Tuesday, July 27, 2010

Tiada Masa untuk Berpangku Tangan.


Pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tahun lalu untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan diterjemahkan oleh Maszlee Malik (maszleemalik.blogspot.com) di atas permintaan Dr Khalil.



Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.


Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.


Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.



Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.


HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.


Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.



Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.


Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.


Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!


Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin

Mati di jalan Allah, cita tertinggi Kami..

Khalid al Walid apabila ditanya oleh seorang ketua Farsi : “Bagaimana tentera yang sedikit dapat mengalahkan tentera Farsi yang ramai?” Beliau menjawab : “Kami mencintai mati seperti kamu mencintai hidup. Kamu BERJUANG untuk HIDUP, kami BERJUANG untuk MATI. Kami MENCINTAI MATI, sebab itu kami MENANG.” Pada waktu itu, cuba bayangkan 10 000 tentera islam dapat mengalahkan 100 000 tentera Farsi dan itulah jawapan disebalik kemenangan tentera Islam.

Tiada mati yang paling mulia selain daripada mati syahid yang menjadi buruan para pejuang agama-agama Allah. Di bumi Palestin, pejuang-pejuang agama Allah yang sebenar adalah Hamas yang memperjuangkan kemerdekaan bumi Palestine dengan harta dan nyawa tanpa di cabuli oleh ideologi Sekularisme. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dengan perjuangan Hamas; Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi, Khalid Mesh'al, Mahmoud Zahhar, Ismail Haneyyah, Syeikh Salah Syahadah, Ibrahim Maqadmah, Jamal Mansour, Ismail Abu Shanab, Yahya Ayyash.


1. SYEIKH AHMAD YASSIN
Nama besar yang bisa membuatkan Yahudi tidak lena tidur ini dilahirkan pada 1938 di kampung al-Jora. Cemerlang dalam pelajaran,sukan dan disayangi guru-guru. 1964 menuntut di Universiti Ain Shams Kaherah tetapi tidak menamatkan pengajian kerana dipenjarakan pemerintah Mesir atas keterlibatan dengan Ikhwan Muslimin. Dalam masa yang sama tokoh besar ini menyumbang sebagai pendakwah, pekerja kebajikan, guru bahasa Arab dan pernah menjadi khatib di masjid Gaza. Pernah beberapa kali merengkok dalam penjara Yahudi.
Ogos 1998- rumahnya dirobohkan dan dibuang ke Lubnan
Mei 1989 - berikutan operasi serangan yang membabitkan kematian komando dan tentera Yahudi, beliau telah dipenjarakan dan pada 16 Oktober 1991: Mahkamah Tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atasnya.

Ekoran penahanan itu, beliau telah disiksa yang mengakibat lumpuh seluruh badan kecuali bahagian kepala. sahaja. Di dalam penjara Yahudi, kesihatannya bertambah buruk apabila menghidapi jangkitan paru-paru dan abdomen. Akhirnya pada tanggal 1 Oktober 1997, beliau berjaya dibebaskan melalui rundingan pertukaran tawanan antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis. Walaupun dalam keadaan kesihatan yang buruk, selepas pembebasannya beliau kembali aktif menggerakkan Hamas, terus berjuang menentang Yahudi, apatah tercetusnya Intifadah kedua pada September 2000 kerana Ariel Sharon dan 200 tenteranya telah mencemar Masjidil Aqsa.
Maka Zionis telah mengambil keputusan untuk melancarkan operasi membunuh Syeikh Ahmad Yassin. Pada 6 September 2003 rumahnya telah diserang dan beliau terselamat, hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Namun akhirnya 22 March 2004, semasa perjalanan pulang usai menunaikan solat Subuh berjemaah, Zionis telah melancarkan roket yang mengakibatkan mengalirnya darah syahid Syeikh Ahmad Yassin dan anaknya Abdul Ghani serta empat pejuang yang bersama pada subuh pilu itu di bumi Palestin.



