia.
Kegiatan begini adalah menyamai amalan masyarakat jahiliah sebelum Islam yang menyembah berhala Uzza dan Manat yang dianggap sebagai perantaraan manusia dengan Tuhan.
Dalam arus tamadun dunia yang berunsurkan teknologi canggih, penggunaan akal atau rasional yang tinggi untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan maka umat Islam masih lagi melangkah ke arah kehidupan masyarakat primitif dengan amalan sihir yang melalaikan dan berunsur fantasi.
Umat Islam yang mempercayai Ketauhidan Allah sepatutnya menjauhkan diri daripada amalan sihir kerana perbuatan tersebut adalah sama dengan mensyirikkan Allah. Mengamalkan ilmu sihir dalam apa jua bentuk dan kegiatan adalah terdiri daripada golongan yang tergelincir daripada akidah Islam.
Oleh itu setiap ibadah dan amalan kebajikan mereka menjadi sia-sia sahaja yang mana diibaratkan oleh Allah sebagai debu-debu yang diterbangkan oleh angin yang kencang.
Islam mengajar umatnya supaya menjadi manusia yang berpijak di bumi yang nyata bukan dalam alam fantasi sehingga sanggup menyembah makhluk yang lain demi untuk mendapat sesuatu berbentuk duniawi.
Setiap individu Islam yang mempercayai Ketauhidan Allah tidak akan tunduk kepada makhluk Allah dengan tujuan untuk mendapat sesuatu dalam kehidupan mereka.
Keselamatan diri dan punca rezeki adalah penentuan daripada Allah Yang Maha Esa bukan hasil daripada ramalan ahli-ahli nujum atau bomoh yang menggunakan kekuatan jin atau syaitan.
Allah menjelaskan kepada umat Islam di dalam al-Quran bahwa ilmu sihir dan ramalan ahli-ahli nujum itu adalah najis hasil daripada amalan syaitan.
Umat Islam sepatutnya menyembah dan menyerahkan diri kepada Allah bukan kepada jin dan syaitan kerana mereka juga merupakan makhluk yang lemah seperti manusia. Individu Islam yang masih lagi mengamalkan ilmu sihir dan menggunakan bomoh sebagai pelindung diri sepatutnya bertaubat kerana kuasa Allah sahaja yang dapat melindungi diri dan memberi rezeki serta pangkat kepada manusia.
Saturday, January 15, 2011
Siti Muthi'ah
Kisah seorang isteri solehah......
Siti Muthi'ah
"FATIMAH anakku, maukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan istri yang dicintai suami?" tanya sang ayah yang tak lain adalah Nabi SAW. "Tentu saja, wahai ayahku"
"Tidak jauh dari rumah ini berdiam seorang perempuan yang sangat baik budi pekertinya. Namanya Siti Muthi'ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu".
Gerangan amal apakah yang dilakukan Siti Muthi'ah sehingga Rasulpun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju rumah Muthi'ah dengan mengajak serta Hasan, putra Fatimah yang masih kecil itu.
Begitu gembira Muthi'ah mengetahui tamunya adalah putri Nabi besar itu. "Sungguh, bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, Fatimah. Namun maafkanlah aku sahabatku, suamiku telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki dirumah ini."
"Ini Hasan putraku sendiri, ia kan masih anak-anak." kata Fatimah sambil tersenyum.
"Namun sekali lagi maafkanlah aku, aku tak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah."
Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi'ah. Ia semakin kagum dan berhasrat menyelami lebih dalam akhlak wanita ini. Lalu diantarlah Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke Muthi'ah.
Khasiat Tiga Benda 'Keramat'
"Aku jadi berdebar-debar," sambut Siti Muthi'ah, gerangan apakah yang membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai puteri Nabi?"
"Memang benarlah, Muthi'ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang menyuruhku kesini. Ayahku mengatakan bahwa engkau adalah wanita berbudi sangat baik, karena itulah aku kesini untuk meneladanimu, Wahai Muthi'ah."
Muthi'ah gembira mendengar ucapan Fatimah, namun Muthi'ah masih ragu. "Engkau bercanda sahabatku? aku ini wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apapun seperti yang engkau lihat sendiri."
