Saturday, February 27, 2010

Aku dan Caraku..

Salam Perjuangan...
Bila sebut pasal perjuangan, tidak dapat tidak setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan..
Perjuangan tanpa pengorbanan ibarat masakan yang tidak bergaram.. Apa itu perjuangan?? Apa pula perngorbanan?? Selaku seorang muslim, ia wajib meneruskan perjuangan nabi Allah yang kita kasihi lagi kita cintai iaitu Nabi Muhammad SAW. Perjuangan untuk mengajak umat manusia beriman kepada Allah dan menjauhi Thorut.. Kalau kita singkapi tirai sejarah sirah perjuangan baginda, pasti kita akan merasakan diri kita ini patut malu.. Malu kepada diri sendiri kerana terlalu cepat mengeluh apabila mehnah menyapa.. Mehnah yang kita lalui sekarang ini terlalu lembut jika kita bandingkan dengan perjuangan Baginda Nabi Allah.. Nabi Muhammad SAW. Pernahkah kita di pulaukan sampai terpaksa memakan rumput untuk menyabung nyawa?? pernahkah kita di baling dengan najis ketika beribadah?? Pernahkah kita di perli oleh seluruh kaum ketika kita menyampaikan dakwah Islam seperti mana Abu Lahab memerli rasulullah dengan mengajak seluruh kaum bertepuk tangan mengejek ajaran yang di bawa oleh Muhammad??
Banyaknya halangan.. Pembelajaran terganggu.. masa tak cukup la.. Sahabat, siapa kita hendak beralasan menipu diri sendiri?? yakin kah kita akan apa yang Allah janjikan dalam surah Muhammad ayat ke tujuh?? Kita mengaku beriman dengan kitab Allah, tetapi tahap mana keimanan kita kepada kitab Allah yakni Al-Qur'anul karim..
Dah tahu banyaknya la mehnah kalau nk berjuang.. Malas la aku nak berdakwah.. Kalaulah kita berpendapat sebegini, mari kita hayati sirah nabi ini.. setelah selesai nabi menunaikan solat, menangis baginda kesedihan.. Lalu bertanya sahabat-sahabat baginda yang senantiasa di sampingnya. Mengapakah kau menangis wahai Muhammad?? Aku menangis kerana merindui sahabatku.. jawab kekasih Allah.. Bertanya lagi para sahabt baginda.. Bukankah didepan mata mu ini sahabat-sahabat mu ya rasulullah?? sahabat yang akan mempertahankanMu walau dimanajua pun.. Lalu baginda menjawab.. aku merindui sahabatku yang hidup nya di akhir zaman tetapi meneruskan perjuangan dakwah ku untuk memimpin manusia kejalah yang benar menuju redha Allah..
Adakah kita tidak mahu menjadi umat nabi muhammad yang baginda rindui??
Dakwah itu indah jika kita hayati.. salah satu cara untuk menghayati indahnya dakwah adalah kita perlu memiliki dua sifat iaitu sifat takut dan sifat berharap.. Bagi sifat takut, kita perlu tanamkan rasa takut ketika mana kita dalam perjalanan menuju ke syurga di padang mahsyar, kita di tarik masuk ke neraka kerana kita tidak menunaikan hak-hak dakwah kepada umat manusia yang lain sehingga mereka terpesong ke neraka.. bagi sifat berharap pula, kita perlu tanamkan setinggi-tinggi pengharapan dimana kita berharap ketika mana kita dalam perjalanan menuju ke neraka, kita di tarik ke syurga kerana kita menunaikan hak kita kepada umat manusia sehingga memacunya ke syurga..

tapi mengapa diri kita ini masih berterusan lagi melakukan dosa?? rasa berat untuk memperbaiki diri?? apatah lagi untuk berdakwah?? tidak cukupkah amaran balasan api neraka Allah sebagai peringatan?? atau kita tidak gerun dengan balasan Allah di akhirat kelak?? atau kita tidak yakin dengan firman Allah dan juga sifat Allah yang maha kuasa menjadikan apa sahaja yang Dia mahukan.. atau kita mahu menjadi seperti golongan yang di ceritakan Allah dalah surah As-Sajadah.. golongan yang di akhirat kelak merayu-rayu di kembalikan ke dunia untuk beramal soleh kerana mereka baru yakin dengan kekuasaan Allah?? hidup cuma sekali.. ingat lima perkara sebelum lima perkara.. jangan la kita menjadi orang yang suka beralasan, tetapi jadilah orang yang mamanfaatkan segala ruang dan peluang untuk menggapai cita-cita kita yang agung iaitu untuk mencapai redha Allah.. hisablah diri kita sebelum diri kita di hisab oleh Allah.. setiap yang hidup itu pasti akan mati.. tapi adakah kita yakin besok kita berpeluang lagi melihat bumi?? adakah kita yakin kita sempat bertaubat sebelum mati?? atau kita ini maksum tidak pernah melakukan dosa? ingat la sahabat setiap bani adam itu membuat dosa, tetapi sebaik-baik pelaku dosa adalah orang yang bertaubat selepas melakukan dosa dan beriltizam untuk meninggalkan dosa yang di lakukan..
akhirulkalam,
tiada masa bagi kita untuk berpangku tangan.. kalau tidak mampu berdakwah secara lisan, lakukanlah dakwah yang paling mudah yakni dakwah bil hal.. dengan menunjukkan contoh teladan yang baik selaku seorang muslim.. jgn kita pulak yang buat hal.. umat islam di pandang serong dek si nila yang merosakkan susu..
Wallahua'lam..

p/s: Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.. (T_T)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...