2. DR ABDUL AZIZ AL-RANTISI Lahir pada 23 Oktober 1947 di Binaa yang terletak antara Asqalan dan Jaffa. Seorang yang warak, pintar dan cemerlang dalam akademik. lulus cemerlang dalam bidang perubatan di Universiti Iskandariah, Mesir (1972) dan seterusnya ke peringkat sarjana (1976) dengan pengkhususan Peditriasi dan Perubatan Kanak-kanak dan menjadi doktor di Hospital Nasir di kawasan Khan Yunus Beliau antara penggerak awal Hamas iaitu dalam tahun 1987 Atas keberaniannya menentang termasuk tidak mahu membayar cukai kepada rejim Zionis menyebabkan beliau dipenjara. keengganan tersebut kerana berpegang kepada prinsip 'tidak mengiktiraf penjajahan Israel ke atas Palestin'.
Setelah melalui pelbagai kemelut beberapa kali di penjara. Beliau menempuh dunia penjara buat kali ketiga pada 4 Febuari 1988 kerana terlibat dalam pemberontakan subversif dan akhirnya dibebaskan pada 4 September 1990.
Apabila dipenjarakan buat kali keempat, beliau merasa sangat gembira kerana berpeluang satu sel penjara bersama Syeikh Ahmad Yassin. Tokoh dan ikon perjuangan Hamas. Peluang dipenjarakan bersama ini digunakan untuk menghafal Al-Quran. Menulis syair-syair perjuangan. Keluar masuk penjara menjadi mainannya dan sentiasa meneruskan penentangan terhadap Yahudi.

Lalu akhirnya pada 17 April 2004, beliau menyusul pemergian Syeikh Ahmad Yassin. Darah syahidnya tertumpah di tanah palestin apabila kereta yang dinaikinya dibedil oleh helikopter Apache milik rejim Zionis di jalan Al-Jallaa di Wilayah Gaza.

Demikian dua tokoh utama antara yang terawal mengorbankan jiwa, semangat dan nyawa bagi menghidupkan Hamas. bagaimana pun Hamas tidak pernah tandus dengan kepimpinan berwibawa, ianya akan diteruskan dari semasa ke semasa. Selepas pemergian mereka, Hamas mengambil pendekatan merahsiakan senarai kepimpinannya bagi tujuan keselamatan. Bagaimanapun banyak penganalisis percaya Ismail Haneyyah antara pemimpin yang kolektif bersama Mahmoud Zahhar dan Sayyid Al-Sayyam. Zahhar antara yang senior akan tetapi pilihanraya yang memberi kemenangan kepada Hamas, dari segi kempen-kempennya diterajui oleh haneyyah. Tidak hairanlah kemenangan itu menyaksikan Ismail haneyyah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin yang baru.

Kemenangan mereka menewaskan FATAH (yang sekular dan menjadi kuda tunggangan Amerika dan Zionis) memberikan impak yang besar dalam perjuangan Hamas. Bagaimanapun rejim Zionis dan Amerika telah memberikan tekanan dari pelbagai sudut termasuk ekonomi dan kezaliman. Walhal kemenangan itu adalah satu yang sah kerana rakyat Palestin telah memilih Hamas sebagai wakil mereka untuk mengurus tadbir Palestin.

BERASASKAN PANDANGAN REJIM ZIONIS SENDIRI ;KEKAGUMAN YAHUDI TENTANG SEMANGAT JUANG/JIHAD HAMAS

Jeneral Ori Saghi, ( Ketua Shin Bit Unit Perisikan Zionis)
" HAMAS memiliki budaya kerja profesional, kerahsiaan tinggi, pelaksanaan operasi yang berkesan dan menonjol"

Penganalisis rejim Zionis (Komentar)
" HAMAS sudah menghasilkan sekumpulan spesis rakyat Palestin yang baru dan mereka adalah pejuang Palestin yang baru.."