"Aku tidak berbohong wahai Muthi'ah, karenanya ceritakan kepadaku agar aku bisa meneladaninya." Siti Muthi'ah terdiam, hening. Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil itu.
"Buat apa ketiga benda ini Muthi'ah" Siti Muthi'ah tersenyam malu. Namun setelah didesak iapun bercerita. "Engkau tahu Fatimah, suamiku seorang pekerja keras memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya. Begitu kulihat ia pulang kerja, cepat-cepat kusambut kedatangannya. Kubuka bajunya, kulap tubuhnya dengan kain kecil ini hingga kering keringatnya. Iapun berbaring ditempat tidur melepas lelah, lalu aku kipasi beliau hingga lelahnya hilang atau tertidur pulas"
"Sungguh luar biasa pekertimu, Muthi'ah. Lalu untuk apa rotan ini?"
Kemudian aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah ia bangun dan mandi, kusiapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku berkata kepadanya: "Oh, kakanda. Bilamana pelayananku sebagai istri dan masakanku tidak berkenan dihatimu, aku ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak kuulangi"
"Seringkah engkau dipukul olehnya, wahai Muthi'ah?" tanya Fatimah berdebar-debar.
"Tidak pernah, Fatimah. Bukan rotan yang diambilnya, justru akulah yang ditarik dan didekapnya penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari".
"Jika demikian, sungguh luar biasa, wahai Muthi'ah. Sungguh luar biasa! Benarlah kata ayahku, engkau perempuan berbudi baik." kata Fatimah terkagum-kagum.
Sekian, Wallahu a'lam..........
Monday, January 10, 2011
Syarat untuk masuk Syurga.
Saturday, January 8, 2011
Lagu Untuk Pejuang...
ISLAMKU…
Nasyid dendangan Kumpulan La Khauf…Hayatilah…
lagu : Allahyarham Rosli Othman
lirik : Allahyarham Rosli Othman
MUSLIM SEJATI
DIMANAKAH DIKAU PERGI
MUSLIMAH MITHALI
KEMANA KAU MENGHILANG DIRI
ZAMAN PERLUKAN DIRIMU
UMMAH PERLUKAN JIWAMU 2X
KE MANAKAH DIKAU PERGI
UMMAHMU TERCARI-CARI
DIRIMU OH MUSLIM SEJATI
KE MANA KAU MENGHILANG DIRI…
KE MANAKAH DIKAU PERGI
DIRIMU MUSLIMAH MITHALI
UMMAHMU TERNANTI-NANTI
KEMARILAH KEMARI
AKU DATANG MENYAHUT SERUANMU
AKU DATANG MENYAHUT LAMBAIANMU
AKU DATANG MENYAHUT KEWAJIPAN
YANG DITENTUKAN…
CHORUS
ISLAMKU…
USAH KAU MENANGIS LAGI
USAH KAU MERAYU LAGI
SENYUMLAH KEPADA KU
KINI AKU DATANG KEPADAMU
ENGKAULAH KEKASIHKU
KU SETIA HANYA PADAMU
RELAKU BERKORBAN
DEMIMU OH ISLAMKU...
Tuesday, January 4, 2011
Yeayyyy.. Harga Minyak Naik Lagi!!!!!
04/01/2011 10:54pm

KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.
Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.
Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm
Sunday, December 19, 2010
Info Realiti Kristianisasi di Malaysia
| Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak |
| Friday, March 28, 2008 |
Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat". Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini. Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini. Bencana umat Islam Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion). Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi: i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang. ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai. iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya. Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini. Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk. Gerakan Kristian dan Hinduisme Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini. Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang. Majlis Raja-Raja Bangkitkan: 1) Apa peranan masjid. 2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid. 3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional. Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan. Serangan aqidah di Malaysia Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran. 1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka . 2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam. Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual. Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam. Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya. Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia. Harap kepada siapa? Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim. Allah S.W.T berfirman: "Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)." Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T. Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan. Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a'lam... Dato' Harussani Bin Zakaria Mufti DiRaja Negeri Perak |