Yaacov Jevri ( Ketua Shabak)
" HAMAS adalah satu-satunya gerakan yang kami gagal menembusinya. ini adalah kekuatan sistem dan disiplin gerakan HAMAS"

Ami Iyalon (Mantan Ketua Shabak)
" HAMAS adalah ancaman paling bahaya kepada negara Israel dan juga masa depan negara Yahudi di bumi Palestin"

Shimon Romanh (Pemimpin Shabak)
" Pejuang HAMAS berbeza dengan para pejuang lain di Palestin. Apabila berdiri di hadapan mereka. saudara akan mendapati diri saudara di hadapan orang yang tetap pendirian, gagah dan tidak mudah dikalahkan"

Karmi Gelon ( Ketua Shabak)
" Apa yang menjadikan HAMAS berbeza adalah operasi-operasi yang dilakukan adalah unik dan sukar diduga. HAMAS bangkit dengan segera daripada semua serangan yang ditujukan kepada mereka. Walaupun pelbagai serangan dikenakan ke atas mereka, namun mereka menjadi bertambah kuat.."

Nah! inilah yang membezakan gerakan yang benar-benar berasaskan tauhid dan berjuang kerana Allah berbanding parti-parti yang beraliran sekular. Insyallah pada tulisan akan datang kita akan mmenyingkap semula PERJANJIAN OSLO 1993 yang menjahanamkan tanah Palestin... Insyallah

Sunday, July 4, 2010

RM 5 vs 50 sen

Copy of bismiLLAH.gif

salamaoa77.gif

Jangan sangka kita sudah bijak dan anggap orang lain bodoh……ambil iktibar dan pengajaran dari cerita ini….

semoga beri manafaat

"Saudara ingin tahu sesuatu yang menarik? Itu merupakan kanak-kanak yang paling bodoh di dalam dunia," kata Si Gunting Rambut kepada pelanggannya sambil menunjukkan jari pada seorang kanak-kanak yang sedang bermain di luar.

" Mengapa?",
tanya pelanggan tersebut kehairan.

"Mesti ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata itu," tambah pelanggan itu.

"Mari saya tunjukkannya", kata Si Gunting Rambut dengan bangga.
" Hoi budak, mari sini sekejap. Di sini ada sedikit wang iaitu sekeping duit syiling 50 sen dan sehelai duit kertas RM5. Sila pilih dan pergilah membeli aiskrim menggunakan duit tersebut, " arah Si Gunting Rambut.

Kanak-kanak tersebut agak sukar hendak membuat pilihan. Akhirnya dia hanya mengambil duit syiling 50 sen. Lalu beredarlah kanak-kanak tersebut daripada kedai itu. Dia kelihatan gembira kerana mendapat wang untuk membeli aiskrim.

" Tengok. Kan saya sudah kata. Walaupun terdapatnya pilihan antara duit kertas RM5 dan duit syiling 50 sen, kanak-kanak itu tetap memilih duit syiling 50 sen. Alangkah bodohnya kanak -kanak itu. Sudah banyak kali saya lakukan demikian, namun dia tetap memilih duit syiling 50 sen, "
cerita Si Gunting Rambut sambil ketawa.

Si pelanggan kurang senang dengan jawapan yang diterima. Lalu ia mengambil keputusan bertanya kepada si budak tersebut sendiri di luar nanti.

" Mengapa kamu mengambil duit syiling 50 sen dan tidak mengambil duit kertas RM5. Bukanklah nilainya lagi besar."


" Ya, saya tahu itu. Tetapi jika saya mengambil wang tersebut dan bukannya duit syiling 50sen, maka permainan ini akan tamat. Saya tidak akan mendapat aiskrim lagi pada masa akan datang."

Apa kesimpulan daripada cerita di atas? Kesimpulannya, jangan memandang rendah pada orang lain. Mungkin kita sendiri yang sebenarnya yang sedang diperbodohkan.

Thursday, July 1, 2010

Membina Qudwah, Menongkah Fitnah, Memburu Jannah..

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001. Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama.

Pelbagai pendapat mengatakan peningkatan kecenderungan ke arah Islamofobia sebahagiannya diakibatkan oleh serangan 11 September, sementara mereka yang lain pula mengaitkannya dengan kehadiran orang Islam yang meningkat di negara barat. Pada bulan Mei 2002, European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC), satu pertubuhan pemantau Kesatuan Eropah, mengeluarkan laporan bertajuk "Summary report on Islamophobia in the EU after 11 September 2001" (Ringkasan laporan mengenai Islamofobia di Kesatuan Eropah selepas 11 September 2001), yang menggambarkan peningkatan insiden berkaitan Islamofobia di negara Eropah selepas 11 September.Satu forum pada tahun 2001, "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", mengisytiharkan satu deklarasi yang antara lainnya meletakkan islamofobia sebagai sesuatu yang melanggar nilai-nilai asas manusia:

Kita singkap tirai negara kita Malaysia yang ku cintai. Islamofobia ini berlaku bukan dari orang yang bukan beragama Islam, akan tetapi gelombangnya dari orang Melayu Islam itu sendiri. Orang Melayu kita takut dengan ulamak-ulamak yang benar-benar memperjuangkan Islam kerana tidak yakin dengan ajaran Islam yang di bawa oleh rasulullah saw. Apa yang di risaukan? Dengan Islam judi di haramkan, jadi kerajaan tiada pendapatan? atau dengan Islam lesen pusat pelacuran turut akan di haramkan dan juga riba juga di haramkan.. jadi dari mana sumber pendapatan negara? Adakah benar ini yang di risaukan? atau kita risau kita tiada lagi kepentingan diri sendiri? Atau mungkin kita risau kita tidak boleh berjudi, tidak boleh melanggan pegawai perhubungan pelanggan atau dalam bahasa Inggerisnya Guest Relations Officer (GRO)dan tidak boleh lagi makan riba dengan mencekik darah orang di kelas pertengahan dan juga kelas bawahan.

Pada masa moden ini, orang islam takut pada bayangan sendiri, tidak yakin kepada islam kerana sifat orang melayu yang mudah termakan budi. "Kamu ni orang dah suap nasi ke mulut, kamu gigit pulak tangan mereka, kamu ni tak reti bersyukur ke?" Hujah para dayus zaman sekarang. Orang dah bagi kamu belajar di IPTA, dapat kerja, bagi kamu gaji.. Tak reti bersyukur lagi ke?. Sedarlah, nasi yang disuap itu sedap pada rasanya, akan tetapi dalam tidak sedar sedapnya kerana perasa, cantiknya kerana pewarna sehinggakan pada akhirnya semua mengidap diabetes sekular. Nasi nya manis dengan gulanya, akan tetapi nasi yang kita makan itu tidak disertakan ulamnya, tidak di sertakan herba, tiada serat dan juga mineral.. Hanya kerana rasa nya yang tidak sedap kita menolaknya walhal ia sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan. Kita juga disuap nasi tapi tidak disertakan air sehinggakan semua tercekik di akhirnya.

Begitulah realitinya yang dapat di analogikan. Ramai tidak sedar kita hanya di sogokan dengan kemewahan keduniaan yang di analogikan sebagai nasi,perasa dan pewarna tetapi kita tidak diberikan kemewahan akhirat yang di analogikan sebagai ulam, herbal dan mineral. Kita lihat sekarang kita diberi peluang pekerjaan, tetapi bagi perempuan kepala mesti ditelanjangkan. Kita diberi sistem perundangan tetapi syariah perlu ditirikan berbanding dengan persekutuan.. Kita di beri dengan sistem ekonomi pelaburan, tetapi riba perlu di wajibkan, bangunan pencakar langit ditegakkan, masjid pula dirobohkan, kita di beri sistem kehakiman, tetapi para hakim di bisukan dengan wang, kita di beri sistem pendidikan, tetapi fardu ain tidak diwajibkan. Jadi apakah yang kita kejar sebagai matlamat hidup kita sekarang? adakah kemewahan dunia yang sementara atau akhirat yang kekal abadi?

Dalam kita tidak sedar, kita telah didoktrinkan dengan sengaja supaya takut dengan Islam, tidak yakin dengan Islam. Pejuang-pejuang Islam di label sebagai pengganas dan ditangkap masuk dalam ISA. Heboh pula isu JI, semua orang takut dan fobia terhadap Islam.. Tapi kita bimbang, kita bimbang isu ini ditimbulkan atas sogokkan APCO laknatullah untuk kepentingan parti pada PRU 13 akan datang walhal kita ditarik telinga di heret untuk membawa agenda Yahudi untuk menghancurkan Islam. Pemikira orang zaman sekarang ini, orang yang memperjuangkan agama Islam tidak boleh berjaya, orang yang menolak riba tidak akan kaya, Orang yang pemperjuangkan hukum potong tangan tidak menyelesaikan masalan kecurian dan rompakan, orang yang memakai serban akan di gantung persekolahan, Orang yang memakai jubah membawa bom letupan.. Menteri besar yang memakai serban dikatakan hilang ingatan, tetapi Perdana menteri yang keluar masuk parti pula di banggakan.. Ini semua fitnah terhadap Islam agama Allah yang suci ini dan fitnah ini merupakan agenda yahudi yang berjaya menular di negara kita sendiri malah lebih menyedihkan lagi ia didokong bangsa kita sendiri..

Ayuh Berubah! Berubahlah! Ayuh kita membina Qudwah supaya dapat menongkah fitnah demi perjuangan yang suci ini memburu Jannah. Orang Islam perlu buktikan seperti mana nabi muhammaad dulu buktikan Islam adalah agama penyelesaian kepada semua permasalahan. Dan Nabi Allah Muhammad ini mengizzahkan Islam dalam diri baginda dengan membina qudwah lalu tercetusnya thiqah yang menyebabkan orang-orang kafir quraisy dapat menerima Islam walaupun ramai yang menentang.. Akan tetapi di zaman khilafah Ar-rasyidin 2/3 duni dapat menerima Islam, malangnya hancur berkecai kerana pemimpin tidak berpegang teguh kepada Islam, mula meninggahkan sunnah nabi dan larut dalam ideologi sekularisme, kapitalisme, liberalisme dan banyak lagi isme-isme yang tumbuh dan isme-isme ini di wujudkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memecah belah kan umat Islam.

Tegakkanlah Islam dalam diri kamu maka Islam itu akan tertegak. Sahutlah seruan pembawa gelombang agen perubahan. Orang Islam perlu buktikan walaupun kita berserban, tempat kita di masjid menghadap tuhan kita juga lantang memperjuangkan kebenaran, kita berjubah sekali pun, kita lah yang menguasai ekonomi dan pentadbiran. Walaupun kita di bidang kejuruteraan, pendidikan, kesusasteraan, kedoktoran dan sebagainya, kita lah orang orang Islam yang yang takutkan tuhan dan cintakan nabi muhammad.. Buktikan orang yang suka menolong orang adalah orang yang pakaiannya mengikut hukum Islam. Walaupun labuh tudungnya menutup aurat, kita lah orang Islam yang menguruskan perundangan Islam..

Kenapa ini dipertekankan? kerana kita ini ditipu oleh bayang-bayang. kita ambil contoh perbankan Islam yang di kelirukan. Perbankan Islam hanya di Islamkan pada perlaksanaan akad tetapi tidak pada perlaksanaan pengurusan malah kadar upah yang dikenakan lagi tinggi berbanding riba perbankan konvensyenal. Ini merupakan kospirasi yang ingin menjatuhkan Islam supaya orang tidak nampak Islam itu jalan penyelesaian, tetapi Islam itu punca permasalahan. Mereka menampakkan mereka membawa Islam tetapi mereka lah yang mempunyai misi menjatuhkan Islam. Dalam bidang perundangan hukuman pancung dilihat kejam dan orang islam ini kejam. Lalu diperkenalkan hukuman gantung sampai mati. Tetapi ini merupakan suatu kezaliman, kerana hukuman pancung merupakan cara paling cepat(kurang dari seminit) dan kesakitan yang minima untuk mematikan seseorang. Tetapi kita tentang cakap hukum ini zalim, walhal kita lah yang menzalimi perundangan. Sudahlah mangsa di jatuhkan hukuman, kematian gantung pula lama(15 minit) dan sangat menyakitkan..

Islam itu penyelesaian, Islam sesuai sepanjang zaman dan Islam itu untuk sekalian alam. Orang Islam perlu mengikut cara yang digariskan, supaya tidak tersasar dari landasan. Jangan pula pendokong Islam sendiri tidak yakin dengan Islam, dan berpegang kepada doktrinasi yahudi yang Islam punca permasalahan... Perjuangan dakwah Islam untuk memberi kesedaran kepada semua.. Jika kita ingin menegakkan negara Islam yang Nabi perjungkan, kita harus lah mengambil rasulullah sebagai qudwah baik dari segi ibadah, berpakaian, cara makan, mahupun cara pergaulan...
InsyaAllah Islam akan tertegak dengan perubahan minda orang Islam..
Semoga Islam itu tertegak dan didudia ini di tadbir oleh Islam agama Allah tuhan sekalian Alam..

Sunday, June 27, 2010

Mengkudakan Ulama', Membelakangi syariat, mengaburi mata rakyat..

Assalamualaikum wbt,
Allahdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi memberi kita nikmat udara untuk terus hidup, dan memberi nikmat akal untuk berfikir membezakan perkara yang haq dengan yang bathil, serta nikmat iman supaya takut dan bertaqwa kepada Allah..



"ALLAHUMMA ARINAL HAQQO HAQQAN WAR ZUQNAT TIBA'A WA ARINAL BATHILAN BATHILAN WAR ZUQNAJ TINABA."

"YA ALLAH YA TUHAN KAMI TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI BAHWA YANG BENAR ITU BENAR DAN BERILAH KAMI KEKUATAN UNTUK MENGIKUTINYA,DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI YANG BATHIL ITU BATHIL DAN BERIKANLAH KEPADA KAMI KEKUATAN UNTUK MENJAUHINYA"

Huru hara negara kita dek issu ulama' sampai rakyat terkeliru ulama' mana yang patut di turuti. Pertama-tamanya kita semua perlu tahu apakah maksud ulamak' baik dari segi bahasa dan juga mengikut syarak.. Harus bagaimana kita mahu menilai jika kita sendiri tidak tahu apakah itu ulama'? apakah tugak seorang ulama'? Tertarik dengan huraian ustaz Idris Ahmad, marilah kita sama-sama memahami dan menghayatinya semoga kita tidak mudah terkeliru. Apa yang penting adalah kita sama-sama tajarrud dan thabat dalam perjuangan ini..


Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)

Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.

Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)

Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4

Menurut Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud “orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.

Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, 1982:2. )

Mahyuddin Haji Yahya, di dalam Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir, feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji Yahya, 1989:1708).

Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui mengenai sifat Allah, keadilannya,ketauhidannya, sifat yang harus dan yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan kekuasaanya. Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada Allah SWT. (Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, 1995:592-593.)

Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan. Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)

Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )

Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak.

Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang dinyalakan tuhan dalam hati”.Hamka: 301

Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas sesuatu. Dan ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani: 459. )

Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)

Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya”

Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ ”

al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.

Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah yang mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4: 463)

Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)

Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.)

al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan menjauhkan apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)

Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri, 1988:53. )

Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)

Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.

Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)



Kesimpulannya

Secara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.

Ulama’ dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah.
Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka
kepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.

Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama’ dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya dan
juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah dikira sebagai tanda yang
menunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi ummah ini.

Ini tidak bermaksud setiap orang yang mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan bukannya dia seorang yang alim, bahkan yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan jawatan bukanlah dikira sebagai tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati di sana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang boleh dipercayai.

Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma’ dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan ulama’ dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan. Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta nasihat mereka. Ulama’ sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.

Kedudukan mereka sebagai ulama’ adalah satu pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan ulama’ bukanlah merupakan golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama’. Pengiktirafan masyarakat amat penting kerana ilmu, sahsiah dan cara hidup mereka diakui. Ulama’ dahulu tidak mendapat apa apa sijil tetapi mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai al-Allamah (seorang berilmuan pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian ilmu membuahkan pengiktirapan masyarakat kepada mereka.

Dari semua kutipan dan penjelasan di atas menunjukkan bahawa ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan ini menjadikan mereka patuh kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.



Keistimewaan Ulama’

Firman Allah SWT
“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)

Ayat ini menerangkan kedudukan ulama’, dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama’ adalah amat tinggi, selepas kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama’ yang beramal dengan ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88)

Ini satu darjat ketinggian yang amat nyata dengan kedudukan yang penting itu para ulama’ sebenarnya bukanlah satu golongan yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup umat manusia dalam apa jua bentuk.

Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu dan ulama’. Ilmu yang diperolehi oleh ulama’ adalah diturunkan oleh Allah SWT. Ayat dan perkataan “Orang yang di kurniakan ilmu dan beberapa darjat”. Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat luas kepada manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada lain-lain makhluk seperti malaikat.

Di antara Hadis Rasulullah SAW . “ Ya Allah berilah rahmat kepada penggantiku. Para sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda “ Mereka itu orang yang datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan mengajarkannya kepada umat manusia”.

Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian para ulama’` di atas orang mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah 500 tahun. (Azzawajir 1/89)

Ulama’ adalah petunjuk kepada hamba dan menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah, mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli kebenaran dan mematikan hati penyelewing. Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru perjalanan. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)

Apabila ulama’ tidak ada maka manusia tidak akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu kefarduan dan bagaimana hendak menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak menyembah Allah. Jika ulama’ mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan merupakan satu musibah kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)

Ulama’ mempunyai kaitan yang rapat dengan ilmu, dengan sebab itu apabila ulama’ meninggal ilmu pun hilang. Kata-kata Ka’ab Bin Mani’c seorang tabiin yag masyhur telah berkata” Wajib keatas kamu memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu kerana hilang ahlinya”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:34.)

Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :

“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:35-36.)

Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya
Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Nasihat Luqman juga
“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Malik bin Anas berkata
“Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”

(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)



Ciri-Ciri Ulama’

1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya

2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya

3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.

Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan

5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir

6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh

7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.

8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya

Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .

Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)

9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula daripadanya

10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.

11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)

12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .

13. Sentiasa berzikir kepada Allah .

14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .

15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.

16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .

17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.

18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.

19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.

20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir

21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah

Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,

22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.

Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)

23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.

Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854

24.Orang alim musuh iblis

“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi

25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadmanusia..” (al-Baqarah,2:124)

Dengan demikian ulama’ bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.

Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)

Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.

26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah

Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.

27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.

Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)

Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk. Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun takasub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.

SUMBER : http://www.idrisahmad.wordpress.com

Tuesday, June 15, 2010

Akhlak Berukhuwah..

Salam ukhuwah Islamiyah..
Alhamdulillah idea untuk menulis berkaitan ukhuwah islamiyah datang menyapa walaupun ketika itu topik perbahasan usrah adalah thabat yakni teguh pendirian dalam perjuangan atau dalam erti kata lain terus istiqamah dan tidak termasuk dalam golongan yang tercicir dari medan dakwah..

Kenapa ukhuwah penting dalam mempastikan kelangsungan pendirian yang teguh dalam perjuagan? Bukankan elemen yang perlu ditekankan adalam tarbiyah? Tidak dinafikan kepentingan tarbiyah sebagai tunjang dalam perjuangan akan tetapi penulisan kali ini adalah untuk membicarakan tentang peranan tarbiyah dalam ukhuwah islamiyah bagi menjamin para aktivis yang tegar dalam perjuangan.. Oleh kerana itu tidak dapat tidak dalam berukhuwah juga memerlukan tarbiyah selaku tunjang bagi menjaga kemurnian ukhuwah islamiyah yang terbina.

Ukhuwah islamiyah adalah ikatan hati dan jiwa yang qudus serta dihubungkan dengan akidah islamiyah. Ukhuwah islamiyah perlu disertakan bersama dengan keikhlasan berukhuwah kerana Allah, keteguhan iman dan taqwa serta kesediaan untuk bekorban demi sahabat dengan melebihkan kepentingan sahabat daripada kepentingan peribadi yakni ithar. Dan adapun ithar yang paling mulia adalah kita melebihkan sahabat tidak kira di waktu lapang mahupun sempit.

Sepertimana bila mana berkeluarga, terdapatnya hak-hak terhadap suami mahupun isteri, begitulah juga dalam berukhuwah terdapatnya hak-hak yang perlu di laksanakan. Bila mana kita berukhuwah perlunya tarbiyah dan akhlak. Peri pentingnya akhlak dalam berukhuwah demi menjaga terbiyah secara jamaie. Dalam berukhuwah perlunya seni dalam menegur sahabat, dan ukhuwah perlu di eratkan lagi dengan kita menyempurnakan salam kita bersama sabahat.. Salam dengan merenung ke mata sahabat sehinggakan sahabat dapat merasai cinta dan kasih sayang kita berukhuwah..

Dan sesungguhnya ukhuwah islamiyah yang terbina itu cukup indah jika kita mengerti dan menghayati suci dan agungnya ukhuwah islamiyah ini. Dalam berukhuwah sudah menjadi fitrah yang tidak dapat di nafikan, setiap sahabat mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Dan disinilah pentingnya pengterjemahan teori husnuzon yak ni berlapang dada itu di praktikalkan. Ahli yang di tarbiyah bilamana dalam berukhuwah, mereka saling meraikan kelebihan dan kekurangan sahabat dan dalam pada masa yang sama terus meningkatkan kualiti diri dan sahabat seperjuangan.

Dimanakah seni dalam berukhuwah? Harus bagaimana pula cara meraikan kelebihan dan juga kekurangan sahabat? Sesungguhnya kekuatan sahabat itu adalah sumber kekuatan yang menampung sahabat yang lain jika di tafsirkan secara optimis namun malang sekali jika ianya di tafsirkan secara pesimis bilamana sahabat itu dilihat terlalu hebat, terasa diri sendiri tidak layak dan lemah untuk mendokong perjuangan yang mulia dan di janjikan syurga ini insyaAllah. Jesteru itu kita harus menyerap kekuatan para sahabat untuk selagu pemangkin untuk kita meningkatkan lagi kekuatan yang kita miliki. Sebagai contoh jika terdapat seseorang yang lantang bersuara menyebarkan dakwah dan dapat mengetuk hati para daie, kekuatan sahabat ini perlu diserap dan di tanam dalam diri namun kita ini jenis yang suka menyendiri. Oleh sebab kekuatan sahabat ini kita suntik dalam diri untuk kita membuat kerja-kerja di sebalik tabir dengan sekuat mungkin bagi menbantu perjuangan yang suci insyaAllah.

Tidak dilupakan juga, setiap individu memiliki kelemahan dan kekurangan diri masing-masing. Pun begitu jika kita orang yang berakhlak dalam berukhuwah, kekurangan sahabat ini bukanlah untuk menampakkan diri kita ini mulia, namun kekurangan ini merupakan cabaran dan ujian untuk kita sama-sama tampung dan perbaiki. Dan janganlah sekali-kali kita mendedahkan kelemahan dan keaiban sahabat kerana mengikuti emosi sendiri. Kerana sesungguhnya jika kita menutup aib sahabat atau orang lain, Allah akan menutup aib kita di akhirat kelak. Perlu diingat penambah baikan dan pembetulan diri itu memerlukan masa untuk di hayati. Dan ianya perlu di sucikan dari sifat benci dan bangga diri. Dan jika kita sendiri memiliki kekurangan, kekurangan itu perlu dikongsi untuk di koreksi. InsyaAllah, niat yang ikhlas akan mendapat bantuan dari Illahi, tuhan sekalian alam ini.

Akhirul kalam, marilah bersama muhasabah diri, adakah kita menyayang sahabat lebih dari diri sendiri? atau kita bersahabat hanya untuk kepentingan diri sendiri. Semoga ukhuwah yang kita bina selama ini mendapat redha Illahi. dan di kesempatan ini untuk semua para sahabat seperjuangan, ikhlas dari hati, aku menyintai dan menyayangi kalian dengan berpegagang kepada janji ya Rabbi. semoga kita bertemu kembali di syurga firdausi..

Wallahu 'alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...